Rentetan dari kejayaan besar yang merekodkan peningkatan pesanan sebanyak tiga kali ganda pada Hari Membeli-belah Dalam Talian 9.0, Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan ini akan mengadakan Jualan Murah Super 11.11 dari 1 hingga 11 November dan dijangkakan akan menjadi acara jualan mega akhir tahun yang paling sensasi !

Sokongan memberangsangkan dan peningkatan trafik pengguna sebanyak lima kali ganda dalam 24 jam, mendorong Shopee melancarkan Jualan Murah Super 11.11 dengan 3,000 jenama dan usahawan pilihan yang menawarkan potongan harga berganda sehingga 90% dan lebih 100,000 produk  dibawah Jaminan Harga Terendah Shopee.  Sekiranya mana-mana pelanggan terjumpa produk yang sama dijual pada harga yang lebih rendah di platform lain, Shopee akan memberi ganti rugi sebanyak 120% perbezaan harga tersebut..memang tawaran terbaik! jadi bersiap sedia untuk turut serta okay


Keseronokan ini meningkat pada hari Kempen Jualan Murah Super 11.11 Shopee yang membariskan tawaran tanpa henti selama 24 jam termasuk jualan murah RM11, penghantaran percuma dengan pembelian minima RM20, potongan harga atas produk berjenama popular di Shopee Mall dan banyak lagi dengan sokongan daripada jenama ternama seprti Petronas, Digi dan Watsons serta rakan rasmi seperti Ambank, CIMB, Maybank, Public Bank dan RHB.

Pengguna Shopee boleh menikmati potongan harga bagi pelbagai jenis produk dari kategori popular termasuk 3 pusingan 'Shocking Sale' setiap hari yang menampilkan koleksi 50 jenis produk kegemaran pada harga terendah bermula 1 November.


Baru-baru ini dalam Bajet 2018 yang diumumkan telah menggariskan e-dagang sebagai salah satu pemacu utama ke arah membangunkan digital ekonomi Malaysia, yang dijangka boleh menarik pelaburan sebanyak RM700 juta dan menawarkan 2,500 peluang pekerjaaan.  Shopee komited menyokong perusahaan kecil dan sederhana tempatan dan membantu mereka membina perniagaan e-dagang menerusi insentif komisyen sifar (0), penghantaran percuma ke seluruh Malaysia dan kempen mega seperti Jualan Murah Super 11.11 Shopee membantu meningkatkan lebih 150,000 usahawan aktif dibawahnya.



Pemainan 'SPIN TO WIN' juga dilancarkan semula dengan pelbagai hadiah bernilai sehingga RM300,000 untuk dimenangi setiap hari, jadi jangan lupa cuba nasib kat situ okay
"Jualan Murah Super 11.11 Shopee merupakan masa terbaik untuk anda mendapatkan potongan harga terhebat bagi memenuhi keperluan membeli-belah sempena musim perayaan.  Kami berharap anda semua boleh menyertai acara jualan mega akhir tahun yang paling sensasi - Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee
Muat turun aplikasi Shopee secara percuma menerusi App Store atau Google Play
semua dihujung jari anda!

https://lh4.googleusercontent.com/N26YiTCrKjZasWy_UJlXK3o76vOqHRI1yGd8VWbMSlX6_Xt-BAUpcgGSf5D3sJyU_8yLogToSFK4pu9YkXlOUm7oOjInAGjllPobKDjAVsd2SUSnW3hZ4-yTA071zmqV8cb-Ib3q

Untuk maklumat lanjut, layari www.shopee.com.my/1111