Siapa pembaca blog ni peminat Khai Bahar? Tak payah angkat tangan la dik oii. Mesti ramai kan..jadi kita geng! hehe.  Khai Bahar memang idola Umi dan antara lagu Khai Bahar yang Umi suka pastilah lagu Bayang dan Luluh,,ehh terasa nak menyanyi sama pun ada dah ni. 

 ♫ ♪ Bayang...
mekar didalam jiwa ku
bersebelahan tanganku
tak mungkin aku terlupa..
Rinduu ♪ 

Sebenarnya bukan Umi jer yang minat Khai Bahar tapi the girls kat dalam rumah ni pun minat dia tau..jadi apa saja info tentang Khai Bahar ni mesti kami dulu kemudian kongsi..hehe



Khai Bahar atau nama penuh dia Muhamad Khairul Bin Baharuddin ni mula terkenal dan jadi viral pada tahun 2016 bila dia menyanyi dalam aplikasi smule dan orang kami dan semua peminat dia panggil dia King of Smule.  Sebelum tu dia hanya penyanyi busker atau penyanyi jalanan di Kuching walau dia berasal dari Perlis.

Image result for khai bahar

Kalau pernah layan Khai Bahar kat Smule, mesti korang tau lagu apa yang dia selalu bawa dan antara lagu Ziana Zain yang bernada tinggi pun jadi pilihan dia termasuk lagu dari Kumpulan Projektor Band. Khai Bahar ditawarkan kontrak dibawah syarikat rakaman NAR Records pada tahun 2016 dan sudah pun punya 4 single yang cukup popular iaitu lagu Bayang, Dari Jauh Saja, Sinar Syawal dan Luluh.  Apa lagu favorite Umi? mesti la lagu Bayang dan Luluh. 

Related image

Dia juga dah meraih 12 anugerah dari Anugerah Meletop Era 2017, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017, Anugerah Planet Muzik 2017, Top Hot Hot FM 2017 dan Era Digital Muzik Awards 2018, dan ni la usaha para peminat dan penyokong tegar Khai Bahar selain usaha Khai Bahar sendiri..  Dia pernah berduet denga Siti Nordiana dan terkini, Dato Sri Siti Nurhaliza dah memilih Khai untuk berduet bersama dalam lagu Cinta Syurga..hebat kan!

Image result for khai bahar

Jangan korang ingat korang jer minat Khai Bahar ni tau sebab Khai punya fans club yang aktif dan peminat dia bukan ada kat Malaysia tapi kat Indonesia, Singapura, Taiwan dan Thailand.  Kalau tengok kat IG, dia punya follower seramai 1.3M! 

Siapa nak follow dia kat Instagram > klik @khaibahar94

Jeng..jeng..jengg.. jom kita ke Klang Parade pada 3 Jun ni tengok persembahan Khai Bahar dan artis-artis yang lain antaranya Hael Hussaini, Adibah Noor dan Kilafairy. Jangan lupa tanda kalendar korang  dan letak notifikasi kat smartphone korang sekarang kot-kot nanti lupa kan dah terlepas peluang nanti.


Alang-alang dah kesana menonton idola kita Khai Bahar, apa kata kita terus buka puasa kat Next Food Junction, tingkat 5, Klang Parade. Banyak pilihan yang kita boleh nikmati kat sana. Jomss