Petua Mengubati Penyakit Beguk Dengan Mudah - blog.iamfuzy™

12 May 2017

Petua Mengubati Penyakit Beguk Dengan Mudah

Petua Mengubati Penyakit Beguk Dengan Mudah | Siapa pernah kena penyakit beguk? Memang malu nak keluar rumah kalau jadi beguk ni dan ada sesetengah memanggilnya bengkak cantik..hehee

Beguk terjadi disebabkan kekurangan iodin dalam badan dan Umi sendiri pernah kena dekat kedua-dua belah muka waktu muda dulu tapi tak jumpa pulak gambar tu..memang kembang muka dan agak merimaskan dan nak kata sakit tak la sakit tapi memang boleh demam sebab bera kebengkakan kat rahang tu dan semalam pulak anak buah Umi terkena beguk dan demam la jugak

Petua Mengubati Penyakit Beguk Dengan Mudah

Kalau ada sesiapa yang terkena boleh la cuba petua yang dikongsikan kat sini, mana tau kot boleh menyembuhkan dan kalau bimbangt melarat sila dapatkan rawatan dan nasihat doktor bila dah dicuba petua ni tak masih tak baik jugak ok

Bahan-bahan yang cukup mudah yang memang ada dalam rumah
  • cuka makan
  • sebuku nila kain
  • rumah angkut-angkut (kalau tak ada tak apa)

Cara menggunakannya:
  • Ambil angkut-angkut, letakkan dipiring seramik
  • Hancurkan nila kain dalam pinggan dan gaulkan bersama angkut-angkut
  • Tuangkan cuka makan hingga serata dengan bahan yang dihancurkan tadi
  • Sapukan pada kebahagian yang terkena bengok tu

Sewaktu penyediaan, sebaiknya membaca surah Al-Fatihah, surah Al-Ikhlas, selawat atas Nabi SAW dan berdoa  kepada Allah untuk kesembuhan penyakit beguk.  Ada yang mengkhususkan membaca sebanyak 3kali.

Ulangi sapuan dengan kerap (3 kali sehari) sehingga sembuh dan hilang bengak

Image result for nila ketul
Jangan sapu seluruh muka tau badan pulak, nanti jadi Avatar hehehe

Apa pun petua ni mungkin tak sesuai untuk sesetengah orang yang terkena tapi tak salah mencuba lagipun bahan tu sangat mudah dan tidak memudaratkan.  Memang tidak selesa sebab kita boleh rasa bera dia dan selalunya penyakit ni akan hilang dengan sendirinya dalam 2 minggu, jadi banyk-banyak bersabar ya.

Ada yang kata penyakit ni berjangkit, jadi sebaiknya berkurunglah dalam rumah supaya orang lain tak berjangkit sama ya. Apa yang penting, berjumpa dengan doktor untuk mengetahui lebih lanjut.

2 comments:

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!