SofeaRose tampilkan Puteri Duyung demi penyu | Tahu tak kita yang populasi penyu semakin menurun dan besar kemungkinann untuk pupus bukan perkara yang mustahil di negara kita ni, mana taknya penjual telur-telur penyu semakin ghairah mendapat keuntungan tanpa memikirkan akibatnya. Tapi kalau tak ada permintaan tak mungkin berlaku penjualan kan, jadi diharap orang ramai sedar akan akibatnya terhadap haiwan yang cukup istimewa ini. Perihatin kepada masalah ini, SofeaRose telah mengambil langkah untuk bekerjasama dengan SEATRU (Unit Penyelidikan Penyu Universiti Malaysia Terengganu) untuk meningkatkan kesedaran tentang ancaman yang dihadapi penyu dalam kempen memulih dan memelihara penyu. SEATRU telah bermula pada tahun 1984 apabila penyelidikan Penyu Belimbing di Rantau Abang dimulakan oleh Fakulti Perikanan dan Sains Marin, Universiti Pertanian Malaysia. Baca kat SINI mengenai SEATRU.

Tahu tak yang secara purata, hanya 1 dari 5000 anak penyu akan hidup sehingga ke peringkat dewasa kerana ancaman dari pencemaran laut, pemburu penyu, haiwan pemangsa, dan lain-lain.

“Jika kami tidak melakukan sesuatu untuk memelihara penyu, pada masa hadapan kita hanya dapat melihat penyu hanya di muzium-muzium"

SofeaRose tampilkan koleksi Mermaid demi penyu
Memasuki tahun keempat di dalam industri, SofeaRose mengambil inisiatif dengan menghasilkan koleksi pakaian bertemakan Puteri Duyung (Mermaid) bagi mengumpul dana program ‘SEATRU – Adopt a Turtle’. Dengan mengambil penyu sebagai anak angkat, wang akan digunakan untuk proses pemuliharaan penyu seperti memantau pergerakan penyu, melindungi habitat, membeli peralatan veterinary dan banyak lagi. Sebahagian jualan dari koleksi Mermaid akan disumbangkan kepada program ‘SEATRU – Adopt a Turtle’ dalam menyokong pemuliharaan penyu.

Setiap wanita sedia maklum yang Puteri Duyung merupakan seorang wanita yang sangat cantik dengan perwatakan lemah-lembut, penyayang dan periang malah ramai wanita mengagumi dan mengimpikan untuk menjadi seperti Puteri Duyung. Tidak terkecuali wanita-wanita di SofeaRose, mereka telah berusaha menghasilkan koleksi tudung serta pakaian Ready To Wear (RTW) dan juga koleksi Raya tahun 2018 yang diinspirasikan oleh kecantikan Mermaid!


SofeaRose tampilkan koleksi Mermaid demi penyu

SofeaRose tampilkan koleksi Mermaid demi penyu
Salah satu dari tudung adalah Diona, diperbuat daripada Satin Matte berteknologi tinggi. Tudung bercetak ini boleh didapati dari RM79 dan dilengkapi dengan charm dan kotak yang dibuat khas bagi koleksi ini.

SofeaRose tampilkan koleksi Mermaid demi penyu
Lebih menarik dan luarbiasa, SofeaRose juga membuat rakaman video seorang Puteri Duyung mengenakan tudung Diona berenang di dalam air, klik kat SINI dan jangan lupa subscribe sekali tau

Selain koleksi tudung, SofeaRose juga mengeluarkan koleksi Ready To Wear (RTW) dan 13 jenis Baju Raya Mermaid, antaranya Baju Mini Kurung, Baju Kurung Moden, Jubah, Baju Kurung Kedah dan beberapa lagi. Koleksi Mermaid SofeaRose ini boleh berharga dari RM59 hingga RM419 dan sebahagian dari duit anda akan digunakan untuk tujuan pemuliharaan penyu.

SofeaRose tampilkan koleksi Mermaid demi penyu

SofeaRose tampilkan koleksi Mermaid demi penyu

SofeaRose tampilkan koleksi Mermaid demi penyu
Bagi memudahkan pelanggan mendapat pelbagai koleksi, SofeaRose menyediakan 3 cara mudah iaitu hubungi Penasihat Imej (Cik Teha ) di 019 – 635 0313 atau berkunjung ke butik SofeaRose di Bangi Sentral ataupun menerusi laman sesawang di www.sofearose.com.  

Setiap pembelian RM100 keatas, pelanggan akan didaftarkan sebagai Ahli SofeaRose dengan PERCUMA seumur hidup dan mendapat potongan 20% untuk setiap koleksi SofeaRose. Menarik kan.  Jadi tunggu apa lagi, dapatkan koleksi menarik dari SofeaRose hari ni!


Alamat :
SofeaRose
Wisma Qzara, Jalan Nelayan 19/B, Seksyen 19, Shah Alam, 40300 Selangor


Website : www.sofearose.com


Kenali Jenama SofeaRose

SofeaRose
telah ditubuhkan pada tahun 2014 oleh pasangan ahli farmasi yang nekad meninggalkan dunia perubatan disebabkan minat yang mendalam dalam dunia dan gaya fesyen yang unik dan trendy namun tetap mematuhi syariah dan Luxe Your Look merupakan tagline jenama SofeaRose yang menampilkan gaya kemewahan buat sipemakai dengan harga mampu milik.

Selain mempunyai pejabat urusan di Shah Alam, jenama SofeaRose juga ditempatkan di butik di Bangi Sentral dan lokasi terbaru yang akan dibuka pada bulan Mei 2018 di Melawati Mall.  SofeaRose juga mempunyai agen yang aktif di seluruh Malaysia, Singapura, Brunei dan Filipina.