Resepi Sambal Kelapa Penambah Selera Nasi Lemak | Sambal kelapa kegemaran hero sulung dan terutama Angah Ammar tu..  Kalau Ayong dengan Angah dapat sambl kelapa ni mmg berpinggan-pinggan nasi ditambah...makan sampai tersandar gitu..ehehe.  


Sambal Kelapa ni kalau di buat nasi lemak mesti kena extra selain sambal udang/sotong/ikan bilis ni, yang kena buat sambal kelapa ni la dan untuk d'hubby pulak sambal mentah.  Kalau sambal kelapa ni hari banyak sebab diaorg makan berulang2 tapi kalau sambal mentah x perlu banyak pun, bila nak makan cuma cubit sikit dah memadai dan yg pasti perghhh mantopppp.  Part sambal mentah nanti SSL upload bila sempat snap photonya ok.


sambal kelapa
Resepi Sambal Kelapa Penambah Selera Nasi Lemak



Bahan-bahan:
1/2 biji kelapa parut (sebaiknya yang putih)
10 batang cili kering, dibuang biji
1/2 inci belacan - kalau tak bubuh pun tak pe
5 biji cili api
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih


Cara membuatnya:
  • Tumbuk kesemua bahan kecuali kelapa parut dan bawang sehingga cili lumat dan kemudian baru dimasukkan bawang, ditumbuk tidak terlalu lumat.


Resepi Sambal Kelapa Penambah Selera Nasi Lemak

  • Kemudian masukkan kelapa, sedikit demi sedikit sambil ditumbuk biar sebati dan bergaul mesra dengan cili.  Masukkan sedikit garam secukup rasa.  Siap.
  • Semasa dihidang, percikkan sedikit cuka dan digaul supaya sebati.  Kalau tidak suka rasa masa, tak perlu letak.


Nota :
Kadang kala saya masukkan asam jawa dan ditumbuk bersama cili jadi tak perlu letak cuka.  Selalunya asam jawa yang saya gunakan adalah asam jawa yang ibu mertua atau kakak ipar proses sendiri di rumah.