Wanita bertudung pasti akan mengalami kegatalan rambut, rambut berbau atau kepala berbau selain masalah kelemumur kan.  Agak-agaknya rambut kita ni kita jaga dengan betul tak? Bila rambut kita tiada masalah pasti kita rasa lebih tenang dan lebih berkeyakinan serta segar walau kita bertudung.



1. Cuci rambut 
Rambut kena cuci sekurang-kurannya 3 kali seminggu walau kita bertudung cuma jangan terlalu kerap dan pastikan produk syampu tu jangan nak main-main tukar melainkan produk yang kita guna tu memang tak memberi kelembapan dan kesegaran kepada kulit kepala kita

2. Urutan
Waktu membasuh rambut tu kenalah buat urutan sambil memicit kulit kepala beberapa kali dan kemudian bilas dengan air bersih.  Memang terasa lega tau

3. Keringkan secara semulajadi
Elakkan menggunakan pengering rambut untuk mengeringkan rambut tapi sebaiknya guna tuala lembut sehingga ke hujung rambut dan buat berulang kali.  Rmbut yang bersimpul, tidak disihat akan menyebabkan kelemumur dan rambut akan berbau

4. Rawatan Rambut
Peruntukan sedikit wang untuk membuat rawatan rambut di salun rambut dalam sebulan atau dua bulan sekali untuk mendapatkan rawatan supaya rambut kita sihat dengan rawatan pakar rambut.  Kalau tidak pun cuba kaedah tradisional untuk menjaga rambut seperti gunakan santan, limau supaya rambut sihat dan berbau harum

5. Kesesuaian Fabrik
Kalau kita bertudung, perlulah kita pakai tudung yang lembut dan yang membolehkan udara keluar dan masuk ke rambut kita dan kita kena memastikan peluh diserap dengan baik dan mengelakkan bau pada rambut. Jangan pakai tudung yang tebal atau berlapis terutama semasa aktiviti riadah untuk mengelakkan kulit kepala kita bernafas dengan baik

6. Banyakkan Minum Air
Perbanyakkan minum air yang dapat mempertahankan kelembabpan dan kesuburan rambut dan ini merupakan faktor utama penyebab rambut tampak berkilau.

7. Rehat
Sekiranya kita bertudung, pasti kita akan mengikat rambut kita, jadi sebaik sampai dirumah, buka ikatan di rambut supaya kulit kepala dapat bernafas begitu jugak dengan rambut kita.