Ingat Raya, Ingat Jakel ! Jakel Barulah Raya Promosi Pemasaran Jakel Saban Tahun | Ahad lepas Umi dan anak-anak berkesempatan turun ke Jakel Shah Alam untuk sesi majlis sembang santai bersama Duta Raya Jakel tahun ni disamping nak merasai kemeriahan membeli belah sempena Hari Raya yang bakal tiba.  Memang meriah! Mana tidaknya dengan pihak Jakel berbesar hati memberi 1000 baju Melayu secara percuma dan kemudian lelongan dengan diskaun sehingga 85%  memang tersangat havoc la kan.  Ingat Raya, Ingat Jakel ! Jakel Barulah Raya Promosi Pemasaran Jakel Saban Tahun dan Jakel Shah Alam merupakan destinasi ke 2 promosi dibuat selepas Kuala Lumpur sehari sebelumnya.

Ingat Raya, Ingat Jakel ! Jakel Barulah Raya Promosi Pemasaran Jakel Saban Tahun
Ingat Raya, Ingat Jakel ! Jakel Barulah Raya Promosi Pemasaran Jakel Saban Tahun

Kempen Jakel Barulah Raya tahun ini adalah salah satu aktiviti wajib dalam kalendar promosi Jakel bagi memaarkan produk pakaian raya diantara Duta Raya Jakel bersama para pelanggan.  Industri fesyen tanah air semakin berkemang maju dan mendapat perhatian yang tinggi dalam kalangan masyarakat tempatan.  Menjadi lumrah setiap insan ingin kelihatan menawan dalam setiap penggayaan terutama ketia musim perayaan.  Disamping menitik beratkan soal kualiti, tawaran harga yang dipasarkan juga memainkan peranan petnting.  Melihatkan keadaan ekonomi yang kuran rancak, ramai pelanggan di luar sana lebih bijak dan selesa memilih koleksi pakaian mampu milik tetapi masih mengekalkan eleman ekslusif
- Tuan Haji Mohamed Izani b Mohamed Jakel, Pengarah Urusan Jakel Shah Alam
Ingat Raya, Ingat Jakel ! Jakel Barulah Raya Promosi Pemasaran Jakel Saban Tahun
Jakel sebuah pusat gedung tekstil tanah air mengambil inisiatif sebagai "one stop centre" untuk memudahkan pelanggan untuk medapatkan pakaian raya berjenama pelbagai selebriti dibawah satu bumbung.  Umum sedia maklum siapa selebriti dan Duta Raya Jakel tahun ni tak lain dan tak bukan mereka adalah Nabil Ahmad, Awal Ashaari, Scha Al Yahya & Lara Alana (Schawalara) beserta Hanis Zalikha, Hairul Azzreen & Yusuf, Harith Iskander dan kartun kegemaran kanak-kanak tak lain dan tak bukan Upin dan Ipin.

Kesemua koleksi yang dikeluarkan Jakel sangat mementingkan pemilihan fabrik berkualiti tinggi, permainan warna yang bersesuaian dan perincian rekaan secara kemas dan rapi. Pastinya si pemakai hendak kelihatan bergaya dan fashionable serta up to date bila memakai koleksi Jakel.  Ternyata Jakel menginginkan semua pelanggan dari semua peringkat usia yang memiliki koleksi pakaian dari Jakel kelihatan anggun bagi para wanita dan bersifat maskulin bagi si jejaka. Setiap koleksi yang dihasilkan mempunyai variasi pelbagai design dan pelbagai pilihan warna yang pasti membuat pelanggan rambang mata.


JAKEL BARULAH RAYA

Majlis sembang santai di Jakel Mall Shah Alam dimeriahkan dengan sesi lelongan jualan "Happy Hour" oleh para Duta Raya Jakel dengan harga runtuh untuk para pelanggan Jakel.  Pihak Jakel sendiri memberikan 1000 baju Melayu percuma kepada pelanggan terawal dan setiap pembelian keatas baju Melayu, pelanggan akan menerima kain ela bercorak secara percuma.

