Travel Pertama Kali Ke Dubai, Dubai! I'm Coming | First time nak ke Dubai me macam-macam rasa ada...ish ahh..uhh.  Nasib baik en hubby bagi lepas pergi..dan maka bertolak la ke KLIA ditemani anak-anak, en hubbyserta pembantu khas hehe my mother in law yang sudi datang dari Kedah untuk bantu anak kesayangan dia..Alhamdulillah


Travel Ke Dubai Kali Pertama Untuk ATM 2006


Setelah dihitung..ditolak..dibahagi final decision ke sana dari 02 Mei hingga ke 05 Mei 2006 tu yang en hubby benarkan.  Jauh kan tu yang saya pun rasa bimbang dan kena pergi sendirian dan lepas beberapa hari baru lady boss akan datang sebabnya dia akan ke negara lain dulu. Eh macam tak pergi travel sorang la pulak kan...tu yang jauh kat Europe tahun lepas tu dan nasib baik la baby dalam perut ni baik je dan tak bagi masalah..Alhamdulillah


Travel Ke Dubai Kali Pertama Untuk ATM 2006g


Disebabkan nak jimat saya dan Lili wakil dari Melaka ke pejabat Etisalat untuk dapatkan simcard jadi senang nak berhubung dan dihubungi.  Memang gah bangunan tu dan kena menunggu la jugak. Selepas tu kami terus jalan kaki ke hotel untuk balloting.  


Sempat melalui kawasan Dubai creek tu ada lak pengunjung tengah bersantai bawah pokok palm...ehh tak panas ke tuu. Sesambil tu kita tengok orang yang lalu lalang yang rata-rata macam bukan orang arab tapi orang Filipina...


Travel Ke Dubai Kali Pertama Untuk ATM 2006

Persembahan penari dari booth Sri Lankan Airlines  ni memang kerap tau.  Tarian dan penari dengan bertopeng tu agak menakutkan Itu antara kisah di sekitar Dubai Convention & Exhibition Mall yang besar gah ni, kita rehat kat Malaysian Pavillion ni lepas tu kita tengok show, kita jalan-jalan ke hall orang lain, dapat souvenier, dapat makan kat hall sendiri dan kat hall lain..ahhh penat kaki weh.

Travel Ke Dubai Kali Pertama Untuk ATM 2006


Pix 1 : Mengah seorang preggy yang makin bulat muka tapi untungnya tak nampak macam preggy..nak tips? haha. 


Pix 2 berfoto dengan Samira, agent Oman yang memandu all the way dari Muscat untuk berjumpa kali pertama..oh muda lagi dia ni dan kami jadi kawan rapat dalam travel industry ni. Nak jejak kaki ke Oman jugak nanti..InsyaAllah


Pix bawah : My 2 bestie sepanjang kat Dubai ni, si mak ayam dan anak ayam yang sentiasa membantu.  Abang Cheah ni bila dia tau I pregnant dia tersangat helpful gila sebab dia kata dia anggap I ni adik..Ya Allah memang tak akan lupa dia.


Pix 4  Dengan Capt Yaarub Abas yang cukup mesra dan semestinya kena ambil photo kan

Travel Ke Dubai Kali Pertama Untuk ATM 2006

Malaysian Night anjuran Tourism Malaysia yang buat I rasa sesak nafas jap sebabnya sesampai jer tak de seat? what? Mujur abg Cheah ajak duduk sekali dengan delegate luarnegara dan I dapat duduk dengan orang Brunei.  Kesian tengok ada kawan-kawan industri dari Malaysia terpaksa berdiri dan I tak nak tengok sangat..kesian.  Tu la masalahnya bila jemput ramai tetamu dan tak de RSVP tu jadinya. 


Balik memang kena buat kerja banyak giler sebab orang Arab ni nak cepat jer dan boss pulak ingat mudah ke nak buat kerja dengan shortage pelbagai ni.  Jangan banding dengan Mayflower atau travel agent lain sebab they have manpower dan sistem bukan macam kita.  Tapi tu adalah dugaan an all the best to us.

-to be continued-