Bufet Ramadan Juadah Warisan 2018 @ Pacific Regency Hotel Suites |  Memenuhi undangan ke food review bufet Ramadan di Pacific Regency Hotel Suites antara lokasi berbuka yang menarik di tingkat 23 dengan panorama Kuala Lumpur yang cukup cantik.  Pastikan korang masukkan lokasi ni ke dalam senarai tempat makan untuk bulan puasa nanti.

Bermula 19 Mei 2018 hingga 13 Jun 2018, Restoran Soi 23 akan menyajikan "Juadah Warisan" dengan sajian autentik Melayu yang diinspirasikan oleh para chef dengan pelbagai resepi kampung dan restoran ini telah mendapat maklumbalas yang cukup baik semenjak bufet Ramadan mula diperkenalkan di sini dua tahun yang lalu.

Bufet Ramadan Juadah Warisan 2018 @ Pacific Regency Hotel Suites


Dengan melebihi 100 jenis sajian, memang payah kita nak buat pilihan dan seperti biasa bila berpuasa tu benda yang mula kita akan capai ialah kurma dan minuman, serta buah-buahan. Namun sajian hasil air tangan Chef Zairul ni memang menepati selera.  Antara sajian  yang disajikan adalah Ayam Pencen  Salai Masak Lemak Cili Api, Rendang Tok Wan, Daging Bakar Masak Lemak Pucuk Ubi, Ikan Goreng Pedas Bumbu Acar dan Gulai Kawah, pelbagai jenis sambal dan ulam-ulaman yang pasti membuka selera

Bufet Ramadan Juadah Warisan 2018 @ Pacific Regency Hotel Suites

Memang tak sah kalau kita tak mencuba Ikan Bakar dan Kambing Golek Bakar dengan Nasi Briyani Pak Arab,  Satay Kajang, Ayam Percik dan Bubur Lambuk yang memang sangat sinonim antara juadah pilihan Umi dan keluarga bila tiba waktu berbuka.

Sepanjang Umi ke banyak tempat, pasti kambing bakar dimakan dengan blackepper sauce, tapi kat sini ada mint sauce yang sangat kena dengan selera dan sememangnya kombinasi yang terbaik

Bufet Ramadan Juadah Warisan 2018 @ Pacific Regency Hotel Suites
Antara lain yang juadah yang pasti memikat adalah Jemput-Jemput Bonzer Dato' Keramat dan Pasembor Padang Kota

Bila dah berbuka disini, jangan risau bagi mereka yang nak solat Maghrib, terus ke surau yang terletak ditingkat yang sama.

Harga Bufet Ramadan yang ditawarkan akan bermula  19 Mei 2018 hingga 13 Jun 2018

 RM98++ (dewasa)
RM49++ (kanak-kanak dan warga emas)


Ramai yang mungkin tak berapa tahu atau perasan hotel ni walau hotel ni memang merupakan antara hotel kegemaran pelancong asing sebab selain terletak di kaki pusat tarikan KL Tower diaorang boleh berjalan kaki ke KLCC dan ke Bukit Bintang.

Alamat :
2, Jalan Puncak, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur,

Telefon :
03-2332 7788

Email :
fnbadmin@pacific-regency.com

kredit sesetengah gambar dari bebelanmin