Sedapnya Kerabu Pakurawan Kerang dan Beras Sangai | Mesti ramai yang tak kenal pokok paku rawan ni sangat sedap kalau dibuat kerabu.  Selalunya orang Utara mesti kenal pokok paku rawan, tumbuah aquatic yang tumbuh meliar di parit, sungai dan di taliair tapi air bersih, kalau air kotor tumbuhan ni akan mati. Ada juga yang buat goreng tapi sejujurnya rasanya sangat pelik, tap selera kita tak sama kan. 

Ok, ni nak kongsi resepi kerabu paku rawan yang selalu mak buat sekiranya dia dapat pucuk paku rawan ni. Memang favourite mak dan abah.

Sedapnya Kerabu Pakurawan Kerang dan Beras Sangai


Bahan-bahan:
1 - 2 ikat pucuk paku rawan
½ kilo kerang (ikut kesukaan sendiri)
10 tangkai cili kering, dibuang biji
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
½ inci halia
sedikit belacan
½  cawan perahan air asam jawa
1 gengam beras
2 - 3 sudu besar kerisik
1 labu bawang besar, dihiiris (kalau suka, tapi untuk resepi kali ni tak bubuh sebab dah habis stok)
Garam secukup rasa


Cara membuatnya:

Pertama:
Beras disangai (goreng kering tanpa minyak, tanpa air) hingga kekuningan dan sedikit gelap tapi bukan hangit kemudian di tumbuk tapi jangan sampai hancur.
Nota : Beras dibilas dengan laluan air bukan macam kita basuh beras untuk masak nasi.  Pastikan beras ditoskan dan betul-betul kering sebelum disangai.

Kedua:
Kerang direbus tanpa air (pun boleh direbus menggunakan air tapi kemanisan kerang hilang sebab air tu kita akan buang kan, tapi terpulang). Biarkan sejuk, kemudian dikopek dan letak tepi.

Ketiga:
Cili kering, belacan, bawang kecil, bawang merah, halia dan belacan serta asam jawa ditumbuk hingga lumat.  Umi tak guna air perahan asam jawa tapi asam jawa homemade buatan kakak ipar yang agak kering cuma masa menggaul letak sedikit air.


Sedapnya Kerabu Pakurawan Kerang dan Beras Sangai

  1. Pucuk paku rawan yang telah direbus, ditoskan airnya.
  2. Sedia untuk digaul dengan cili yang ditumbuk dan masukkan pekatan perahan air asam jawa. 
  3. Pucuk paku rawan yang dah sebati dengan bahan-bahan dimasukkan kerisik dan digaul
  4. Akhir sekali taburkan beras yang telah disangai, ditumbuk dan digaul rata.  Aroma dari beras dan gabungan kerabu tu memang cukup bukan kecur air liur


Sedapnya Kerabu Pakurawan Kerang dan Beras Sangai

Semua bahan dah dimasukkan, dah digaul rata dan sedia untuk di makan tapi bila dah siap memang tak sah kalau tak ratah dulu. Bagi Umi kalau dapat ni dengan nasi panas pun dah cukup.

Selamat mencuba