Assalammualaikum

The Bloggers Dinner 2017 yang  pertama kalinya dianjurkan oleh Hexa Cooperation Sdn Bhd disamping untuk memperkenalkan dan melancarkan portal lynk.my disertai hampir 70 blogger (tapi ada yang tak dapat hadir disaat akhir), publisher dan advertiser bertempat di Hotel Concorde Kuala Lumpur pada 19 Mei lalu dan yang paling menariknya ada beberapa artis turut serta memeriahkan majlis.

Apa itu lynk.my? Berminat untuk menjadi Advertiser untuk meluaskan perniagaan? hanya dengan modal serendah RM50! atau menjadi Publisher? untuk keterangan lanjut dan sebarang pertanyaan boleh email terus ke support@lynk.my atau hubungi 03-6039 7773 dan pihak lynk.my akan membantu untuk anda terus berjaya didalam dunia pemasaran digital yang semakin mencabar.

Alhamdulillah Umi antara mereka yang hadir walau rasa segan la jugak maklumlah Umi hanya blogger picisan tapi kalau tak mulakan sampai bila pun akan kat takuk yang sama kan.  Rupanya ramai blogger hebat yang ada antaranya Mahadi Mohamed Arifin, Faizdickie, Neyra Shazera dan ramai lagi.


Yang paling menarik tu ada cabutan bertuah sebanyak lebih 60 hadiah tau antaranya seunit Smart TV, Drone, 2 unit Ipad, Polarou mid, Camera, barangan kecantikan dan kesihatan, duit tunai RM200 x 5 wow meriah tu kan.  Memang meja Umi duduk tu bertuah sebab kami 6 orang blogger semua dapat hadiah...haa lainkali kalau nak bertuah sila duduk semeja dengan Umi okay hehe.  Blogger Anil Wanina dapat wang tunai dan Liez dapat perfume kot dan Umi dapat Love Potion dari Hush Hush tu nanti kot Umi buat review....hehe



bergambar dengan otai blogger Tuan Hasrul Hassan yang tak lokek dan humble dengan input untuk menjadi blogger yang berjaya.  


Ribuan terima kasih jugak untuk Tuan HH ni yang menjemput kami blogger yang boleh dikatakan zero knowledge.  Next event jangan lupa jemput lagi ya Tuan HH




cakkk...hehehe hamboi Liez, Anil dan Umi ni tetiba jadi geng lentuk..haha





door gift dari Glowhite and Lolalove..terima kasih daun keladi hehe



cer teka siapa jejaka hensem ni...ni la COO Hexa Cooperation yang sangat sporting dan macho...very humble and nice guy dan kalau tengok dia mesti ada yang boleh jatuh hati kot..oppsss



selfie antara artis yang hadir antarnya Faye Khusairi dan emcee yang pot pet siapa lagi kalau bukan Sharifah Shahirah yang buat semua orang terhibur 



sesi berkenal mesra dengan para blogger...ehh jumpa lagi dengan top foodies blogger Mahamahu dan Radiahn Izzati


waktu nak balik tu ternampak pulak hiasan dinding yang cantik...apa lagi bergambar la pastu waktu nak ke parking nampak pulak view cantik berlatarbelakang bangunan KLCC...selfie lagi..haha

xoxo, Fuzy