Dah lama terperap dalam Malaysia rasanya hehe yela sebab tahun ni trip Umi ke Dubai dibatalkan atas faktor yang tidak dapat dielakkan dan kemungkinan..hanya kemungkinan Umi akan ke tempat yang lebih jauh kot akhir tahun ni tapi rasa-rasa macam tak nak pun ada hehe

Hari Khamis 23 Ogos yang lepas Umi dijemput ke sesi product update untuk Madam Tussaud Hongkong dan memang Umi tak nak lepaskan sebab Hong Kong antara negara kesukaan Umi selain tak perlu visa dan sekarang dah semakin mudah untuk dapatkan makanan HALAL disana. Jadi Umi nak share tempat-tempat menarik kat Hongkong ni yang dah Umi pergi tapi tak dapat la tunjuk gambar tempat2 dengan wajah manis Umi dulu tu sebab masa ke Hong Kong tu Umi masih belum berhijab malah banyak gambar Umi yang 'tersorok' dalam pendrive yang dicabuli dek virus..memang sedih tapi InsyaAllah Umi akan ke Hong Kong lagi dan kali ni nak posing banyak2 haha

Mungkin ramai yang tak tahu yang orang Hong Kong ni suka makan makanan yang fresh gitu maksudnya kalau diaorang beli ikan dia akan beli ikan yang masih hidup tapi tentu harga mahal jadi untuk yang kurang kemampuan diaorang akan ke pasar dan beli ikan yang nyawa-nyawa ikan jadi harga dia murah sikit hehe.  

Orang Hong Kong ni jugak sangat trendy dan sangat fashionista jadi jarang diaorang pakai pakaian yang sama berkali-kali..ni apa yang kawan tour guide Umi cakap la kalau dia tipu Umi..Umi pulak tipu korang hehe

Disneyland
nun jauh Umi posing tapi sempat bagi Hi kat korang hehe.  Masa gambar ni diambil Umi tak guna camera tapi hanya handphone Blackberry jadi maaflah naa sebab gambar ikut sendiri jer.  Ni masa Umi lead group dari UiTM Shah Alam bersama para lecturer dan keluarga diaorang.

Taman Teman Disneyland terletak di Penny's Bay, Pulau Lantau ni tidak harus dilepaskan bak kata orang 'a must visit place' terutama kanak-kanak dan kira orang dewasa ni jugak sebab memang best kat sini.

Apa yang ada kat sini?

Main Street, USA kat sini la ada perarakan  dengan watak Mickey Mouse, Minnie, Goofy, Donald Duck dan lain-lain dan disebelah malam pulak kat sini la ada pertunjukan bunga api sebagai penutup hari.

Tomorrow Land - ada Iron Man, Jedi, Buzz Lightyear dan boleh berjumpa dengan Chewbacca jugak

Adventure Land - nak tengok Star Wars kat sini la sesambil tu boleh menjelajah hutan dengan menaiki bot menyusuri sungai  serta bersua haiwan eksotik

Fantasy Land - bertemu para puteri di alam fantasi macam Snow White, Cinderella, Sleeping Beauty, Rapunzel, Anna, Elsa dll (masa Umi pergi tu diaorang ni nampak pelik sebab muka cinta yang ditouch up jadi puteri2 tapi tetap nampak pelik hehe) tapi istana tu memang cantik (mcm dalam gambar kat atas tu)

Toystory Land - semua mesti kenal dengan Andy, Woody, Jessie dan kat sini boleh jumpa diaorang

Grizzly Gulch, menaiki roller-coaster yang unik dan inovatif dalam suasana wild wild west dan Mystic Point. Kedua-dua ni belum ada lagi waktu Umi ke Hong Kong ya.

Nak tahu lebih lanjut taman tema dan pertunjukan kat Disneyland ni klik SINI
dan pastikan jangan lepas peluang bergambar bersama karakter2 ni dan jugak kat sini kita boleh membeli barangan dengan ikon pilihan kita..cuma sediakan duit jer hehe dan kat Disneyland ni kita boleh enjoy sakan main tu main ni lagipun tak de siapa kenal pun kan..haha

Makanan Halal di Disneyland?

Kat Disneyland ni tak usah risau pasal makanan halal sebab ada 2 restoran yang kita boleh pergi makan utk mengisi perut kosong iaitu Tahitian Terrace, Adventure Land dan Explorer's Club Restaurant, Mystic Point. Jadi tak perlu risau nak seludup barang makanan masuk sebab sebelum masuk ada kawalan dan kalau nasib baik lepas la hehe

perarakan yang memang menarik terutama buat kanak2 dapat tengok karakter berarak dan kalau sempat boleh ambil gambar lagi

Ocean Park

Ocean Park HK seluas 91.5 hektar (226 ekar) adalah taman tema mamalia marin, oceanarium, taman tema haiwan dan taman hiburan terletak di Wong Chuk Hang dan Nam Kong Shan di selatan Hongkong.  Terdapat lebih 80 attractions and rides and merupakan taman teman ke 13 didunia yang paling banyak dilawati dan taman tema terbesar di Asia. Terdapat banyak attractions kat sini selain 4 roller coaster, pertunjukkan haiwan, giant panda, polar dan akuarium yang terbesar didunia. Disini terdapat kereta kabel dan Ocean Express funicular railway yang macam kat Bukit Bendera tu.

