Rata- rata anak sekarang walau baru berusia 5 tahun sudah punyai telefon bimbit sendiri untuk kita senang hubungi tak pun dah seawal bawah 5 tahun sudah ada tablett atau ipad kan..bkn sebab apa..konon kita sebagai ibu bapa tak nak anak kita jauh dari penglihatan kita demi keselamatan mereka tapi bila anak-anak ralit dengan game dan media social, mereka tetap berisiko tinggi sekiranya kita ambil mudah dan tidak memantau apa yang mereka pindah turun dari Play Store.

Jadi sebaiknya sebelum kita biarkan mereka dengan peranti android tu semua, kita perlu hadkan apa yang boleh mereka guna, lihat dan layan sebagai langkah berjaga-jaga kerana bukan semua aplikasi yang terdapat di Play Store sesuai untuk mereka dan sebaiknya kita sekat peranti android anak kita sebelum terlewat.


Caranya sangat mudah :

1. Buka Play Store dan klik ikon menu


Jom Kawal Pindah Turun Aplikasi Peranti si Anak

2. Pergi ke settings 


3. Klik butang Parental control dan pilih On (pilihan tu terpulang pada kita mengikut usia mereka) dan kemudian kita dikehendaki memasukkan kod PIN (jangan pulak lupa PIN ni).  Selepas masuk PIN


4. Akhir sekali semak senarai aplikasi yang kita beri kebenaran muat turun dan pilih mana yang kita sekat.


Mudah kan !