Alhamdulillah, syukur dah memang rezeki KY dekat Pahang walau ditolak awalnya disebabkan yuran semester ala bangsawan untuk double degree Kejuruteraan Mekatronik (sebenarnya KY apalagi kami memang kurang arif waktu membuat permohonan di JPA) tapi pihak uni nak KY belajar kat sana.  Umi pulak rasa risau sebab walau nama jer Pekan tapi tak rasa macam pekan dan kemudahan pengangkutan dari Pekan ke KL pun tak de tak macam kalau belajar di Kedah macam KC Iman tu.

Kisah Kak Yang ditawarkan ke Universiti Malaysia Pahang, klik SINI

Apalagi bila missed communication dengan pihak sebuah uni top di Johor..sebenarnya Umi pun tak nak KY belajar di Johor walau ada Pak Longnya di Skudai..sebabnya? rasa macam jauh pun ada..

Jadi pada 14 Sept lalu Umi pun ambil cuti separuh hari memandangkan daftar masuk KY ke UMP pada hari Jumaat 15 Sept. Ingatkan boleh la pergi awal tapi macam-macam last minute issue timbul dengan Icha nak ambil hadiahlah..KY pulak nak ke Aeon Big sebab slack yang dibeli tu cashier lupa nk buka security lock yang dilekat..eh panggil security lock ke..haha

Akhirnya lebih kurang jam 4.30 baru bertolak dari KL ke Kuantan dan sampai ke Kuantan pulak dalam jam 8 malam..just slow relax drive jer apatah lagi hari hujan pulak. Sampai di Kuantan terus check in di Seasons View Hotel dan keluar balik untuk makan malam di Sara Thai Kitchen..baca SINI.  Kenapa Kuantan bukan Pekan? tak per nanti entry lain Umi cerita ya

Lepas makan malam tu sempat jugak kami singgah ke uptown yang terletak kat berdekatan pantai di Teluk Cempedak tapi tak ada yang menarik dan pantai pulak tak nampak apa sangat pun sebab malam kan.  Tak boleh nak berlama sangat sebab esok nak ke Pekan dengan perjalanan yang akan memakan masa lebih kurang 45 min..so balik rehat dan tidur je


15 Sept > dah kena bangun awal untuk bersarapan dan teruskan perjalanan ke Pekan untuk pendaftaran dan mujur kami awal dan tak perlu bersesak dengan intake baru..what a blessing in disguise kan

Alhamdulillah selesai urusan pendaftaran dengan mudah sekali dan selesai ambil kunci bilik, kami pulak kena bergegas balik sebab DH kena ke luar daerah..tak jauh pun cuma di Melaka tapi ada time frame jadinya memang tak ada stop over kat mana2 kecuali kat R&R utk solat dan meregangkan otot jer

waktu dalam nak kejar masa untuk sampai ke KL sebelum jam 4 petang tu sempat gak singgah kat pantai ni untuk ambil gambar..memang masa nak ke UMP tu dah terpegun tengok pemandangan pokok firus ditepi pantai tapi dek kerana tak nak lewat daftar tu niat tu letak tepi dulu..hehe.  Mungkin lain kali boleh singgah lama lagi utk gambar yang lebih cantik

Nota Umi : buat Kak Yang yang Umi dan ayah tinggalkan di Pekan, semoga berjaya, cemerlang dan tercapai cita-cita.  Aamiin