Kasih Suami Buat Isteri Hingga Ke Akhir Nyawa | Umi dapat kisah ni dari group whatsapp baru-baru ni yang membuat Umi menitis airmata..baca dengan tenang dan hayatilah.  Diharap suami mahupun isteri serta anak-anak kita sendiri  mampu berbakti kepada ahli keluarga tercinta apatah lagi kepada kedua ibu bapa kita kelak.




Alkisah seorang Ustazah mendapat panggilan untuk menguruskan jenazah seorang ibu dan tanpa berlengah dia bergegas ke rumah sipemanggil yang terletak tidak jauh dari rumahnya.  Memang ramai yang hadir selain sanak saudara dan memandangkan hari sudah bertukar malam..jadi jenazah dibersihkan dengan mengelap tubuhnya sambil dibantu anak²nya yang empat orang, dua lelaki dan dua perempuan dan ada diantaranya sudah berkahwin
"Mungkin ada yang akan berkata..kenapa tak simpan hari yang sama sebab cuma lewat petang dari menyiksa mayat, sebaiknya disegerakan..Wallahualam
Keesokkan paginya Ustazah hadir untuk memandikan jenazah..salah seorang anak perempuannya datang kepadanya meminta agar mereka diajar untuk memandikan jenazah siibu dan meminta tunjuk ajar dari Ustazah. Malah anak² lelakinya serta sisuami turut serta dan tugasan memandikan jenazah dibahagikan.  Sisuami ditugaskan membersihkan bahagian kepala, anak lelaki dibahagian kaki dan anak perempuan dari bahagian badan membawa ke paha.  Apabila diserahkan sarung tangan mereka menolak dengan lembut dan berkata "masa kecil, ibu mandikan kami tak pernah pakai sarung tangan"

Ketika suaminya membersihkan wajah isterinya, sambil mengosok lembut wajah jenazah isterinya dia mengungkap satu persatu kenangannya ketiak hidup bersama " Sayang..inilah wajah manis yang abang tatap masa hidup..inilah wajah yang abang pernah sayang..wajah yang pernah jadi isteri abang. Selesai di muka sisuami beralih pula ke mulut dan mengungkap " sayang..inilah mulut yang selalu senyum pada abang..inlah mulut yang selalu berbual dengan abang..hiburkan abang selama ini..mulut yang berikan abang semangat ketika berdepan masalah" diungkap dengan linangan air mata.

Selesai bahagian si ayah, dua anak perempuanya mengambil tempat dan sambil membersihkan tangan si ibu, anak-anaknya meluahkan segala jasa ibu mereka : Ibu inilah tangan yang besarkan kami, didik kami, tangan inilah yang suapkan makanan ke mulut kami..inilah tangan yang dodoikan kami..jari jemari inii yang kesatkan airmata kami..tangan ini juga yang dukung kami sewaktu kecil" "ibu jasa ibu amat besar" tutur seorang anak perempuannya sambil mengalirkan airmata.  Apabila sampai ke perut, seorang lagi anak perempuannya bersuara " Ibu..inilah perut yang mengandungkan kami..terima kasih ibu..larhirkan kami..didik dan besarkan kami" ungkap sianak sambil air mata terus bercucuran. Bukan hanya mereka, malah Ustazah dan saudara mara yang menyaksikannya turut menangis dengan suasana waktu itu terasa begitu hening..suasana sangat memilukan, menyaksikan dan mendengarkan kata-kata ikhlas dari sisuami dan anak-anak.

Apabila semua selesai, Ustazah mengambil giliran untuk membersihkan bahagian dubur tapi sisuami meminta untuk melakukan sendiri dengan berkata " ni isteri saya, biar saya yang buat..Ustazah ajarkan saya" tutur sisuami. Ustazah pun mengarahkan sisuami supaya menekan perut secara perlahan2 untuk mengeluarkan najis didubur.  Semasa si suami melakukannya dengan menekan lembut perut isterinya sisuami bersuara 'Sayang, ini rahim yang melahirkan anak2 kita, memberikan zuriat kepada kita, terima kasih sayang" tutur sisuami dengan lembut dan mata berkaca².