Kain Sampin Benang - pada tahun 2018 pihak Jakel membuat kelainan dengan memperkenalkan Kain Sampin Benang yang ditampilkan dengan moden klasik dan tradisional.  Sebagai trendsetter jualan fabrik, Jakel semestinya menghasilkan sesuatu yang lebih kreatif untuk citarasa pelanggan, oleh itu kain sampin benang berkonsepkan santai dan mudah untuk digayakan tapi masih berciri ekslusif tapi hanya terdapat di Jakel.  Pemilihan kain sampin ini pasti membuat sipemakai merasa selesa untuk dipakai sepanjang hari pada hari raya atau untuk mana-mana majlis dengan tekstur kain yaong tidak keras dan memberi keselesaan untuk sipemakai malah sentuhan malar segar ini boleh disuai padankan bersama koleksi baju Melayu.


KOLEKSI BAJU MELAYU


Ingat Raya, Ingat Jakel ! Jakel Barulah Raya Promosi Pemasaran Jakel Saban Tahun

Baju Melayu Aaron Aziz direka khusus dengan kekemasan pada leher, poket dan keselesaan.  Istimewanya koleksi Aaron Aziz terletak pada penggunaan fabrik dan warna yang pelbagai.  Bagi tahun 2018, dijangkakan warna yang bakal menjadi pilihan adalah warna hijau burung merak (teal green)

Baju Melayu Nabil Ahmad berkonsepkan moden kontemporari dengan kekemasan pada leher dan poket termasuk potong slim-fit dan punya harga yang berbeza mengikut rekaan dan kualiti.  Ini kerana Jakel mempunyai kumpulan sasaran dan menjadikan koleksi Nabil Ahmad sebagai koleksi bernilai dengan variasi pilihan warna.. Bagi tahun 2018, warna yang bakal menjadi perhatian Baju Melayu Nabil Ahmad dijangkakan adalah warna merah hati (maroon)

Baju Melayu Awal Ashaari, mengekalkan penjualan dalam pasaran untuk tahun ketiga berturut-turut.  Berpotongan moden kontemporari dengan menggunakan label AA pada bahagian poket turut memberikan sesi segak pada penampilan.  Koleksi Awal Ashaari pada tahun ini lebih memfokuskan pada warna dan kualiti kain supaya sipemakan kelihatan penuh keyakinan dan selesa. Warna yang dijangkan mendapat sambutan bagi koleksi Awal Ashaari tahun ini ialah navy blue.

Bagi yang berbadan bersaiz comel dan "plus size", jangan bimbang sebab mereka masih boleh bergaya segak dengan Baju Melayu Harith Iskander dan dijangka warna yellow buttercup bakal menjadi pilihan terhangat.


KOLEKSI KURTA



Pengeluaran koleksi kurta dibawah label Hairul Azren sentiasa mendapat sambutan kerana kurta yang dihasilkan adalah berkualiti bukan hanya selesa dipakai tapi dijahit dengan menggunakan fabrik coton berkualiti dengan kekemasan pada potongan leher dan dibelakang bahu.  Kurta ini juga dilengkapi dengan detailing poket dan butang pada sisi lengan.  Lebih menarik koleksi kurta juga mesra wuduk dengan bahagian lengan boleh dilipat dengan mudah.  


KOLEKSI BAJU KURUNG

Ingat Raya, Ingat Jakel ! Jakel Barulah Raya Promosi Pemasaran Jakel Saban Tahun

Koleksi baju kurung dengan label Ayda Jebat masih dikekalkan pada tahun ini yang sangat bersesuaian dengan citarasa terkini wanita terutama gadis dan wanita berkerjaya yang menginginkan penampilan ceria dan segar di hari lebaran. Koleksi Ayda Jebat bersifat moden dengan pilihan warna yang menarik dan bercorak printed dan keselesaan sipemakai antara yang turut dititikberatkan.


