Sarapan Pagi Sihat di One Chopati | Memang dah jadi rutin untuk Umi dan DH ke Pasar Keramat setiap minggu untuk keperluan dapur basah dan setiap kali ke sana, pastinya kami bersarapan dulu di One Chopati.  Dulunya dikenali sebagai Wan Chopati tapi awal tahun 2018 dah di rebranding.  Malahan One Chopati pun dah ada food truck sekarang ni dan sesiapa nak rasa capati kena la follow FB sebab kat situ diaorang akan update kat mana diaorang akan berada.

Rasanya ramai tau kot sebab dulu pernah keluar dalam slot Jalan Jalan Cari Makan..usah tanya bila tapi dah lama dulu masa masih menggunakan nama Wan Chopati.

Apa yang menarik tentang capati kat sini? Capati dia pada Umi biasa jer sebab capati ialah capati kan tapi yang sedap adalah kuah kima Umi boleh bagi 4 bintang sebab kat Umi pernah cuba capati kat tempat lain tapi kuah bukan kuah kima dan yang paling penting harga dia agak berpatutan dan mengenyangkan ;D

Ada cerita tentang One Chopati kat akbhar > baca SINI


Sarapan Pagi Sihat di One Chopati
Jadi kalau korang berada kat area Keramat ataupun ada urusan di UTC Keramat Mall, jangan lupa singgah kat Medan Selera ditingkat bawah di MS 040 & 041 Tingkat LG, Kompleks Keramat Mall, 5400 Kuala Lumpur.  Pelbagai gerai makanan lain pun ada jadi kalau sesiapa yang tak minat capati boleh makan yang lain.


Image may contain: text

Image may contain: 1 person, text
Sarapan Pagi Sihat di One Chopati

Facebook : 1 chopati 

Instagram : 1chopati 

Waktu Operasi :
Isnin hingga Ahad 
7.00 pagi hingga 8.30 malam

Cuti Am
7.30 pagi hingga 2.20 petang

Telefon : 03-4266 3444
Whatsapp : 013-3443 123