Ibu Bapa Harus Bersedia Apabila Anak Menuntut Ilmu Jauh Dari Mata | Assalammualaikum wbt. Hari ni baru terasa agak tenang setelah berhempas pulas berpenat lelah balik ke Kedah sekali lagi pada 01 Julai mana taknya pada 28 Jun kali sekeluarga selamat sampai ke Kuala Lumpur jam 4 pagi setelah menempuh perjalanan 13 jam dari Kedah! Walau tak bosa sebab ikut jalan lama tapi penat tu ada la jugak.  Tup-tup 29 Jun pulak KC Iman check online IPTA yang dia kena lapor diri ke Polimas Jitra pada 03 Julai...memang kelam kabut la nasib baik la Umi dan DH masih bercuti tapi harus la DH kena ke ofis utk dapatkan pengesahan pegawai atasan atas semua borang penerimaan, slip gaji dsbnya..memang kelam kabut mana lagi nk pergi beli barang2 keperluan KC Iman..tapi dalam kelam kabut tu senyum la jugak DH sebab boleh la hadir kenduri bff dia kat Kangar..jadi macam sambil menyelam minum air tapi kalau kot ya pun sanggup dak kita minum air dalam kolam renang tak pun dalam laut nun..hahaha

Ibu Bapa Harus Bersedia Apabila Anak Menuntu Ilmu Jauh Dari Mata
sempat hadiri kenduri anak rakan persekolah hubby

Jadi 1 Julai kami sekeluarga bertolak ke Kedah tanpa Ayong sebab dia dah kena masuk kerja hari Selasa. Kali ni kami bertolak lebih kurang jam 11 malam dan sampai lebih kurang jam 7 pagi kat Alor Janggus..hanya memandu dengan relax jadi sampai pun lambat.  Pastu sempat la tido merehatkan badan sebelum menghadiri walimatulurus puteri sulung bff DH dekat pekan Kangar.

Selesai acara, sempat lagi berkunjung ke rumah sepupu kat Perlis dan beli barangan utk KC Iman lagi la sebab kalau anak perempuan masuk kolej ni diaorang kalau boleh nak bawak 1 kedai dengan diaorang kan.


Ibu Bapa Harus Bersedia Apabila Anak Menuntu Ilmu Jauh Dari Mata
02 Julai berkobar-kobar KC Iman bersiap nak masuk kolej kat Jitra dengan dengar taklimat bagai..pastu DH kena cari bank utk bayar yuran hostel sebab awalnya KC Iman katanya tak dapat hostel tapi mana mungkin kan...punya la panaih Jitra ni..debuk debak debuk debak selesai hantar barangan ke bilik dia dah dekat jam 5 petang.  Yang sadisnya tu DH dan Angah  tak dapat la tolong hantar barang sebab lelaki tak boleh masuk dan pulak tu kena jalan jauh untuk ke bilik walau sebenarnya ada jalan dekat tapi berpagar..hadoiiii memang hilang kalori Umi hari tu..hehe.  Bila part nak balik tu memang sedih la mana taknya jauh nun nak tinggal anak dara walau kaum kerabat ramai dan sahabat pun ramai tapi isk iskk memang drama air mata la.  Nasib baik la jugak ada cucu menakan DH belajar di tempat yang sama tapi berlainan kursus jadi kalau weekend boleh tumpangkan KC Iman balik ke Alor Janggus.

Sebelah malam pulak dapat jemputan ke rumah sahabat DH dekat Changloon...huihh punya la jauh Changloon ni memang boleh sesat hehe. Terimakasih buat tuanrumah yang sakan sediakan laksa, ketupat, rendang waktu memalam untuk jamu kami..^ ^. Balik rumah kak ipar memang tersandaq la kami kekenyangan..

03 Julai lepas sarapan terus bersiap nak singgah jengah KC Iman kat Jitra sebelum balik, cool jer nampak dia dari jauh tapi bila kami nak balik merambu (ala2 Kedah) air mata dia.  Sampai ke hari ni..tiap² hari dia call kat rumah..siap buat facetime la video call la sama la jugak dgn DH tanya dah makan ke..sampai KY cakap ishh KC ni tiap2 hari telefon hehe.  Niat dihati nak la tengok kot² dia boleh tukar Poli atau UiTM yang lebih dekat untuk kursus Town Planning tu...harap2 dapat la ya..

Buat anakanda Kak Cik Nur Iman yang jauh di Jitra, semoga berjaya selalu, tabah walau jauh, dipermudahkan segala urusan dan pulang dengan kejayaan.

Jauh sungguh kami tinggalkan anak dara yang sorang ni dan diharap KY nanti tak la jauh dapat penempatan bulan September nanti.

p/s cerita raya tak abis lagi nii..