Selesai memandikan, jenazah dibawa keruang tamu untuk dikapankan dan  si suami dan anak²nya yang mengambil tempat untuk bersama2 membuatnya dengan bantuan Ustazah walau mengambil masa yang agak lama namun selesai dengan mudah sebelum jenazah dibawa ke tanah perkuburan.

Selesai menyimpan mayat, sisuami meminta izin untuk membacakan talkin buat isterinya dari suami Ustazah yang sepatutnya mengambil tugasan.  Si suami dengan keadaan suara yang serak keran amasih bersedih memulakan bacaan, bacaan yang memang lain sekali dari kebiasaanya " Sayang, hari ini adalah hari terkahir kamu dimuka bumi ini, kamu berpisah dengang anak², kamu berpisah dengan abang, Sayang, malam ini abang akan berteman hanya dengan anak2 disisi abang

"Sayang, nanti akan datang malaikat Mungkar dan Nakir bertanya, siapa tuhan kamu? siapa Nabi kamu? Apakah agama kamu? Apakah kiblat kamu? apakah pegangan iktikad kamu? Siapakah saudara² kamu? Abang minta tolong sayang jawablah dengan tenang, dengan lancar, bahawa Allah Tuhanku, Muhammad Nabiku, Islam Agamaku, AlQuran petunjukku, Orang Islam adalah saudara² ku, tutur si suami dengan sebak.  

Si suami menyambung, nanti kita akan jumpa di Syurga, Sayang tunggu abang di Syurga. Abang akan tetap merindui hingga kahir hayat abang

Satu drama yang dikatakan benar² berlaku, memperlihatkan kasih sayang, kejujuran, kesetiaan dan cinta yang tulus ikhlas dari seorang suami kepada isteri, kisah kasih sayang antara anak² dan ibu dalam keluarga ini yang menghargai seorang isteri dan ibu hingga ke akhir hayat.  Sungguh bertuah jenazah seorang wanita yang memiliki suami dan anak² seperti ini.

Pasti yang membaca dan siapa juga yang berada ditempat kejadian akan merasa terharu betapa seorang suami menyayangi, menyanjungi pengorbanan isteri dan anak-anak yang menghormati serta tidak berkira buat kali terakhir untuk ibu yang pergi dan tidak akan kembali.  Seorang isteri, ibu yang pasti akan diingati yang berkorban tanpa mengenal lelah buat keluarga tercinta.

Memang sedap pulak dengar lagu dan cerita kat atas tu menambahkan rasa sebak bila dengar lagu ni walau lagu ni bukan pasal kematian pun tapi macam cinta si suami hanya untuk arwah..*sobsss


Rupanya lagu Wahai Kekasih dari kumpulan Katahati ni juga OST untuk Suri Hati Mr Pilot dan pertama kali tengok cerita Azril dengan Izreen Azmida dalam Lelaki Macam Dia yang diadaptasi dari novel Mamat Muka Selenga

Cinta ini hanya untukmu
Cinta ini hanya milikmu
Takkan mungkin aku bertahan
Bila berpisah dengan kamu

Maafkanlah aku kasihku
Bila ada luka dariku
Ku berjanji demi hidupku
Ku akan menjaga hatimu

Wahai kekasih pujaanku
Terimalah cintaku
Ku ingin memilikimu

Wahai kekasih impianku
Terimalah diriku
Apa adanya aku

Maafkan aku kasihku
Bila ada luka dariku
Ku berjanji demi hidupku
Ku akan menjaga hatimu

Wahai kekasih pujaanku
Terimaklah cintaku
Ku ingin memilikimu

Wahai kekasih impianku
Terimalah diriku
Apa adanya aku

Wahai kekasih pujaanku
Terimalah cintaku
Ku ingin memilikimu

Wahai kekasih impianku
Terimalah diriku
Apa adanya aku

Maafkan aku kasihku
Bila ada luka dariku
Ku berjanji demi hidupku
Ku akan menjaga hatimu