Rasanya ramai yang target Syamel akan menang dengan lagu tapi rupanya kita semua dah di Jampi dengan lagu dendangan Hael Husaini.  Memang suka tengok Hael ni sebab kemas nau dia ni.  Gandingan pengacara Alif Satar dan Sherry AlHadad pun bagus dan masuk air..haha..memang lawak dan bagus chemistry diaorang berdua ni.



Dan jeng-jengggg penampilan istimewa dari Iqram Dinzly yang menarik bila Hael buat persembahan penutup sempena kemenangan Hael Husaini. ;D

Juara - Lagu Jampi 
Hael Husaini

Kedua - Sejati 
Azmi Caliph Buskers

Ketiga - Tergantung Sepi 
Haqiem Rusli

Vokal Terbaik
Syamel & Ernie Zakri

Persembahan Terbaik
Altimet

Penyanyi Pilihan Samsung
Khai Bahar

Memang hebat-hebat vokal 12 finalis yang berentap ni seperti Syamel (Lebih Sempurna), Dayang Nurfaizah (Separuh Mati Ku Bercinta), Hazama (Aku Yang Sebenarnya), Wany Hasrita (Menahan Rindu), Azmi Caliph Buskers (Sejati), Hael Husaini (Jampi), Syamel & Ernie (Aku Cinta), Khai Bahar (Bayang), Ara Johari (Warkah Untukmu), Altimet (Amboi), Haqiem Rusli (Tergantung Sepi) dan Salma (Akhinya Cinta).  Dikatakan tidak sihat, Ara Johari masih mampu menyanyi dengan baik walau nampak dia memang nampak payah nak tarik suara (eh macam orang muzik la pulak kan) dan memang teruja sebab tu lagu OST drama Semusim Rindu


Persembahan pembukaan dengan nyanyian Stacy, Waris, AG Coco dan Edrie Hasim pun buat kita teruja dan layan dan bila muncul Datuk A Rahman Hassan , Datuk Awie, Siti Sarah dan Datuk Jeffrydin menyanyikan lagu zaman Pop Yeh Yeh ni bertambah meriah sebab ramai yang menarik dah jadi macam joget lambak pulak.  Yang kurang manis bila yang bertudung dok terkinja-kinja jugak, walau seronok usahlah over excited dik oii sebab awak tu masuk dalam tv kot..satu dunia menonton. opps.

Jangan tak tau yang trofi AJL 32 ni ilham pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini dan model terkenal seperti Nasha Aziz, Aleeza Kasim dan tak perasan siapa pulak yang lagi sorang tu yang turut buat catwalk dengan trofi tu.