Scallop atau dalam bahasa Malaysia kita panggil kekapis atau juga dipanggil Shell, sejenis hidupan laut yang bagi saya sangat sedap dan kalau dijual di pasar memang tak pernah saya lepaskan peluang. Scallop ni sedap dimasak dengan pelbagai jenis masakan tapi yang penting jangan overcook sebab nanti ia akan jadi keras

Kekapis ialah moluska bivalvia dari famili Pectinidae yang hidup di perairan laut seluruh dunia dan digunakan sebagai bahan makanan. Kekapis dianggap sebagai kerang yang paling selamat untuk dimakan secara mentah. Racunbakteria, dan virus cenderung terkumpul di dalam tubuh kerang-kerangan dalam proses penapisan air laut oleh cangkerang, namun pada kekapis, bahagian penapis ini biasanya tidak dijumpai atau mengecut. Terdapat juga jenis kekapis yang warna cangkerangnya terang dijadikan untuk gubahan seni. https://ms.wikipedia.org/wiki/Kekapis

Apa yang kita boleh masak dengan scallop ni yang rasanya agak kenyal seakan kita makan fishball, sedikit manis yang semulajadi dan kalau rasa satu pasti nak rasa banyak kali tapi bukan senang nak dapat yang segar macam yang Umi selalu dapat dan semalam muncul lagi kat pasar dan dijual pada harga RM12 sekilo sebab Umi memang pelanggan tetap dia..hehe.

Pertama sekali scallop ni harus dibersihkan dengan kena hati-hati sebab isinya agak lembut.  Buang segala yang melekat yang dimakan scallop ni macam anak ketam dll (jadi macam dalam gambar bawah ni)

scallop yang dikeluarkan dari cengkerang dan perlu dicuci dari pasir dan kotoran

Antara yang menu pertama Umi buat dengan scallop ni ialah scallop dengan sayur campur tapi gambar dah tak tahu letak kat mana dan paling terakhir semalam Umi masak scallop masam manis.  Memang sedap dan kalau korang jumpa kat pasar, jangan tak beli tau

1. Scallop Masam Manis
3 ulas bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, diketuk
1 batang serai, diketuk
2 sudu puri tomato (kalau tak letak pun tak pe)
1 biji tomato
1/2 biji bawang holland, dimayang
4 biji cili api (untuk hiasan)
daun ketumbar (untuk hiasan, kalau suka)

Cara memasaknya:

  • Tumis bawang merah, bawang putih dan serai, masak hingga kekuningan
  • Masukkan tomato yang dihiris hingga lembut dan tambah puri tomato hingga pecah minyak
  • Masukkan scallop, bawang holland dan cili api.
  • Masak dalam 10 min dan tutup api.




2. Scallop Goreng/Grilled Mudah
Scallop digaul dengan sedikit garam dan jus lemon. Panaskan kuali leper dan letakkan sedikit mentega atau margarine, masukkan scallop berserta bawang putih yang cincang halus (dadu) dan diterbalikkan setelah nampak kekuningan.  Diangkat dan boleh dihidangkan dan kalau suka boleh perah jus lemon.

Bila masak ni, memang tak sah kalau tak sesambil kunyah sebab sedap sangat ;D

gambar dari google

3. Scallop dengan sayur campur ala masakan cina
Tumis bawang putih hingga kekuningan. Masukkan brokoli atau cauliflower, jagung, french beans atau cendawan Inoki dan masak dalam 5-8 min.  Tutup api dan boleh dihidangkan
gambar google