Bunga Kenanga dengan pelbagai kegunaan | Waktu balik kampung menjemput Kak Cik Iman minggu lepas, ternampak bunga kenanga cantik berkembang kat tepi rumah kakak sepupu DH. Memang cantik bunga kenanga ni yang juga dipanggil Canaga odorata atau dipanggil ylang-ylang yang sememangnya sangat popular bagi pengeluar minyak wangi dan produk aromaterapi.  Dari sudut kosmetik, minyak ylang-ylang mempunyai khasiat mengurangkn garis penuaan, menggalakkan pertumbuhan sel baru, merawat jerawat, mengatasi masalah kulit berminyak serta mengubati keradangan.  Bagi masyarakat Jawa di Indonesia, mereka menggunakan bunga kenanga kering untuk merawat malaria dan pes segar untutk merawat asma.

Kalau sesiapa ada pokok ni, jangan buang, jaga elok-elok sebab banyak manafaatnya dan ni apa yang Umi dah kumpul untuk dikongsi pada semua.

Bunga Kenanga Dengan Pelbagai Kegunaan
  • Menghilangkan bau badan - Ambil 2 genggam bunga kenanga yang dibersihkan dan ramas sehingga hancur.  Masukkan ke dalam sebaldi air dan terus ramas sehingga aromanya sebati.  Mandi air ramasan bunga kenanga sebagai bilasan terakhir selaepas mandi.  Ulangi beberapa hari sehingga bau badan menjadi wangi dan harum

  • Merawat kudis - 15 kuntum bunga kenanga dan ditumbuk halus.  Pastikan lesung yang digunakan bersih.  Tambah minyak kelapa dan panaskan ramuan sebentar menggunakan periuk kecil. Bila minyak sudah sejuk, sapu minyak tersebut pada kudis.

  • Meredakan sakit kepala - hiris seinci halia dan lima kuntum bunga kenanga yang dibersihkan.  Rebus hirisan dengan dua gelas air sehingga isipadunya berkurang menjadi segelas dan airnya diminum.

  • Pemulihan selepas bersalin - campurkan segenggam bunga kenanga muda dengan tujuh kerat akar serapat dan tujuh kerat kunyit yang dilumat.  Tuangkan ramuan dengan air panas dan tapis sebelum diminum.  Amalkan petua ini tiga kali sehari untuk kesan pemullihan yang memberangsangkan

  • Merawat malaria dan asma - Celur tiga kuntum kenanga dalam semangkuk air panas dan dibiar sejuk. Ramuan ini boleh diminuum dua kali sehari, pada pagi dan petang


Bunga kenanga jugak dikatakan berpotensi mengatasi masalah mati pucuk dan bijinya boleh digunakan untuk merawat sakit perut dan daunya pula berupaya melegakan gatal kulit serta bisul

Sumber : majalah dan akhbar