Assalammualaikum wbt

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan May..dah hampir pertengahan bulan Mei pulak tu! dan semakin kita dekat pada Ramadan tapi sempatkah kita menikmati Ramadan seperti tahun-tahun yang lalu? InsyaAllah

Bulan Mei ni anak-anak pun sibuk menduduki peperiksaan akhir antaranya KY Amanda bermula 02 Mei hingga 08 Mei, Angah Ammar pulak bermula 04 Mei hingga 16 Mei dan ApplePie Icha pulak bermula 02 Mei hingga 08 Mei..fuhh tarik nafas panjang kan.

Nasib baik la jugak D'hubby dah balik jadi dia yg menjadi supir untuk menjemput KY dan Umi pulak jadi navigator ;D

mood nak balik sampai dah siap packing cuma tunggu nak angkut masuk ke kereta jer

Alhamdulillah.08 Mei berakhir paper Fizik untuk KY Amanda dan itu lah penamat sesi pembelajaran hampir setahun di Kolej Matrikulasi Selangor fuhhh lega bagi KY Amanda dan tersengih panjang la dia sebab hari Isnin tu la jugak dia meninggalkan KMS dengan seribu kenangan manis dan masam ala-ala blog Umi dia kan sweet and sour hehe..ok la masam dari pahit kan.  Be positive uolls!  Sehari sebelum tu dia pun dah dapat keputusan MUET dan Alhamdulillah dia berjaya mendapat band 4 tapi Umi tak puashati la sebenarnya..why not 5? at least kan


Yang KC Iman pulak pun dah daftar masuk ke Tingkatan 6 di High School Setapak.  Mulanya pelik awat tetiba pulak dia gi daftar rupanya tak nak ke PLKN dan nasib baik dia dapat tawaran ke Form 6 tu. 

Kisah KC Iman ni sama kes Ayong Azmer la jugak..sebab tak nak ke PLKN terus dia masuk Form 6 tapi tak lama..kemudian sambung belajar kat KPTM Bangi dan Alhamdulillah dah tamat dan dah bekerja pun...cuma nak tunggu bila dia nak sambung ke peringkat seterusnya pulak

Sementara tu KY Amanda jadilah penunggu rumah dan tutor untuk Cik Myea dan Applepie Icha..yang pasti mesti stress sbb tutor ni memang garang hehe

hugs, sweetsourleyra