Assalammualaikum

Penulis : Evelyn Rose
Mukasurat : 752
Rating : *****

~ Cinta itu anugerah Allah dan cinta paling agung ialah cinta Allah kepada hambanya ~

Hana Sofea ke London untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD, punya rangkaian H'cafe, anak kedua dari 3 adik beradik yang semuanya perempuan dan hanya dia yang masih bujang.  Punya latar belakang keluarga yang bukan sebarangan juga tetapi tidak sekaya jutawan muda idaman hati ramai gadis, Syed Haydar yang diikuti perkembangannya namun jejaka idaman hanyalah impian kerana tak mungkin mereka akan bertemu tetapi kesilapan teknikal semasa menaiki pesawat A380 ke London merubah segalanya. Perjalanan 13 jam melakarkan suatu kenangan indah buat keduanya termasuk 4 jam menjadi kekasih Syed Haydar.  Syed Haydar berubah bila bersama Hana namun selesai penerbangan mereka membawa haluan masing2 tapi Hana masih berharap menjadi surihati sijejaka hebat itu.  Hana berkejar ke airport untuk berjumpa Syed Haydar tapi impian dia musnah bila mana ternampak Haydar bersama kekasihnya simodel jelita.

'You're like drug to me, Hana'



'You already have a special place in my heart, Hana




"Hana, thank youfor last night..but I cant have cocaine all the time"


Pesawat A380 juga mengenalkan Hana pada Nenek, Fido dan Fawwaz 2 beradik keturunan Inggeris-Arab-Melayu.  Nenek menjemput Hana singgah ke rumah kerana Hana bertolak ansur supaya dia kekal dikerusi didalam pesawat. 

"I enjoyed your company during our flight, a lovely one but I've been enjoying my past three months here better"

Fawwaz Husain, ayah Emmel seorang yang Islamik, tegas, segak bermata ambar seperti anaknya turut berubah seperti mendapat kembali jiwa dan perasaan sejak kehadiran Hana. Dia juga telah jatuh hati kepada Hana walau Hana menampilkan peribadi dan pemakaian yang social dan disini juga Hana berubah menjadi perempuan Muslim yang lebih baik.

Kejadian dimana ibu kandung Emmel, Helena mempersoalkan kedudukan Fawwaz dan Hana yang berterusan menipu Emmel, membuat mereka sekata untuk berkahwin namun tidak semudah itu kerana Hana tidak pernah memberitahu kedua orangtuanya tentang kehidupannya di London malah melarang ibu dan ayahnya ke London.  Usai tamat penggajian Hana menyuarakan hasrat untuk berkahwin buat kali ke 3 dan ayahnya membenarkan namun Hana masih merahsiakan identiti Fawwaz kerana bimbang ditolak kerana mengahwini Fawwaz bermakna dia akan menetap di London dan harapan ayahnya untuk dia mengambil tonggak perniagaan H's Cafe akan terkubur.

"Let's start a family"
"Our own family..have our own children.  We will raise them together and never be apart.  Let's cheerish our home with love.."

Pertemuan tidak diduga apabila Haydar yang menjumpai Emmel dan tidak disangka Hana adalah ibu kepada kanak2 yg comel tu kembali membuat Hana goyah.  "The world is round. Whenever you run, you will come back to me" tutur Haydar. Kembali mengikuti perkembangan Haydar di twitter namun berusaha untuk mengelak dari bertemu Haydar tapi takdir tetap menemukan mereka lagi di Universiti Surrey  lagi dan Haydar tetap ingin memilikinya tapi Hana telah tawar hati dan merasa sangat berbahagia dengan Fawwaz walau percintaannya dengan Fawwaz sangat lain dari orang lain.

Kepulangan Hana ke tanahair menaiki A380 Emirates Airlines dan seperti takdir dan tanpa diduga Hana, Haydar turut berada didalam pesawat yang sama dan peluang yang tidak dilepaskan Haydar yang mengenalkan diri pada kedua orang tua Hana membuat ayah Hana berkenan.  Memang sesuai dengan kata-kata Haydar 'i'm the snake that grass the grass'

Impian Hana untuk mengahwini Fawwaz hancur dimalam yang sepatutnya dia mengenalkan Fawwaz pada ayahnya kerana Haydar yang sangat licik memaparkan adegan mereka 3 tahun yang lalu ketika terlalu kecewa dan terus pulang ke tanpa menemui Hana. Haydar ke London 3 tahun lalu adalah berkenaan urusan perniagaan dengan Fawwaz cuma Fawwaz tidak hadir angkara Hana dan Emmel dan akhirnya terbongkar Fawwaz mengenali Haydar sebagai rakan kongsi di acara perasmian Sky Palace Hotel dan disini juga la terbongkar dilayar skrin bersempena perasmian Sky Cafe, 13 jam didalam A380 yang memalukan Hana yang telah berhijab dan sekali lagi bilamana Hana pengsan di perkarangan hotel, kemudian diangkat seseorang ke King Suite bersebelahan suite Fawwaz dan Fawwaz sekali terkejut dan beranggapan Hana telah menunjukkan belangnya yang sebenar.  Fawwaz mengalah dan pulang ke London.

"Fawwaz, please..dont treat me this way. It was my past..I love you..I wanna marry you..have a family with you, grow old togther and never be apart"



"I need to rest. It's a big blow for me"


Haydar yang sangat licik hingga sanggup membiarkan Hana masuk lokap kerana memukulnya hanya kerana dia tak mahu Hana berjumpa Fawwaz yang akan pulang ke London.  Pastinya dia tak mahu rahsia bocor.

Hana akhirnya mengahwini Haydar apabila mengetahui Fawwaz telah berkahwin dengan Almas Iman di Kuwait dan hatinya sebak tapi dia punya perancangan lain iaitu meninggalkan Haydar dimalam perkahwinan dan berhasrat berlepas ke India untuk menyertai misi kemanusiaan.  Tanpa disedari Haydar pun turut menaiki pesawat yang sama mengikuti Hana dan secara tak langsung cinta kembali berputik dan secara tak langsung mereka berbulan madu dalam suasana yang mencabar dan penuh keterujaan.

Kisah cinta dongeng yang sangat menarik sampai kita boleh senyum dengan kelaku Haydar dan menitis airmata bila hati Fawwaz hancur dan harapan perkahwinan yang musnah.  Betapa indahnya aturan Allah swt dalam menguruskan jodoh mereka.

Kalau sesiapa baca novel ni mesti akan baca lagi dan lagi beberapa kali hehe.

Nak kenal lebih dekat dengan penulis Iman aka Evelyn Rose ni boleh ke blog dia fairytalesfromevelyn