Novel Fiksyen 302 "Jangan Percaya!" | Dah lama novel ni berada dalam simpanan cuma kesempatan untuk membaca tu seakan tiada sebab yang pasti bila baca buku fiksyen atau thriller ni kena hadam betul-betul dan fokus ;D


Bil mukasurat : 492
Penulis : Ramlee Awang Murshid
Genre : Thriller

Lan Lani, Jimmy Yeoh, Prakash Kumar dan Farid Ja'ah membunuh mangsa-mangsa mereka dengan kejam.  Masing-masing melakukannya dengan cara yang hampir serupa.  Angka 302 dilakar di dahi mangsa.  Sejurus itu, mereka menghubungi polis dan melaporkan bahawa hukuman mati telah dilaksanakan.  Ketika diberkas, mereka menyerah diri dalam keadaan bertelanjang bulat.

Norhafiza Izura (Fiza), peguam yang diarahkan oleh majikannya Hj Sainoh untuk membela  Lan Lani setelah mendapat cek bernilai RM20,000 dan nota ringkas dari seseorang yang tidak dikenali yang mengatakan Lan Lani tidak bersalah.  Kemudian berlaku lagi pembunuhan dengan pengakhiran yang sama dilakukan oleh Jimmy Yeoh dan Prakash Kumar serta Farid Ja'ah yang merupakan pesakit mental Hospital Permai Johor Baharu yang telah disahkan sihat.  Lebih dahsyat pembunuhan yang dilakukan oleh Farid Ja'ah keatas pengawal, orang kanan dan Dato Mahali sendiri. Kesemua yang dibunuh mempunyai hubung kait dengan kes berprofil tinggi hingga menyebabkan seorang pegawai polis, Hizmuddin meletakkan jawatan.  Amat mengejutkan kematian Nurul, kerani Hj Sainoh dan Fiza secara terang-terangan menuduh Farid.

"Zonan tu roh jahat tak berjasad. Mukanya tak berwajah."

Bagaimanapun, motif sebenar setiap pembunuhan sangat kabur.  Andai dipadankan dengan psikologi manusia, ternyata mereka yang mengaku bertanggungjawab bukanlah orang yang waras.  Kes-kes itu tidak dapat diselesaikan
Tahun 2032 - seorang peguam Rita Yuzalina menyertai perojek rahsia yang dikendalikan oleh dua orang pakar psikiatri bertujuan untuk merungkaikan misteri pembunuhan itu.  Namun, ia disabotaj.  Pertukaran watak berlaku, lebih menakutkan..trajedi terlampau berulang lagi.  Lebih dahsyat daripada yang dijangkakan

Dr Rozlina berjaya memujuk seorang peguam muda, Rita Yuzalina untuk membantu menyelesaikan misteri 302 kerana beranggapan Rita adalah calon yang paling sesuai memandangkan dia adalah anak Dato Mahali.  Dr Rozalina membuat sedikit perubahan dengan membawa Rita ke tahun 2014, di tahun Fiza mati dibunuh dan bukan 2012 namun Zoran muncul, membunuh Dr Hakimi dan Dr Rozlina serta memusnahkan peralatan hingga Rita merasakan dirinya adalah Fiza.  

"Setelah 20 tahun berlalu..kau yang paksa aku keluar!" Zonan bertegas

Alias pegawai polis yang bertanggungjawab dalam kes 302 beserta Hizmuddin sendiri terkejut dengan kemunculan Fiza dan namun akur telah berlaku pertukaran watak. Usaha Rita merungkai misteri 302 juga hampir menyebabkan kematiannya namun dia kembali menjadi dirinya akibat kemalangan dan akhirnya Zonan berjaya ditangkap.

Atas rasa bersalah, Rita mengejutkan orang ramai dan Alias dengan menjadi peguambela Irwansyah aka Lan Lani aka Zonan atas rasa tanggungjawab dalam melunaskan hutang-hutang keluarganya yang menjadi rahsia yang menyeksakan dirinya setelah membaca surat ibunya Datin Ummu Hani.

Sesiapa yang berminat boleh la ikut perkembangan cerita RAM di blog dan facebook dibawah ya

blog : 
www.kelabram.com

Facebook : 
Ramlee Awang Murshid Fam Club (RAMFC)
Ramlee Awang Murshid Books Club
Ramlee Awang Murshid Folowers