Wilqadry Meraikan Ikatan Cinta Dynas Mokhtar & Shazrik Din | Siapa tak kenal pelakon Dynas Mokhtar yang juga dikenali sebagai pengacara serta usahawan dan baru-baru ni telah melangsungkan majlis resepsi perkahwinan bersama Shazrik Din di Grand Ballroom,  Hotel Shangri-La Kuala Lumpur.

Apa yang menarik majlis resepsi Dynas Mokhtar telah ditaja oleh Wilqadry, syarikat pengaturcara inovatif yang pakar dalalm bidang dekorasi dan teknologi. Wilqadry mengorak langkah  dalam menjayakan majlis resepsi dengan menekankan konsep kegemaran Dynas bertemakan hijau alam semula jadi yang berunsurkan bunga kayu putih, tulip dan orkid.

Wilqadry Meraikan Ikatan Cinta Dynas Mokhtar & Shazrik Din
Untuk pertama kalinya di Malaysia, majlis perkahwinan ini mempamerkan unsur Maghribi diwarnai air yang mengalir dalam pergerakan visual yang dipancarkan di atas pelamin dan juga visual pergerakan tandatangan di atas kek yang menggunakan teknologi 'projection mapping'.  'Projection mapping' yang digunakan pada hari istimewa Dynas dengan inovatif dan unik di Malaysia menggabungkan konsep perkahwinan tradisional dengan teknologi audiovisual terkini, mempamerkan 'X factor' Wilqadry yang mampu memberikan perkhidmatan inovatif dan unik di Malaysia.

Gabungan dekorasi botani yang diregukan bersama teknologi 'digital projection' mampu melonjakkan lagi nama Wilqadry sebagai pengurus acara moden yang berani mengambil risiko untuk memperkenalkan konsep yang baru dan unik di Malaysia.

Wilqadry Meraikan Ikatan Cinta Dynas Mokhtar & Shazrik Din
Kolaborasi kreatif Wilqadry bersama Dynas Mokhtar dalam menjayakan majlis yang indah ini membawa kekuatan dinamik selebriti yang mampu melontarakan nama Wilqadry ke persada industri pengurusan acara di Malaysia.  Selain itu, kekuatan dinamik Dynas menggambarkan pengaruh kuatnya yanga mampu membawa kejayaan pada masa akan datang.

Kerjasama Dynas bersama Wilqadry akan menentukan rentak strategi pemasaran dan penjenamaan dengan meluas - menggabungkan acara kontemporari dengan komponen audiovisual mempesona yang dikuasai oleh teknologi futuristik.

Wilqadry Meraikan Ikatan Cinta Dynas Mokhtar & Shazrik Din

WILQADRY GRANDEUR ENTERPRISE
Suite 5A, Level 5, Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur

Hotline : 012-634 8985

Instagram Dynas : 

Facebook : wilqadry

Instagram : wilqadry

Twitter : wilqadry



MENGENAI WILQADRY

Wilqadry adalah syarikat kreatif dan pengurusan acara yang berpakaran dalam bidang teknologi dan mempunyai pelbagai fungsi dalam pelbagai konsep acara seperti Perkahwinan, Gaya hidup, Hiburan dan Korporat. Wilqadry mengkhusukan diri dalam konsep kontra yang tersendiri dan pelaksanaan kreatif yang hebat. Wilqadry dikuasakan oleh 30 orang kru dan kakitangan dari pelbagai bidang, dari senibina ke media, berkolaborasi bersama sebagai pencipta-pencipta kreatif dengan sokongan usahawan-usahawan berpengalaman.

Kekuatan Wilqadry terletak pada namanya yang menggabungkan perkataan 'will', yang bermaksud pertimbangan untuk mencapai matlamat tertentu, dengan nama pengasas syarikat, Sharifah Rohaidah Al Qadry, dimana nama 'Qadry' membawa maksud 'ketepatan', mengupas idea Wilqadr yang meletakkan kepentingan dalam memasang niat yang pasti untuk melakukan sesuatu dengan tepat.

Sharifah Rohaidah Al Qadry adalah seorang ahli perniagaan yang berumur 32 tahun dan berasal dari Shah Alam. Latar belakangnya dalam industri tekstil, reka bentuk dan kejuruteraan melonjakkan minatnya untuk menerapkan prinsip yang sama di dalam industri aturcara dengan menekankan kemajuan teknologi semasa untuk menyampaikan detik - detik dan pengalaman acara yang sukar dilupakan.

Hari ini, Wilqadry berazam menjadi sebuah syarikat pengaturcara beinovatif yang bakal mengembangkan empayar sebagai pengendali dewan aturcara sendiri, 'Grandeur Hall'. Dewan yang berlokasi di Putrajaya boleh menampung 500 orang hadirin dan akan dibuka pada bulan Julai sebagai lokasi bagi pelbagai acara lain seperti konsert musik, pertunjukan fesyen, dan pameran seni. Wilqadry percaya dengan menekankan penggunaan teknologi terkini di dalam pelbagai jenis acara, ia boleh meningkatkan kekuatan jenama syarikat di pasaran tempatan