Pejam celik pejam celik dah sampai ke 7 Ramadan rupanya....mmg sengaja  tak nak kira sebab bila dikira rasanya macam lama ler sangat..aduyaiiiii.  Jadi orang seperti aku yang semakin tembun ni memang berharap ler puasa kali ni dalam meng'trim'kan (ayat diguna pakai dek adik ipar yang tengah dalam pantang...thehehehehe) badan yang semakin tembun. Sadis kan???

Arakiannya bila perempuan udah berkahwin pasti ler makin tembun...mana tak nya kalau dah baka camtu..jadi camtu ler jugak (tak mao ler cite pasai orang yang kekal kurus walau baka dia tembun...tu hanyalah sebahagian jer).  Lebih-lebih lagi macam aku ni yang dah beranak pinak (6 kali bersalin tauuuu) kempis, kembung, kempis, kembung jadi angin pun banyak ler dah tu makan anak2 membesar dan seperti ibu2 yang lain memang rajin memasak (aku memang berubah sangat la...kalau waktu remaja dan anak dara tu memang paling pemalas sebab kakak2 ramai jadi kerja2 rumah mostly diaorang yang buat jadi bak kedapur tu cuma tolong kupas bawang, tumbuk cili tapi...jangan tak tau bak mengiling cili atau rempah tu aku pandai gak tau!) Dek kerana memasak banyak kekadang bila makanan tak habis rasa sayang sangat jadi aku lah jadi  ikan bandaraya tukang menghabiskannya...so salah siapa...anak aku ka atau my darling hubby ka?

Ish apa2 pun memang niat tu semedang dok dalam kepala tapi masih tak berhasilan lagi...ishhh

Walau berpuasa dan penat lepas pegi Pasar Dato Keramat waktu pagi, masih sempat ke Giant Taman Permata mencari baju kurung anak2 dara.  Bila bulan puasa pulak harga barang2 semua naik tapi nak wat camner sbb Incik D'Hubby dok sibuk kerja siang malam jadi memang tak boleh menyopping sebelum bulan Ramadan ..ish ish ish.  Akibatnya $$ Inchik D'Hubby melayang dekat 1k untuk 3 pasang baju kurung anak daranya termasuk untuk si kecik Icha.  Bila teringat tu terfikir orang yang miskin camner depa ya bila harga kain pun mahal dan jugak ikan dan sayur semakin meningkat dek kerana bulan Ramadan.

Semalam mak dan abah datang berbuka puasa, siap masak ikan siakap dan kembung bakar...dan Incik darling hubby buat cili kicapnya yang sentiasa hebat....memang licin nasi dan lauk pauk.  Pastu Sahur tadi Inchik D'hubby suruh masak spagetti bolognese...fuhhhh memang licin gak. Hahahaha..

Apa2 pun semoga bulan Ramadan ni memberi keberkatan, kebahagian dan kesihatan yang baik buat aku dan keluarga, mak dan abah dan adik beradik dan juga keluarga mentua serta umat Islam seluruh dunia menjadi lebih baik dan sujud kepadaNya.  Amin

07 Ogos...jap lagi nak gi shopping kat Jusco Wangsa Maju... dan petang ni nak masak ikan bawal tiga rasa kot sebab tu favourite Ayong yang akan balik ke kolej lepas berbuka.  Bye for now!