Bila bercakap pasal syarikat penghantaran, pasti ramai yang kenal GDEX,  syarikat penghantaran/kurier yang kini telah memperkenalkan myGDEX iaitu Platform Penghantaran secara atas talian (Online Shipping Platform) dalam menaiktaraf mutu penghantaran kepada para pelanggan.  


GDEX berhasrat untuk menyediakan sesuatu yang mesra pelanggan dan para pelanggan yang ingin menghantar bungkusan atau dokumen boleh merasa lega dengan platform yang direka untuk keselesaan pelanggan.


Sangat mudah untuk kita mendaftar, cuma klik dan daftar ke myGDEX yang sangat mudah untuk digunakan dan mengikut kesesuaian masa kita sendiri.

Apa yang menarik para pelanggan kini boleh menggunakan consignment notes (CN) dengan cetakan sendiri dan membuat sebarang penghantaran dokumen atau barangan ke mana-mana cawangan GDEX, agen GDEX dan lodge-in centres. Malahan pihak GDEX bersedia untuk mengambil barang penghantaran sehingga di depan pintu rumah pelanggan.

Laman Sesawang : https://my.gdexpress.com/



Selain penggunaan portal yang cukup mudah, portal ini membantu menyegerakan pekerjaan kita dengan pelbagai kemudahan antaranya :
  • Jaringan yang meluas - GDEX punya jaringan yang sangat meluas untuk memastikan penghantaran berjalan lancar walau sewaktu permintaan yang tinggi
  • Kemudahan Membuat Tempahan - sangat mudah untuk mengisi consignement note dimana dan bila-bila masa secara atas talian dan mengatur waktu pengambilan tempahan atau tinggalkan di rangkaian GDEX yang meluas.
  • Penempahan Awal - Pelanggan boleh membuat tempahan pungutan seawal 5 hari dari tarikh pengambilan dan punya masa yang selesa untuk menyiapkan pembungkusan.  Apa yang perlu, bungkusan tersebut mempunyai berat yang sama seperti didalam consignment note.
  • Maklumat Secara Automatik - consignment note pelanggan yang berdaftar akan dimasukkan secara automatik dan tidak lagi secara manual, jadi ini akan mempercepatkan proses dan pekerjaan bagi yang mempunyai penghantaran yang banyak
  • Jejak Barangan Hantaran - portal ini juga membolehkan kita menjejak lokasi barangan yang dihantar dan mengenalpasti lokasi barangan secara atas talian
  • Pelbagai Cara Untuk Menghubungi Dengan Pusat Khidmat Pelanggan - GDEX boleh dihubungi dengan pelbagai cara, hubungi pusat customer service di 03-6419 5003, hantarkan email kepada mygdexadmin@gdexpress.com atau melalu facebook atau Twitter
  • Harga Berpatutan - Dengan berdaftar dan membuat isian semula (top up) pengguna boleh menggunakan e-Wallet untuk menikmati potongan harga (discount) dan lain-lain kemudahan.
  • Skim Ganjaran Kesetiaan (Loyalty Scheme) - sistem ganjaran yang menarik untuk setiap ahli menggunakan myGDEX e-Wallet untuk nikmati kredit percuma, flyers percuma dan pengambilan secara percuma
  • Stor Pembekalan Pembungkusan - Mudahkan proses pembungkusan dengan menggunakan mendapatkan bekalan pembungkusan secara atas talian.
  • Khidmat Penghantaran dua (2) kali - GDEX menawarkan penghantaran sebanyak dua (2) kali untuk setiap penghantaran yang tidak berjaya atau GDEX boleh dihubungi untuk susunatur penghantaran semula setelah pelanggan menerima kad Maaf (sorry card)

MENGENAI GDEX
GDEX telah ditubuhkan pada tahun 1997 dan sehingga kini telah memiliki 150 lokasi termasuk di Malaysia dan Singapura.  GDEX telah beroperasi dengan rangkaian sebanyak 223 stesen, 75 cawangan, 1 affiliate, 55 agen, 24 lodge-in centre dan 67 agen reseller di dalam Malaysia

Pada 30 June 2017, GDEX telah mempunyai 831 trak dan van dengan kekuatan pekerja seramai 3513.  GDEX sangat komited untuk menyediakan perkhidmatan yang bermutu dan seterusnya kekal menjadi syarikat penghantaran yang dipercayai ramai

Waktu Operasi Ibu Pejabat:
08.30 pagi - 12.00 pagi (Isnin - Jumaat)
8.30 pagi - 8 malam (Sabtu)

Alamat Ibu Pejabat:
GD Express Sdn Bhd
No 19, Jalan Tandang
46050 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

Telephone : 03-7787 2222
Hotline : 03-6419 5003
Fax : 03-7785 6818
Email : helpdesk@gdexpress.com