Kisah ke Dubai sebelum kat SINI dan SINI

27 April 2016...hari akhir di Dubai @Dubai #Dubai walau misi berjumpa agent tak selesai lagi tapi dah janji jadi kenalah tepati

Delima nak minta keizinan D'hubby - baca kat SINI

Bangun pagi..ehh bukan pagi tapi waktu Subuh...tersedar macam biasa..intai tingkap tengok Dubai Creek...sunyi dan tenang.

Mula mengemas...owhh tak sempat membeli buahtangan lagi untuk kesayangan dan teman dipejabat...misi mengemas diteruskan sambil menggosok baju untuk ke Dubai World Trade Center

Mode : sambil menulis ni sambil menonton Mok Cun pergi ke Dubai dan singgah ke Dubai Mall..siapa tengok?



Tengok la iron kat hotel ni...besar gedabak kan tapi memang best sangat..tu yang berangan ingat nak cari satu bawak balik KL hahaha..
Kat sebelah tu la badge yang kena pakai bila masuk ke Dubai WTC dan kena scan setiap kali masuk kalau tak memang kena dok melengung kat luar jer la




Sarapan pagi terakhir sebelum berangkat ke Dubai WTC..terakhir sebab esoknya dah dalam penerbangan balik.  Cukup mengenyangkan sampai tak perlu makan tengahhari lagi sebab memang tak sempat bila kena bercakap dengan agent/orang ramai..lagipun kat Malaysia Pavilion tu memang free flow coffee atau tea dan juga ada la biskut..tu dah mencukupi.


Lepas sarapan, bergerak ke Dubai WTC untuk signing contract dan kalau sempat nak la jugak jalan-jalan kat lain-lain pavilion mcm Indonesia, India, Thailand dan lain-lain benua la jugak tapi kali ni memang tak  sempat sungguh...jadual padat dan 3 hero lagi? hehe apa depa tau pasal product Umi tu..haha


Event selesai jam 6 petang, jadi Umi terus gerak cergas sesorang balik ke hotel.  Ada Malaysia Night tapi ahh tak payah ler..balik rehat dan nak gi shopping sesorang kat Naif ..


Sesampai hotel, terus mandi, solat dan bersiap ke Naif.  Kalau orang yang dah pakar jalan ke Naif Street ni cuma ambil masa 15 - 20 min jer tu pun kalau ikut lorong² yang betul (lorong² lebih kurang macam nak ke Pasar Seni bila kita kena lalu antara bangunan² dan sepanjang perjalanan tu ada kedai menjual kasut, barangan mainan, jam tangan dan mcm² lepas tu ramai pekerja asing dari Pakistan, Bangladesh duduk bersidai kat tepi jalan sambil tunggu orang upah diaorg angkut barang) Kalau lupa-lupa ingat memang makan masa lebih 30 - 45 min la jugak atau tak pun memang tak jumpa langsung melainkan naik teksi jer la..hehe



Akhirnya sampai jugak ke Naif Market yang terletak berdekatan dengan Balai Polis Naif Street. Pasar ni dibuka dari 0830 pagi hingg 1130 malam setiap hari.  Kat sini kita boleh beli abaya, jubah lelaki, telekung, tekstil, minyak wangi dan bermacam lagi la.  Kat kawasan sini la jugak kita boleh tempah suit dengan harga yang sangat murah dan siap dalam 2 - 3 hari dan semestinya jahitan diaorang ni sangat teliti sebab tu ramai kawan² tempah kat sini sampai 2 - 3 pasang!


Sebab Umi punya waktu yang terhad dan dah set apa nak dibeli, jadi lebih mudah..abaya, telekung, jubah dan selesai.  Kemudian jalan kaki balik dan singgah beli kacang dan coklat kat salah sebuah kedai yang memang terkenal dengan kekacang dan coklat dekat Mimoza Cakes & Chocolates


Kalau siapa rajin dan punya masa banyak boleh jugak ke Choithrams Store yang dibuka 24 jam yang lebih kurang macam Mydin la jugak.



