Daun Belalai Gajah Herba Banyak Manafaat Dan Kegunaannya | Assalammualaikum wbt dan selamat petang Sabtu. Memang agak pelik nama tumbuhan herba yang kami dapat dari rumah kawan sekolah suami ni dan mudah sungguh hidup hanya dengan keratan dan cucuk ke tanah samada dalam pasu atau tanam memang mudah sungguh hidup dan membiak dengan banyak kat belakang rumah. 

Kenali Daun Belalai Gajah


Nama Saintifik:  Clinacanthus nutans (Burm F.) lindau 

Family :  Acanthaceae

Nama Biasa :  Drooping Clinacanthus, Sabah Snake Grass

Malay Name :  Pokok Belalai Gajah,  Pokok Mulut Buaya

Bahagian Pokok Yang Digunakan  :  Seluruh pokok

Kegunaan : 
Menurunkan suhu badan panas, meredakan sakit, Radang paru-paru, sakit kuning (jaundis), hepatitis, tulang patah dan cici-ciri anti kanser



manfaat daun belalai gajah
Daun Belalai Gajah Herba BAnyak Manafaat Dan Kegunaannya

Sangat disyorkan untuk semua orang ada pokok ni sebab banyak kegunaannya dan pokok herba ni banyak manafaat untuk kesihatan badan selain menjadi perubatan alternatif dari kita mengambil ubatan yang dibekal dari hospital yang kalau boleh Umi elak ;D

Daun Belalai Gajah Ubati Kanser


Daun belalai gajah dikatakan boleh mengubati penyakit Kanser seperti Uterus Cancer, Prostate Cancer, Breast Cancer, Lang Cancer, Leukemia Patiens, Dialysis Patiens, High Blood, High Uric Acid, Diabetes dan banyak lagi


Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Institut Penelitian Sayur-Sayuran di Akademi Ilmu Pertanian Guangdong dan Kolej Hortikultur di Universiti Pertanian Cina Selatan, daun belalai gajah SSG memiliki nilai khasiat seperti berikut: 
  • Memiliki kandungan tinggi flavonoid yang memiliki kemampuan antioksidan dalam mencegah dan mencegah kanser dan penyakit kardiovaskular
  • Mengandungi banyak mineral penting terutama vitamin, lebih dari 45% protein mentah dan 17 asid amino yang menberikan nilai medik
  • Kaya dengan vitamin C, protein, serat dan mineral yang memiliki kesan melawan radikal bebas yang membantu pencegahan kanser
  • Mengandungi mineral fosfor, kalsium, magnesium dan lain-lain yang tinggi dan beberapa elemen surih misalnya zat besi 

Penggunaan Daun Belalai Gajah di seluruh dunia

  • Thailand - demam, infeksi kelamin ( herpes) , anti-racun ular, merawat gigitan kalajengking dan merawat ruam
  • Cina - hematoma, luka memar, luka dan sakit sendi, mengendalikan fungsi haid, mengurangi kesakitan, anemia, penyakit kuning dan mengatur tulang patah
  • Malaysia -   kencing manis & penyakit ginjal 

Cara Perubatan Dengan Menggunakan Daun Belalai Gajah

Kanser                                               

Cara 1 : Mengunyah 30 – 50 helai daun sehari – iaitu 10 atau lebih helai daun sekali  makan untuk 3 (atau lebih) kali sehari.

Cara 2 : Masukkan 30 – 50 helai daun, sebiji epal hijau, ½ gelas air dan kisar sampai halus - minum terus- ulang sekali lagi di sebelah petang - diminum sebelum atau selepas makan.