KOLEKSI KANAK-KANAK


Ingat Raya, Ingat Jakel ! Jakel Barulah Raya Promosi Pemasaran Jakel Saban Tahun


Label Upin Ipin masih dikekalkan  namun dioleh kepada rekaan baharu bersesuain dengan masa kini dan setiap pembelian akan diberikan kain sampin dan butang baju Melayu secara percuma.

Lebih istimewa, Jakel masih meneruskan pengeluaran koleksi pakain kanak-kanak dibawah label Lara Alan dan Yusuf Iskandar.


KONSEP KEKELUARGAAN

Memang menarik sungguh bila Jakel ini tampil mengeluarkan koleksi raya bercirikan kekeluargaan yang direka dengan design dan warna sedondon bagi mewujudkan lagi suasan riang di hari raya bersama keluarga tersayang. Jadi  pastilah  koleksi Schawalara atau koleksi Hanis Zalika, Hairul Azrreen dan Yusuf akan menjadi pilihan orang ramai

Ingat Raya, Ingat Jakel ! Jakel Barulah Raya Promosi Pemasaran Jakel Saban Tahun
Koleksi Schawalara

Siapa tak kenakan pasangan selebriti Awal Ashaari, Scha Al Yahya dan si cilikk Lara yang cukup dikenali ramai. 

Koleksi Scha Al Yahya menggunakan fabrik yang berkualiti untuk memberikan keselesaan kepada pemakai terutama golongan ibu yang punya anak kecil.  Baju-baju ini ditawarkan dengan harga yang berbeza-beza bergantung kepada rekaan dan design kerana pihak Jakel mempunya beberapa kumpulam sasaran dan ingin menjadikan Koleksi Scha Al Yahya ini sebagai koleksi mampu milik untuk semua lapisan masyarakat.

Baju kurung Scha Al-Yahya diperkemaskan dengan  detailing seperti jahitan manik, perincian beaded dan lace srtae permainan dari segi potongan.  Ini bertujuan untuk menampakkan koleksi lebih menarik malah  koleksi Scha Al Yahya ini didatangakan dalam saiz XS hingga ke 5XL.

Awal Ashaari : Koleksi baju melayu dibawal label AA ini direka khas dengan mengetengahkan kekemasan pada leher, poke dan motif warna.  Dengan potongan moden tanpa pesak seperti kebiasaan baju melayu.  Lebih menarik bila digayakan bersama kain samping benang dan harga yang ditawarkan juga berpatutan dan buat pelanggan yang membeli mereka akan diberikan kain samping serta butang baju Melayu secara percuma.

Rekaan diperbuat dari fabrik kain yang berkualiti untuk memberikan keselesaaan kepada pemakai dengan jahitan yang kemas, kekemasan pada bahagian bahu dan kedudukan poket yang terletak cantik.

Lara Alana : Dah kata konsep kekeluargaan, jadi Jakel mengekalkan si kecil Lara Alana sebagai Duta Raya Jakel bagi tahun ini bagi mempromosi produk baju kurung kanak-kanak perempuan.  Populariti Lara di laman sosial dengan fesyennya yang seringkali mendapat perhatian di media social dilihat mampu menarik minat anak kecil untuk tampil secomel Lara di hari lebaran bersama keluarga.

Koleksi Lara Alan direka dengan menggunakan jenis fabrik lembut dan bersesuaian dengan kulit kanak-kanak dan diberikan kelainan dengan dihiasi dengan butiran beads dan lace untuk mencerikan lagai karektor kanak-kanak di hari raya nanti.


Koleksi Hanis, Hairul dan Yusuf


Ingat Raya, Ingat Jakel ! Jakel Barulah Raya Promosi Pemasaran Jakel Saban Tahun
Hanis Zalikha : Setiap rekaan yang dihasilkan untuk label Hanis pasti memberikan kepuasan yang maksima kepada pengguna koleksi ini kerana Jakel mengekalkan konseop elegan, versatile dan classy menjadikan kileksi gabungan ini memiliki keistimewaaan tersendirii.  Setiap koleksi rekaan mempunyaipilihan warna yang berbeza.  Fabrik yang sangat selesa dan design dihahit kemas.  Dihiasi butiran beads menambahkan lagi ciri-cili ekslusif namun masih berharga berpatutan dan terdapat di kesemua cawangan Jakel.

