Terima kasih Sofie atas jemputan..entah macam mana boleh terlepas pandang segmen ni..sibuk? rasa macam buat-buat sibuk pun ada..hehe

Ok masih berbaki 2 hari lagi sebelum segmen ni ditutup dan masih sempat bagi sesiapa yang nak join tau..

Seperti biasa, sila klik kat banner untuk keterangan lebih lanjut ok.



Hadiah? wow memang menarik hadiah utamanya..sungguh mewah dan kalau sesiapa dapat tu memang beruntung sangat lah.

Tentang saya :

Saya dilahirkan 48 tahun yang lalu di Kuala Lumpur,  membesar di Kuala Lumpur dan lebih dikenali sebagai Fuzy dirumah dan didalam blog tapi dizaman sekolah lebih dikenali sebagai Gee tapi lebih membahasakan diri sebagai kak cik sebagai ganti diri bila berbual dengan adik-beradik yang seramai 10 orang tu.  Kalau di blog sebagai Umi Fuzy (UF) hehe tapi tak la ramai yang kenal sangat pun..haha.  

Saya telah berkahwin dengan D'hubby (DH) selama 25 tahun dan mempunyai 6 cahaya mata, 2 putera dan 4 puteri yang berusia antara 24 hingga 11 tahun.  Suami UF pula seorang jurugambar dengan sebuah badan berkanun sementara UF pula bekerja dibidang pelancongan dan sebelum itu pernah menjawat pelbagai jawatan antaranya setiausaha, PA, Admin Officer dipelbagai syarikat multinational antara United Nations, ExxonMobil, AT&T, AEG dan banyak lagi la.  Kalau kat resume tu memang banyak helai la jugak hehe

UF sudah mempunyai blog sejak 2006 dimana menulis untuk keseronokan dan sebagai personal diari yang ditulis dalam bahasa Inggeris dan Melayu..menulis bila terasa nak menulis hehe tapi mula menulis lebih aktif sejak akhir tahun 2016 selepas dilamar untuk menulis artikel antaranya untuk Zalora dan Traveloka dan sejak tu mula rasa seronok untuk terus menulis sebab ada side income tanpa keluar rumah! Menarik kan.

Blog saya dulunya dikenali sebagai www.sweetsourleyra.blogspot.com dan kemudiannya direbranding ke www.umifuzy.com dan Alhamdulillah penukaran ni membuat UF lebih aktif menulis (kekadang tu ke laut jugak) hehe.  Apa-apa pun UF amat berharap tiada halangan dan alasan untuk UF terus menulis untuk berkongsi kepada orang ramai atau jugak untuk anak cucu nanti.

**************

Ok tu jer la dulu, kalau nak tulis tentang UF ni memang berepisod-episod pulak nanti hehe