Tauge untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita malahan tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan.  Tapi tahu tak anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai khasiat yang banyak.




Tauge adalah makanan yang rendah kalori dan punya banyak khasiat antaranya

1. Kaya protein
Mempunyai dua kali ganda lebih banyak protein berbanding daging lembu atau ayam. Antara kebaikannya adalah ia mampu meningkatkan kesuburan terutamanya lelaki yang sangat memerlukan protein untuk menghasilkan hormon untuk tujuan kesuburan.

2. Kaya enzim
Berbanding sayur-sayuran lain, taugeh mengandungi 100 kali ganda enzim. Ia sangat penting untuk fungsi tubuh badan terutamanya untuk proses pencernaan. Enzim mampu membantu individu yang mempunyai masalah penghadaman dan perut kembung.

3. Kaya serat
Dalam pada itu, taugeh juga baik untuk fungsi penghadaman kerana ia mengandungi kandungan serat yang tinggi. Serat ini akan membantu meleraikan lemak dan toksin dalam tubuh badan lalu mengeluarkannya. Ini sekali gus dapat membantu anda mengawal berat badan.

4. Kaya antioksidan
Taugeh yang kaya antioksidan dan asid amino sebenarnya mampu memberikan pelbagai kebaikan. Antaranya yang penting adalah melawan kanser dan memperbaiki fungsi otak. Dalam masa yang sama, makan taugeh juga sebenarnya adalah amalan awet muda yang sangat bagus untuk diikuti.


5. Kaya asid lemak
Selain itu, taugeh juga sangat kaya dengan asid lemak. Kebanyakan individu tidak mendapatkan asid lemak omega-3 kerana hanya bergantung kepada makanan laut atau telur sahaja. Oleh itu, tidak salah rasanya jika anda mengambil taugeh sebagai alternatif, bukan?

6. Kaya vitamin
Paling penting, taugeh sebenarnya sangat kaya dengan vitamin seperti vitamin A, C, E dan pelbagai lagi dalam keluarga vitamin B. Vitamin-vitamin ini sangat penting untuk tumbesaran dan perkembangan tubuh badan anda.


Terdapat 3 jenis tauge :

1) Tauge Kacang Soya (Soybean Sprout)


Rasa tauge dari jenis ini adalah renyah dan terasa agak pahit apabila dimakan mentah. Tauge dari kacang soya memiliki kandungan aroma langu (beany flavor) yang relatif lebih tinggi berbanding tauge kacang hijau. Kaya khasiat protein dan kalori yang lebih tinggi dibandingkan tauge jenis lain.

Bagi seseorang vegetarian, tauge kacang soya merupakan salah satu alternatif makanan kerana membekalkan tenaga sebanyak 86 kkal dalam secawan yang diambil.


2) Tauge Alfalfa

Keunggulan dari tauge alfafa adalah kandungan saponin yang amat tinggi. Saponin merupakan suatu zat yang dapat menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL) tanpa mengganggu kolesterol baik (HDL) yang boleh mencegah terjadi serangan jantung dan strok.


3) Tauge Kacang Hijau (Tauge)

Tauge segar yang amat kaya akan vitamin E dan merupakan menu yang sangat digalakkan. Dengan mengambil tauge, dapat mencegah tubuh dari kekurangan vitamin E.

Rahsia Tauge Yang Tersembunyi


Antara manfaat taugeh adalah untuk kesuburan suami dan isteri
  • Protein dan kalsium sangat penting untuk wanita, bagi membantu pengeluaran telur (ovum) menjadi matang.
  • Taugeh mengandungi B6 - asid folic, iaitu vitamin y penting utk kesihatan darah & utk membantu kehamilan.
  • Kandungan vitamin E dalam taugeh, khususnya E-alpha, sangat membantu dalam meningkatkan kesuburan bagi suami.
  • Vitamin E adalah anti-oksidan yang dapat melindungi sel-sel dari serangan radikal bebas & menjaga sel-sel telur @ sperma dari kerosakan radikal bebas.
Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan. 
Cara Menyediakan Air Rebusan Taugeh bagi kesuburan suami dan isteri
  • Rebus taugeh dengan 2 gelas air selama 15 minit.
  • Tapis dan ambil air rebusan
  • Minum setiap pagi bermula 1st period sampai waktu subur.
Kita hanya mampu berusaha dan bertawakkal kepadaNya. Semoga usaha kita dimakbulkan dan bagi pasangan yang masih belum dikurniakan zuriat, teruskan berusaha.


Khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.


Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.


Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)

Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap juga dapat membantu wanita terhindar dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi (PMS), simptom pra-menopaus, senggugut dan gangguan akibat menopause. Tauge juga memiliki kemampuan mengurangkan risiko penyakit artritis, melancarkan pencernaan, pembiakan, dan salur kelenjar (glandular).

Selain kanavanin, zat anti-kanser lain yang terkandung di dalam tauge adalah daidzein dan genistein. Kandungan genistein secara efektif menghalang kemasukan gizi (makanan) kepada sel-sel kanser sehingga membunuh sel kanser dalam tubuh.

Selain itu, di dalam tauge juga terkandung saponin yang dapat meningkatkan imunisasi tubuh dengan menstimulasi interferon dan sel limfosit (sel darah putih) .

Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka.

Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.

Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.

Apabila kotoran segera meninggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser.

Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Saponi dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL


Jangan Masak Tauge Terlalu Lama

Cara masakan tauge juga perlu diberi perhatian. Masa masak terlalu lama akan menghilangkan khasiatnya. Tauge perlu dimasukkan paling akhir ketika memasak setelah sebati dengan rencah, angkat dan terus disajikan.

Banyak betul kebaikan sayur tauge ni, jadi jangan ragu-ragu untuk mengambilnya mulai sekarang!


Boleh cuba resepi berasakan tauge seperti berikut