Disini juga pihak Ocean Park menggabungkan hiburan dan pembelajaran untuk para pelanggan lebih menghargai haiwan.


Victoria Peak


Victoria Peak merupakan gunung di arah utara pulau Hongkong yang dikenali sebagai Mount Austin dengan ketinggian 1,811kaki. Juga merupakan puncak yang dioccupied sebagai radio telekomunikasi facility.  Victoria Peak ni memang sangat cantik diwaktu malam memang ramai kot pengunjung nak ambil gambar panorama malam kat sini dan waktu Umi pergi ni memang sesak. Sebaiknya pergi diwaktu siang dan malam untuk tengok perbezaan panorama yang berbeza.

Funicular train yang seakan di Bukit Bendera Penang

Madam Tussaud
Image result for madame tussaud hong kong
memang nampak hidup dan real patung-patung ni dan kalau bernasib baik ada aktres Hong Kong yang akan muncul ala-ala patung lilin
Madam Tussaud Hong Kong adalah antara rangkaian wax muzium oleh Marie Tussaud yang terletak di Peak Tower di Hong Kong. Jangan salah sangka ya yang kat Penang tu Wax Museum tak sama dengan Madam Tussaud tau.  

Kat sini banyak patung lilin pelakon Hong Kong seperti Jacky Chan, pelakon Hollywood, Barrack Obama dan terbaru pemimpin Indonesia, Presiden Jokowi
(psst..kt sini Umi tak masuk sebab tak minat sangat dengan patung2 ni tapi kemungkinan masa akan datang mungkin boleh la jengah kan)

Dan wakil Madam Tussaud turut untuk memperkenalkan tarikan terbaru disini iaitu Fashion Zone dan menampilkan bintang Korea Huang Zitao lebih dikenali sebagai Tao, warga China seorang rapper, penyanyi, penulis lagu dan pelakon juga adalah bekas ahli kumpulan EXO kumpulan penyanyi lelaki Selatan Korea yang sangat dikenali..cuma Umi jer yang tak kenal.  Dah la kacak tinggi pulak 6.1.  Lepas ditanya pada Cik Meya yang peminat tegar K-pop ni baru la Umi tahu yang EXO ni ahlinya ada Korean dan Chinese hik hik

Abeerdeen Fisherman Village
Image result for fisherman living in boat in hongkong
Kat sini la kita boleh tengok orang Hong Kong yang masih tinggal dalam bot bukan semua tapi masih ada lagi. Mereka adalah nelayan yang masih berdegil tak nak pindah duduk dalam rumah yang pihak berkuasa sediakan dan kata kawan Umi tu mungkin diaorang tak selesa sebab bila tinggal dalam bot tu kan terbuai-buai macam duduk dalam buaian dan mudah nak lelap mata..memang lawak alasan kawan Umi tu tapi mungkin kot ada kebenaran kan. 

Kat Aberdeen Harbour ni kita boleh nampak rumah pelakon Jacky Chan dari kejauhan  yang terletak kat atas bukit.  Sebenarnya tak berapa nak nampak sebab banyak rumah orang-orang jugak kat situ 

Ladies Street 

terletak di Tung Choi Street, Mong Kok, Kowloon dan kalau nak ke sini boleh naik MTR Mong Kok Station atau naik bas 1, 1A, 2, 6 atau 9 dari jeti ferry Tsim Sha Tsui tapi lebih mudah macam Umi kami ada pre-arranged transport hehe

ni la tempat shopping yang paling orang perempuan suka ala-ala Petaling Street dengan banyak gerai menjual baju, aksesori, cenderahati, jam tangan pelbagai jenama, alat solek dan macam-macam lagi la pastu kat sini la kita boleh uji kepakaran tawar-menawar

Buat sesiapa nak nak pergi ke Hong Kong tu boleh jer tanya ke agensi pelancongan tak pun boleh buat program sendiri yang Umi kongsikan kat sini. Sistem pengangkutan kat sini pun bagus dan dalam bahasa Inggeris jadi tak perlu risau dan warga Hong Kong ni fasih bertutur bahasa Inggeris jadi kalau tak nak sesat jalan sila la bertanya ok

Program 4 Hari 3 Malam Hong Kong

Hari 1 : Sampai kat HKIA, terus masuk

Hari 2 : Lawatan ke The Peak waktu siang, Stanley Market, Aberdeen Fishing Village (siapa nak naik sampan pun boleh) dan shopping kat Jewelry Factory. Balik ke hotel dan rehat.  Petang pulak kita ke Ladies Street untuk shopping

Hari 3 : Bergembira sepanjang hari di Disneyland dan menonton pertunjukan bunga api dan balik ke hotel atau ke Victoria Peak

Hari 4: Kalau flight tu lewat boleh pergi shopping lagi

Nota : Kalau tambah hari lagi boleh la ke Ocean Park untuk merasa kegirangan tambahan atau tambah hari kita ke Shenzhen naik keretapi laju macam Umi dah pergi tu.