Pertama kali dalam sejarah Umi sekeluarga bercuti tersangat singkat ke Johor..kira bercuti la jugak la kan walau sebenarnya menginap kat rumah adik beradik tak pun sedara mara kann..singkat sebab cuma tidur semalam kat Johor dengan misi untuk selesaikan urusan keluarga DH  haha lawak sungguh bila cakap misi tu kannn..

Bayangkanlah punya jauh dengan perjalanan lebih kurang 5jam lebih tapi kami cuma boleh tidur semalam jer sebab DH dapat cuti sehari jer.  Well Umi tak la penat sebab cuma jadi penumpang jer ;D

Walau short vacay sempat la jugak kami ke dusun durian kat Kg Sawah, Pekan Nenas, Pontian.  Agak jauh jugak perjalanan dalam 45min sampai Umi pun tersengguk² tau tapi buat pemakan durian tegar, apa la sangat kan tapi yang pasti depa memang dapat makan dengan puashati sebab buah durian fresh dari ladang.

Journey | short vacay ke Johor
Memang murah dengan harga RM12/sekilo yang dijual oleh tuan dusun tu kalau tak silap nama dia Haji Wahab tapi sebab dah biasa dgn BIL dia bagi RM10/sekilo! dan kat sini Umi yang cuma tengok dari jauh jer ^ _ ^ dan baru tahu ada durian kampung yang dipanggil Durian Puri Kaca yang tersangat sedap katanya. Yang biasa Umi dengar hanyalah Musang King, D24, Kucing tido dll


Hari ke 2 - urusan DH bersama abangnya selesai diwaktu pagi dan lepas jer makan tengahhari kami pun bertolak balik ke KL dan kononnya nak la singgah repeat ke JPO tapi huwaaa terlajak pulak dah.. jadi tak de la nak patah balik kan dengan waze dok tunjuk jalan sesak tapi dek kerana dah janji kat cik applepie, DH pun singgah ke FreePort A'Famosa Outlet. 

Kalau ikutkan kakak ipar dia dok saran nak join sekali kalau ke Tanjung Piai tapi DH sebab dah 3x kot..tapi masa tu Tanjung Piai tak siap sepenuhnya kan...maybe next trip la ya

Kali terakhir kami ke Johor awal tahun 2017 dan sempat terjah ke Forest City > SINI <


Tak la banyak membeli sebab tu agendanya kat JPO tapi memandangkan ada items yang dijual dengan tawaran murah memang rezeki cik applepie la dan cik myea where else KY yang cerewet tak pulak benda yang berkenan dihati...fuhh selamat duit ;D.  Umi pasti ramai dah jengah ke sini tapi pertama kali buat kami dan better late than never ahaksss

Freeport A'Famosa Outlet dalam keluasaan 180,000 kps menawarkan lebih 70 jenama antarabangsa dalam fesyen, sukan dan lain-lain buat pengunjung dan menariknya FAO ni menampilkan senibina Belanda antaranya ada dengan kincir air, air terjun, tasik, carousel dsb.


home_slide_3
Journey | short vacay ke Johor

Website : freeportafamosa
Facebook : freeportafamosa
Alamat : Freeport A'Famosa Outlet, Jalan Kemus, Simpang Empat, 78000 Alor Gajah Melaka

Perjalanan kami > KUL - R&R Machap - Skudai - Pontian - Skudai - Alor Gajah - KUL

phewww..