Umi singgah kat Gift Village ni yang terletak lebih kurang belakang hotel ..tak la dekat sangat lebih kurang 10 - 15min jugak la dari sini nak ke balik ke hotel.  Kat sini Umi beli t-shirt, perfume ekstrak, key chain, fridge magnet.  Tengok jam dah dekat 10.15 malam jadi langkah makin laju...dan sampai pun kat hotel. Buka beg..simpan barangan yang dibeli..mandi dan turun ke lobi untuk daftar keluar. Bayar government tax dan mintak bell boy dapatkan teksi untuk ke airport.

Image result for carlton hotel to naif souq
Ni la rupa lobi Carlton Hotel..


Teksi pun sampai ke Airport Dubai.  Check in luggage...boarding pass dan shopping last minute kat airport pun boleh tapi dek kerana kepenatan seharian kat booth dan kemudian jalan kaki ke Naif...cuma mampu rehat jer la dah la nak ke gate C28 tu bukan dekat..sesambil duduk tu seronok tengok orang ramai yang menunggu untuk berlepas ke destinasi yang berbeza dan sempat berborak dengan sorang budak dari India yang baru balik dari Eropah dan nak pulang ke Oman tapi kami berbeza penerbangan, lepas dia pergi..tinggallah Umi sesorang hehe


Ni yang dapat bila naik flight Oman Air ni @omanair #omanair  alam hati kata ishh roti gini jer tapi seriously sedap..rasa macam nak mintak lagi 1...hehe rasa lada hitam dengan daging dan roti tu..memang menikam kalbu.  Tak sempat tidur pun sebab perjalanan lebih kurang 1 jam 10min jer


Yehaaa dah sampai Muscat, ibukota Oman lebih kurang jam 3.30 pagi (lebih kurang 6.30 pagi Malaysia) tak tidur..jadi muka jd sembab gitu haha.  Sampai sini jer terus cari Musollah konon nak tidur tapi ada penghuni pulak dengan anak dia menangis...terus batal..basuh muka dan rehat kat kerusi sambil ambil gambar...kat kerusi menanti pun ramai orang tidur...kerusi yang selesa utk tidur pun...gambar pulak kena virus jadi xde la..sama jugak dengan video *sobsss*.


Apa yang best kat airport Muscat ni kita boleh charge handphone macam kat dalam flight dia juga..jadi tak payah risau kalau tak dapat dihubungi cuma kena pastikan ada credit tapi Umi kali ni ke Dubai dah buat roaming jadi xde hal la kan.


Penerbangan seterusnya dari Muscat ke Kuala Lumpur jam 0850 pagi untuk selama 7 jam lagi..huhuhu jer la.  Memang tak boleh tidur lebih² lagi ada pulak grup dari Filipina yang memang terkenal dengan kebisingan depa..pastu jumpa warga Malaysia dua beradik yang baru sampai dari Eropah yang mak dan ayah serta adik yang lain masih menjelajah Eropah tapi diaorang dah balik sebab cuti tak boleh panjang..seronok sungguh kan


Selamat tinggal Muscat..kita jumpa lagi lain kali..InsyaAllah


Ni dia makanan dalam flight dari Muscat ke Kuala Lumpur..terpaksa ambil nasi sebab noodle dah habis....lepas habis makan...time untuk tido laaaa.  Untungnya flight tak penuh dan boleh tidur dengan 2 kerusi sekali..


Alhamdulillah..selamat sampai Malaysia dan selamat habiskan cerita kat Dubai.  Bila sampai balik ke Malaysia ni memang jetlag habis...memang teruk kali ni even pergi Eropah pun tak seteruk perjalanan mencari rezeki ke Dubai kali ni.


Ok..next trip? memang tahun ni tak ke Dubai..mungkin tahun depan sebab tahun ni sibuk dengan produk² luar Malaysia


Selamat malam dan terima kasih sebab sudi membaca kisah panjang lebar ni.

hugs..sweetsourleyra