Masih lagi cerita tentang menghantar KY Amanda daftar masuk ke UMP, harap tak jemu la ya hehe dan kali ni pasal penginapan kami dekat Kuantan.  Eh kenapa Kuantan? bukan Pekan? sebab kat Pekan tak ada hotel dan kalau ada pun hanya homestay..maaf kalau salah tapi setelah ditinjau dan tanya en google memang tak jumpa.

Memandangkan Umi dan DH memang tak boleh berenggang dengan anak-anak walau dah besar panjang pun diaorang ni jadi kena la cari bilik yang 2 in 1, samada Family room yang punya 2 bilik atau bilik bersambung (adjoining room) dan untuk tarikh 15 Sep tu hanya Season View Hotel Kuantan yang menawarkan bilik Deluxe Family Suite yang boleh menempatkan 5 dewasa termasuk sarapan pagi  dengan harga yang berbaloi dari Agoda 



model yang tak berbayar tengah merehatkan diri



Memandangkan bilik yang KY dan cik Meya duduk dah penuh barang jadi pic ni ambil kat website hotel jer
Kemudahan yang disediakan bila kita tempah bilik di Hotel Seasons View selain termasuk sarapan pagi adalah:

 

TV dengan saluran Astro
Kopi/Teh didalam setiap bilik
Percuma suratkhabar
Peti sejuk mini
Kafe Ritz the Grill yang menyajikan makanan tempatan dan barat yang mana kalau malas nak keluar bilik kita boleh membuat pesanan makanan



Dari Hotel Seasons View ni cuma 6 minit kalau berjalan kaki untuk sampai ke Kuantan Parade & Kompleks Teruntum dan dengan kereta cuma 10 minit ke Teluk Cempedak 

Kalau bercuti ke Kuantan ni banyak tempat menarik dan aktiviti menarik kita boleh lakukan antaranya:

Makan nasi dengan ikan patin masak tempoyak yang menjadi signature di Kuantan ni. Makan sekali mesti nak berkali-kali
Naik bot menyusuri Sungai Kuantan diwaktu petang melewati perkampung nelayan dan anak-anak nelayan ni bila bot lalu jer diaorang akan buat terjunan..memang hebat walau diaorang ni masih kanak-kanak lagi
Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah yang dibina diantara tahun 1991 dan 1993 dengan dekorasi dari marmar biru dan putih dan boleh menempatkan 100,000 orang 
East Coast Mall adalah pusat membeli belah terbaru di Kuantan yang menempatkan fashion label seperti Padini, Brands Outlet, Quicksilver, MNG Outlet, Parkson, GSC dan macam-macam lagi 
Pantai Teluk Cempedak - terletak dalam 5km dari bandar Kuantan dan berdekatan dengan Kelab Golf Diraja Pahang.  Untuk sampai kesini kita akan melalui depan Istana Pahang
Sungai Lembing merupakan bandar yang tenang terletak  40km ke arah utara Kuantan. Disini terdapat muzium Sungai Lembing dan disekitar kawan ini kita boleh lihat kesan peninggalan semasa zaman Inggeris dan Jepun.  Umi pernah kesini tahun 2010 dan waktu tu kawasan ni tersangat sunyi dan agak menyeramkan
Pantai Cherating antara lokasi penyinggahan yang terkenal di pantai timur untuk berkelah, mandi-manda dan bermain layar tak pun berjemur. Umi pernah singgah disini sewaktu bercuti di Kuantan dan Taman Negara tahun 2010 dulu
Tasik Chini - antara tasik asli kedua terbesar di Malaysia yang dikatakan ada naga didalamnya. Tasik Chini merupakan tempat habitat untuk lebih 144 jenis spesis ikan termasuk toman
Air Terjun Sungai Pandan, antara tarikan pengunjung di Kuantan dengan hutan berkeluasan 59 hektar, 75 meter dari aras laut.  Memang cantik dan menakjubkan pemandangan air terjun setinggi 100 meter
Berbalik pasal tempahan dengan Agoda ni yang sangat mesra pengguna ni Umi juga dapat hadiah sebanyak USD2.35 yang boleh la Umi tebus bila buat tempahan di Agoda lain kali