Hairul Azreen : Koleksi kurta HH diperbuat dari fabrik cotton bersesuain dengan keadaan cuaca negara kita.  Setiap rekaan mempunyai detail poket dibahagian sisi tepi baju bagi memberikan sedikit unsur klasik dan membolehkan pemakai menyimpan barangan peribadi, mesra wuduk dimana bahagian lengan mudah untuk dilipat.

Yusuf Iskandar : Kecerian lebaran tahun ini diserikan dengan koleksi pakaian sikecil comel Yusuf Iskandar hero kesayangan pasangan HH ni dan sememangnya penjagaan pemakaian anak kecil dalam amat rumit untuk dipilih terutama di musim perayaan.  Oleh itu Jakel mengeluarkan produk pakaian kanak-kanak dengan bercirikan kasual dan berlengan pendek.

Koleksi kurta Yusuf bermotifkan potongan leher round neck dan berkolar dimana ianya membantu meberikan keselesaan kepada kanak-kanak.  Penggunaan fabrik cotton bermutu tinggi agar ianya sesuai dengan semua kulit kanak-kanak.

Kalau nak tahu lebih lanjut boleh la tentang kempen Jakel Barulah Raya di Jakel Shah Alam, boleh la layari dan ikuti di media social seperti dibawah

Instagram : @jakel_shahalam



PEMBAYARAN LEBIH MUDAH DENGAN APLIKASI BOOST


Ingat Raya, Ingat Jakel ! Jakel Barulah Raya Promosi Pemasaran Jakel Saban Tahun


Bagi memudahkan pembayaran, pihak Jakel telah menjalin kerjasama dengan pihak Boost, suatu aplikasi yang boleh dimuat naik dalam telefon pintar untuk membantu pelanggan membuat pembayaran secara online dan pembeli boleh membeli secara cashless  dan mendapat mata ganjaran setiap kali pembayaran dilakukan


MENGENAI KUMPULAN JAKEL
Kumpulan Jakel (Jakel) ditubuhkan 35 tahun lalu oleh Mohamed Jakel Ahmad di Muar Johor dengan hanya dua orang pembantu. Dimilik sepenuhnya oleh usahawan Bumiputra Jakel bermula sebagai pembekal fabrik yang berurusan dengan peniaga-peniaga kecil di kawasan mereka.

Mengorak langkah pertama berpindah ke Segamat pada 1985 yang diikuti dengan tambahan modal berbayar sebanyak RM30,000 telah menukar perniagaan Jakel kepada sebuah peruncit.  Walaupun krisis ekonomi melanda pada 1996, perniagaan Jakel bertambah maju dan ini membuktikan bahawa usahawan Bumiputra juga mampu bersaing dalam perniagaan yang dahulunya dimonopoli oleh pihak lain,

Pada tahun 1997, Jakel mengambil langkah berani dengan mengimport terus fabrik dari pembekal yang membolehkan syarikat ini menawarkan harga yang berpatutan kepada para pelanggan

Hari ini, Jakel memilik 22 cawangan yang boleh didapati di setiap pelusuk Semenanjung Malaysia dan menyediakan lebih 5000 peluang pekerjaan di seluruh negara,

Dengan slogan 'Ingat Kain, Ingat Jakel, JAKEL Mall Kuala Lumpur menawarkan kesemuanya dibawah satu bumbung darapipada pakaian traditional untuk seluruh keluarga, busana pengantin, langsi, aksesori renda, kemasan rumah, koleksi tudung Ariani hinggalah kepada rekaan corak tertentu serta perkhidmatan tempahan jahitan.

#jakelbarulahraya
#ingatrayaingatjakel
#jakelshahalam