Assalammualaikum

2017 yang beberapa minit lagi akan kita tinggalkan. 2017 tahun yang penuh dengan kenangan indah dan agak menakutkan, pasti akan dikenang selagi hayat dikandung badan! Memang tarik nafas panjang bila mengenang segala peristiwa yang berlaku dan sedang berlaku yang pasti akan disemat rapi dalam kotak fikiran.  

Kemelut yang sedang melanda diakhir tahun 2017 ni memang menakutkan dan boleh mendatangkan aib tapi semoga Allah swt melindungi dan terus memberi pelindung dan memberkati kehidupan seharian kami.  

Apa yang dipelajari di tahun 2017 ni, Umi kena berhati-hati untuk kongsi kisah peribadi dan gambar peribadi dan keluarga sebab sekarang ni zaman viral dan kekadang bukan kesalahan kita, kita dengan mudah diaibkan.  Jadi berpada-pada bila kita berkongsi sesuatu yang peribadi.  Tahun 2017 ni juga indah sebab dek dugaan jugak Umi terasa semakin dekat padaNya, banyak yang dipelajari dengan mendekati diri padaNya dan jiwa semakin tenang.  Alhamdulillah

Hanya sedikit kisah 2017 yang Umi kongsikan disini, kalau nak letak semua..fuhh memang boleh jadi novel kot..hehehe


Abah pulak semakin uzur dan penyakit Parkinson dia pun semakin obvious. Kederat pun dah semakin kurang, kerap pulak rebah sebab tenaga dah semakin kurang.  Maklumlah usia dah pun 91 tahun tapi semangat dia tu memang hebat. Masih mampu berlawak dan speaking London tau. Nak kata nyanyuk pun ada tapi ingatan dia pada banyak perkara, kisah zaman kecil dia, kisah dia bertugas di Sabah, kisah arwah mak dia, adik beradik dan kisah dia dirompak semasa bawa teksi masih dia ingat sangat.  Abah pesara tentera berpangkat Sarjan memang banyak berbakti pada mak dan adik beradiknya sejak dari muda lagi. Mak pulak muda 10 tahun dari abah..tapi tu bukan usia sebenar kot sebab dulu masa zaman Jepun surat beranak mak hilang, jadi orang² dulu main agak²  jer la. Mak sendiri pun tak la berapa sihat, maklumlah usia dh banyak kan. Sejak abah kerap jatuh di awal tahun kami adik beradik ambil giliran overnite kat rumah mak. Semoga mak terus diberi ketabahan, kesabaran dalam menjaga abah dan dipermudahkan segala urusan mereka didunia dan akhirat

KC, KY dan CM

Cik Meya pulak dah selesai SPM dan hurmm tak tahu apa agaknya course pilihan dia so kena tunggu ler bila pendaftaran kemasukan UPU nanti dibuka.  Sebulan menggangur, Cik Meya dah mula kerja kat Aeon Mall yang terdekat.  Perhaps nanti kuruih la anak dara ni..hahaha


KY Amanda pulak dapat tawaran ke UMP utk double degree tapi ditolak sebab yuran semester ala bangsawan tapi pihak UMP masih panggil dan tukarkan, tetap nak dia masuk dan ditukar ke single degree.  Dalam hati dok risau sebab jauh jugak tu dan DH sekali lagi berusaha utk masukkan KY ke Uni yang dekat tapi ada sedikit misscommunication, UTM pulak terlepas.  Alhamdulillah she is doing good in UMP dan less than a week dari sekarang dia akan balik sebelum sambung ke sem 2 in February


Kami sekeluarga pulang ke KL pada hari selasa selepas hampir seminggu menyambut Aidil Fitri kat utara, tup tup KC check UPU yang dia kena daftar masuk ke Polimas, mana tak kelam kabut dengan nak isi borang, nak dapatkan pengesahan dan pelbagai macam lagi la dan seperti biasa tu semua kerja DH. Lepas tu pulak kami kena daftar KC Iman untuk sem 2 tanpa DH yang berada di Sarawak, memang agak kelam kabut la tapi Alhamdulillah semua selesai walau agak lewat.  Sebenarnya nak tukar ke Poli yang dekat tapi course Town Planning tu tak ada kat semua lokasi dan KC tolak  panggilan temuduga kat UiTM, yealah kalau dapat dah kena belajar dari awal balik..rugi usia hehe


Selamat tahun baru 2018 buat semua yang mengenali Umi secara peribadi dan di alam maya.  Dan semoga tahun ini bertambah baik buat semua.

Ni dok pulun nak up entry ni sebelum detik 12 malam tau..

With lots of love