Cara2 kegunaan daun belalai gajah / SSG mengikut stage penyakit :
  • Stage 1 : 30 daun setiap hari
  • Stage 2 : 50 daun setiap hari
  • Stage 3 : 100 daun setiap hari
  • Stage 4 : 150 – 200 daun setiap hari 

Nota : Jika pesakit sudah beransur sembur, kurangkan penggunaan daun tersebut

Untuk elak dari muak bila meminum jus ni, kita boleh jugak letakkan seketul dua ais supaya jus tak panas dan perahkan sedikit jus lemon supaya lebih sedap juga lemon mengandungi anti-oksidan

Diabetes Ringan


Penderita Diabetes Melitus ringan.
  • Siapkan tujuh lembar daun segar .
  • Daun dicuci bersih kemudian rebus dalam dua gelas air.Tunggu sampai air rebusan itu mendidih dan tinggal satu gelas saja. Tunggu sampai sejuk.
  • Minum dua kali sehari selama 14 hari. 


Diabetes Berat

Penderita Diabetes Berat sebaiknya menyediakan 21 lembar daun segar.
  • Daun dicuci bersih kemudian rebus dalam dua gelas air.Tunggu sampai air rebusan itu mendidih dan tinggal satu gelas saja.
  • Tunggu sampai sejuk.
  • Minum dua kali sehari selama 14 hari.
  • Untuk pemeliharaan kesihatan pesakit kencing manis, rebusan ini sebaiknya dilakukan tiga kali seminggu. 

Sukar Buang Air Kecil

  • Ambil 15 gram daun segar. ~ Rebus daun tersebut bersama dengan satu gelas air selama 15 menit. Air rebusan tersebut siap diminum setelah dingin dan disaring terlebih dahulu. 

Disentri atau Radang Usus

  • Rebus segenggam daun segar dandang gendis dengan lima gelas air. Rebus sampai air tersisa tiga gelas. Tunggu sampai dingin
  • Minum ramuan ini tiga kali sehari sampai penyakit disentri ini sembuh.

Pengakuan pesakit2 selepas pengambilan jus daun belalai gajah

  • Pesakit mengidap Uterus Cancer - Ketumbuhan sebesar 6cm dan harus dibedah. Selepas pengambilan jus daun belalai gajah, ketumbuhan surut 3.4cm. Doktor kata tidak perlu di bedah dan sambung meminum jus tersebut dan ketumbuhan akan hilang.
  • Pesakit Lang Cancer tahap 3 - Telah membuat chemotherapy sebanyak 6 kali. Ketumbuhan sebelum pengambilan jus daun belalai gajah sebesar 26mm, 44mm, 76mm. Tetapi selepas pengambilan jus tersebut ketumbuhan mengecil 20mm, 27mm, 67mm.
  • Pesakit barah buah dada Tahap 3 - Sudah bernanah didalam. Mengamalkan jus belalai gajah setiap pagi jam 3 dan mengamalkam pemakanan yang sihat serta buah2an. Alhamdulillah pulih dan ketumbuhan mengecut. Sekarang beliau meneruskan jus belalai gajah dengan mengurangkan kuantiti daun tersebut. Teh daun belalai gajah juga bagus diamalkan. Boleh baca selanjutnya cara membuat teh daun belalai gajah

Cara membuat jus daun belalai gajah / sabah snake grass

  • masukkan setengah @ 2 gelas air dalam blender
  • masukkan 2 @ 3 ice cube jika suka
  • tambah setengah biji @ 1/4 jus lemon
  • masuk daun belalai gajah yang sudah dibersihkan mengikut stage seperti diatas. Elak basuh dgn air paip
  • masukkan sebiji apple hijau yang sudah dibuang kulit dan biji dan di potong 8
  • blend halus dan terus diminum. Jangan dibiarkan lebih dari 5 minit kerana khasiatnya akan hilang
  • jika badan terasa sejuk campurkan sedikit hirisan halia
Paling cepat berkesan jika diminum jam 3 atau 4 pagi kerana waktu itu kanser dalam badan tidak terlalu aktif

Semasa minum jus belalai gajah ini haruslah sedikit berpantang dengan makanan2 ini seperti gula atau makanan yang ada gula + madu + ikan kembung + 7 angled fish + ray fish + daging ayam + daging itik + keladi + beras pulut + butter atau planta + durian + sarang burung + ginseng atau mana2 herba2 lain. Cuba berpantang sementara untuk melihat hasil dari daun belalai gajah.


Selamat mencuba!