Tarikan River of Life @ Kolam Biru Umpama Berada Diluar Negara | Secara umum pasti ramai yang dah tahu atau dengar pasal Sungai Klang yang telah dinaiktaraf dan kini menjadi antara tempat tarikan pelancong di tengah bandar Kuala Lumpur dan tarikan River of Life @ Kolam Biru umpama berada diluar negara di malam hari. Memang terasa bangga sangat. Jadi tempohhari Umi dan anak-anak pun berkobar-kobar la nak tengok sewaktu menjemput anak kat KL Sentral terus langsung ke sana tapi hampa sebab dah tengah malam tapi harap ada peluang untuk tengok dengan mata sendiri baru la boleh rasa teruja kan. 

Tarikan River of Life @ Kolam Biru Umpama Berada Diluar Negara
Projek mencantikkan  sungai  di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur  dan di sepanjang Lembah Kelang adalah atas inisiatif pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.  Lokasi River of Life atau Kolam Biru yang sangat menarik ialah di sekitar Masjid Jamek dan lebih tepat dipertembungan sungai diantara Sungai Klang dan Sungai Gombak. 

Terdapat satu waterfront yang ada air pancut berirama dan terdapat 6 buah irama berdasarkan etnik yang akan berkumandang bermula dari jam 9.15 malam dan berakhir pada 11 malam. Jadi inilah waktu untuk kita melawat dan menyaksikan dan menikmati keindahan River of Life @ Kolam Biru  yang nampak membiru dengan irama dan percikan air yang memercik halus dan menghasilkan pemandangan seakan berkabus. Lebih menarik lagi apabila pemandangan indah ini dikelilingi pelbagai bangunan lama dan bersejarah ditambah dengan cahaya lampu yang menyinari.  Jadi jangan lepaskan peluang kalau berada di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ni untuk alami sendiri dan menyaksikan sendiri tarikan yang pasti membuat kita teruja dan terbuai leka dan tiada sebarang bayaran yang dikenakan kepada setiap pengunjung.

Tarikan River of Life @ Kolam Biru Umpama Berada Diluar Negara
Tarikan River of Life @ Kolam Biru Umpama Berada Diluar Negara
Kita boleh berjalan di sepanjang tepi sungai seperti sambil menikmati permandangan sungai yang nampak berwarna biru dan kat sesetengah bahagian ada kolam kecil menempatkan ikan-ikan kap dan teruskan berjalan sampai ke anjung tinjau (observation deck) untuk menikmati dan menghayati pemandangan River of Life @ Kolam Biru dari pandangan atas dan disitu jugak terdapat segala maklumat berkaitan projek River of Life @ Kolam Biru ni

Tarikan River of Life @ Kolam Biru Umpama Berada Diluar Negara

River of Life @ Kolam Biru  ini walaubagaimana pun tak setanding dengan Sungai Cheonggyecheon kat Korea Selatan tu tapi sebagai warga Kuala Lumpur kita tetap sokong  usaha dan projek berkaitan pemeliharaaan dan pemuliharaan sungai yang dilakukan dan  kita semua sangat berharap Dewan Bandaraya  sebagai pihak berkuasa tempatan dapat meneruskan inisiatif seperti ini kerana ianya akan terus menjadi tarikan buat  para pelancong tempatan dan luarnegara.

Tarikan River of Life @ Kolam Biru Umpama Berada Diluar Negara

River of Life @ Kolam Biru  adalah suatu permulaan yang baik dan diharap ada inisiatif lain di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur secara amnya. Terima kasih Dewan Bandaraya yang telah menjadikan sungai ini satu lagi tarikan dan kami warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berharap ada lagi inisiatif seperti ini di lokasi yang lain pulak.