Korang tau tak yang Kingsman berdasarkan komik bersiri yang kemudian difilemkan oelh pengarah Matthew Vaughn pada tahun 2014..eh korang dah tonton belum Kingsman: The Secret Service dengan watak Harry Hart dan Gary "Eggsy" Unwin dengan akhiran Harry Hart ditembak oleh Richmond Valentine [Samuell L. Jackson] yang sangat kejam.  Memang best movie ni...kalau tak pernah tonton sila tonton kat youtube ok sebab baru tau kesinambungan dia bila tonton Kingsman II ni yang kini berada di pawagam sejak 21 September di Golden Screen Cinema..jadi tunggu apa lagi!

Image result for kingsman logo

[ Movie ] Kingsman : The Golden Circle

Kejadian ibupejabat Kingsman dimusnahkan menyebabkan Eggsy bergegas meninggalkan makan malam bersama keluarga kekasihnya Puteri Tilde.  Eggsy bersama Merlin cuba mencari angkara siapakah  yang menyebabkan kematian rakan-rakan agen Kingsman sehingga membawa mereka ke Amerika dan bergandingan dengan pihak Statesman dan rupanya Charlie, bekas agen yang disingkirkan dari Kingsman telah membalas dendam hingga menyebabkan kematian Arthur dan rakan agen yang lain. Gallahad yang disangkakan telah mati rupanya masih hidup setelah diselamatkan oleh Statesman tapi mengalami hilang ingatan dan cuma tahu dirinya sebagai pengumpul kupu-kupu (lepidopterist) dan usaha pelbagai cara dibuat untuk mengembalikan Harry tapi gagal tapi sebagai hero Eggsy akhirnya dapat memulihakan ingatan Gallahad.

Penampilan Julianne Moore sebagai Poppy Adam, tauke dadah terbesar dunia yang bersuara manja tapi berhati kering dan tak berperikemanusian manakan tidak dia boleh pulak menyuruh agen terbarunya untuk bunuh rakan dadahnya dengan mengisar kedalam mesin pengisar dan kemudian dibuat pattie burger dan dibuat hidangan makanan..yikess memang kembang tekak dan rasa mual pun ada

Poppy Adam kemudian muncul untuk menyelamatkan orang ramai dengan penawar bagi penduduk yang terkena toksik dari dadah yang boleh menyebabkan kematian dalam tempoh yang singkat tapi dengan bersyarat. Hanya dengan penawar itu yang mampu memulihkan semua orang termasuk kekasih Eggsy dan pencarian penawar bermula sehingga Eggsy, Merlin dan Gallahad  sampai ke tempat persembunyian Poppy di Cambodia

Watak cameo Sir Elton John yang membawa watak dirinya yang diculik oleh Poppy untuk menghiburkan memang lawak

Halle Berry sebagai Ginger memang nampak kecil tapi mungkin sebagai permulaan sebab yang pasti akan ada Kingsman III sebab dia mengambil tugasan agen dengan nama Whiskey..tak percaya? kita tunggu jer nanti

Babak sedih pun ada bila Merlin mengambil tempat Eggsy yang terpikat periuk api sambil menyanyi lagu Take Me Home Country Road [penyanyi asal : John Denver] sambil kita boleh ternyanyi-nyanyi lagu yang evergreen ni
Cerita ni tak sesuai untuk anak-anak bawah 18 tahun sebab terlalu banyak sebutan huruf F*** tu 




suited
booted
Pelakon :
Taron Egerton - Gary "Eggsy" Unwin
Colin Firth - Harry Hart
Mark Strong - Merlin
Michael Caine - Arthur
Julianne More - Miss Poppy
Halle Berry - Ginger
Elton John - Elton John

Terima kasih buat kepada blogger atiehilmi yang bercouple dengan Umi dan credit untuk Shopee Malaysia yang sudi menjemput kami


Kalau ada sumur diladang
Boleh kami menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Jangan pulak Shopee Malaysia jemput kami