Kuih buah Melaka ni dah biasa dan selalu dibuat dulu tapi tak teringat nak buat posting sebab kekadang tu habis dimakan sebelum sempat ambil gambar //(o)// , kalau dah ambil gambar pun tapi tak buat posting sampai la entah kemana pergi gambar masakan dari dapur sendiri huhu.  Kali ni teringat nak buat dan post dalam blog sebab 2 minggu sudah Kak Yang whatsapp tanya resepi..memang mudah tapi kalau setahun sekali buat mmg la tak ingat..padahal bukan la susah mana...tepung pulut mmg dah sedia ada dalam simpanan, pokok pandan pulak cuba buka pintu dapur dan potong jer...yang payah pokok kelapa tak pulak tumbuh haha..dah merapu2 pulak Umi ni kan..

So since dah hujung minggu, mmg la nak memasak yang extra mcm kuih muih ni boleh dihujung minggu jer kan dan Umi pun beli la kelapa untuk buat antara kuih favorite dhubby and anak2..

Jom check out bahan-bahan dan tengok ler gambar2 tu ya..semoga boleh membantu buat sesiapa yang tak pernah buat dan nak buat.
dah siap untuk dimakan..yummy

Bahan-bahan:
Tepung pulut
5 helai daun pandan - dikisar dan diambil jusnya
Gula gerek - dipotong kecil
1/2 biji kelapa parut - ambil bahagian putih sahaja
sedikit gram - digaul dalam kelapa
sedikit kapur - kalau tak bubuh pun tak pe

Cara-cara:
  • Uli tepung pulut denga air daun pandan dan air kapur sedikit demi sedikit sampai adunan boleh digentel dan tak melekat di tangan. Tiada pewarna hijau tau.
  • Ambil adunan sebesar ibujari dan leperkan. Masukkan gula gerek yang dah dipotong kecil atau hancurkan supaya ianya cair semasa direbus.  Uli adunan kemas-kemas supaya berbentuk bulat.  Sementara tu panaskan air dalam periuk atau kuali hingga mendidih. Kalau suka boleh letak daun pandan supaya wangi.
  • Masukkan adunan yang dah diletakkan gula gerek ke dalam air yang mendidih tu dan bila dah betul-betul masak, adunan tu akan timbul dipermukaan air dan boleh diceduk keluar.
  • Tos dan terus masukkan ke dalam pinggan kelapa parut yang telah digaul bersama sedikit garam.  Golek golekkan diatas kelapa sehingga betul-betul tersalut dan hidangkan untuk dimakan

Jom layan gambar kat bawah ㋡

beli kat Padang Besar gak nii

gula gerek beli kat Padang Besar ;)
daun pandan belakang rumah keke

jus pandan 

jus pandan dicampur dalam tepung
tepung dh siap diuli..