Assalamualaikum wbt

Hari Jumaat 20 Jan 2017 yang lepas Umi ke jemputan Tourism Korea dan kali ni KTO buat dinner kat Banquet Hall, Ritz Carlton Kual Lumpur ..huihh dah makin dasat KTO ni..yela budget pun dh banyak tu yang boleh buat kat hotel ternama gitu kan. Event kali ni simple jer tak de business session tapi lebih pada borak santai..ok la tu..yang pasti kena pergi sebab nak jumpa potential seller yang berdaftar.


bergambar ni wajib walau sesorang jer

Alkisah nak bawak assistant tu tapi spt biasa mmg dia xdapat ler sbb anak2 kecil lagi so Umi fikir sorang pun tak per sbb muka2 yg dikenali tu tapi tetiba second hero nak join..Alhamdulillah ok ler tu sbb ada org jd driver kan..keke

Dek kerana sampai lewat so duk pun meja belakang jer la sbb ingat lepas event nak gerak awal..kalau semeja dgn member2 haaa mmg rasa tak best ler..




Kali ni KTO nak perkenalkan drama terbaru antaranya Descendent of the Sun, Legend of Blue Sea, Goblin, Saimdang Light's Diary, Rebel : Thief Who Stole the People, Defendant, Our Gab soon dan beberapa lagi la yang ada yang sedang dalam tayangan...utk peminat K Drama ni depa mmg lebih arif la kan dan drama2 ni semua mengambil lokasi di dalam Korea yang akan mempopularkan tempat2 ni untuk orang2 Malaysia kan


Dan juga sebab nak promosi tanpa henti untuk Korea akan menjadi tuan rumah untuk Sukan Musim Sejuk 2018. Jom kita..hehe





Tiba waktu makan kan sambil didendang alunan piano dengan muzik dari K Drama tapi sebab perut dah lapar kan jadi tak ler fokus lagipun cheq bukan peminat tegar K Drama so diam jer la.


Tengok kat menu..alamak makanan cina la tapi tepuk dahi tanpa tepuk sebab tak kan nak tepuk kot..public tu..bukan apa sebab Umi dok semeja dengan geng travel bukan Muslim...nasib baik course by course ni dia pelayan hidangkan..



kalau makan chinese food ni kalau tak dak teh ni mmg tak sah

Octopus dgn marinated jelly fish yang sedap

ala2 sup ayam campur scallop

memula pelik gak...ikan patin stim tapi bila dah makan..mmg terbaik

dried fish and oyster dan  seamoss yg hitam tu pelik tapi mmg sedap

roasted chicken yang sedap..lebih2 lagi letak sos cili..
braised cabbage dengan scallop

nasi goreng cina yg mmg favorite 2nd hero..

Bubur kacang merah dengan bebola pulut..tak lalu nak makan sebab berempah huhu.  
ala-ala bingka bakar..not bad la

Food ok la tapi serving tu agak comot kan untuk hotel bertaraf 5 bintang tu kan.  Nasib baik la Umi tak komplen..nasib sebab Umi penat kalau tak mau call Pengurus Besar hotel tu..hehe


Nasib baik tak menang sebarang hadiah kan..kalau tak jenuh la nak kena bergambar sakan hehe.  Apa2 pun tahniah pada pemenang 2 tiket penerbangan ke Korea dari Korean Air, 1 x Samsung S7 edge dan beberapa hadiah lain jugak.  Kawan semeja Umi tu bernasib baik dapat ginseng yang berharga RM600 -RM700 katanya...oiii suka la si Sharon tu


Dah duk belakang ni, slow2 gerak balik la sebab mmg pasti akan hadap kesesakan jalanraya dan tak nak lambat jemput Kak Cik Iman yang habis kerja jam 11 malam..mujur ada driver handsome hehe.


Tu jer la nukilan mengarut Umi malam ni untuk dikongsi hehe