6th Pregnancy : Kelahiran cahaya mata ke 6! - blog.iamfuzy™

15 October 2006

6th Pregnancy : Kelahiran cahaya mata ke 6!

Alhamdulillah..syukur kehadrat Illahi atas pemberian dan rezeki kami sekeluarga dengan kelahiran puteri bongsu dan diberi nama Nur Iesha Nadira lahir pada jam 1454 petang pada 11 Oktober yang lepas.

Kalau tengok dia ni mmg sangat berbeza dari anak2 yg lain...sungguh putih merah dengan hidung mancung..keke siapa lagi nak puji anak sendiri kan kalau bukan Ummi memuji anak sendiri kan!  Tapi mungkin sebab masa mengandung tu kan pergi Dubai, baca SINI dan berkenan tengok dengan  seorang minah Arab tu yang kalau tak silap dijadikan ambassador untuk TM..entah la kan so selamat berpantang buat saya la kan..baru seminggu tu dan kali ni dhubby yang akan jaga dan siapkan kelengkapan mandi, makan tengahari sementara dia cuti dan bila dia mula kerja balik dia akan siapkan apa yang patut.  Dah anak ke 6 so dah tahu la apa yang boleh dan tak boleh dimakan dan dibuat melainkan nak cari masalah..uhhh

Melahirkan kali ni tak la susah dan tak la senang maklumla berat baby 3.88kg je..ramai kata besar..tapi kalau diaorang tu badan kecil memang ler besar tapi kalau badan macam saya ni kiranya normal lah tu.  Yang pastinya dia ni .kecil sikit dari saiz Bang Ngah masa dilahirkan. Apa pun memang bersyukur sebab dilahirkan secara normal walau ikut kiraan doktor dah terlebih hari..mana taknya kan sebab selalu tak kira dengan betul.

6th Pregnancy : Kelahiran cahaya mata ke 6!


Sebenarnya memang tak expect pun dengan the pregnancy sebab jarak baby dengan yang no 5 tu memang jauh..6 tahun!  Ni gara-gara balik dari Jakarta-Bandung la tu yang terus melekat tu.  Apa pun si kakak dan adik kongsi bulan kelahiran yang sama dengan beza beberapa hari..haaa jimat kos sambutan hari lahir kan!

6th Pregnancy : Kelahiran cahaya mata ke 6!
Tengok mata dia pun nampak lain sikit dari yang lelain, bukan Ummi dia seorang je yang cakap tau, semua orang tau. Apa yang pasti bila dia makin besar nanti dia akan berubah mengikut orang yang menjaganya...siapa lagi kalau bukan Ummi dan Ayah dia kan. Mungkin macam saya katakan, kena kat perempuan Arab bermata hijau tu..hehe

Apa pun semoga kesayangan kami ni membesar sihat dan menjadi Muslimah yang cemerlang didunia dan akhirat.

Ok, nanti kita sambung cerita lagi ya..






No comments:

Post a Comment

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!