100 Pesanan Terakhir Rasulullah Bab 87 : Jaga Lidah Berkatalah Yang Baik | Assalammualaikum, selamat pagi

Kita sering melafazkan perkara yang tidak sepatutnya hingga menghiris hati dan perasaan, tanpa memikirkan perasaan lain samada di facebook, twitter, instagram mahupun dimana-mana laman social yang lain hingga orang yang membaca terasa hati ataupun malu. Walau bukan disebut secara berdepan tapi masih lagi menjadi lisan yang terkadang memalukan orang lain. 




Lidah walaupun lembut tidak bertulang tetapi mempupnyai pengaruh besar dalam kehidupan kita.  Peranan lidah dalam mencorakkan keperibadian kita amat jelas melalui tutur kata yang dilafazkan.  Berpunca dari lidah, kita akan menuturkan kata-kata lucah, keji, marah, mencela, mengutuk, menfitnah ataupun mengumpat.

Kita juga sering diingatkan supaya hanya berkata-kata mengenai perkara yang membawa kebaikan dan berdiam jika mahu memperkatakan perkara-perkara yang boleh mendatangkan dosa.  Hal ini ditegaaskan oleh Bukhari beriman kepada ALLAH dan hari kemudian, hendaklah dia mengucapkan perkataan yang baik-baik dan kalau tidak, hendaklah dia diam".

Hadis ini menjelaskan kepada kita bahawa menjaga lidah itu penting supaya apabila bercakap biarlah perkara-perkara yang berfaedah dan membawa kebaikan sahaja.  Jika selain daripada itu, lebih baik berdiam diri.

Pada suatu ketika, Rasulullah s.a.w ditanya oleh seorang  sahabat

"Ya Rasulullah , apakah amal perbuatan yangn membolehkan seseorang itu masuk ke syurga?"

Rasulullah s.a.w menjawab. "Takwa kepada ALLAH dan berakhlak baik."

"Apakah pula yang menyebabkan seseorang itu dihumban ke neraka ya Rasulullah s.a.w?" tanya seorang sahabat yang lain.

"Kejahatan mulut dan kemaluannya."

Kemudian melalui hdis oleh Ibnu Abid Dunya, Rasulullah s.a.w berpesan, "Sesipa yang dapat mengawal lidah (daripada memperkatakan kehormatan orang) ALLAH akan menutup perbuatan yang memalukannya.  Sesiapa yang menahan kemarahannya, ALLAH akan melindungi daripada seksaan-NYA.  Dan sesiapa yang meminta kelonggarannya, ALLAH akan menerima permintaan kelonggarannya."

Seterusny Rasulullah s.a.w mengingatkan melalui hdis oleh Ibnu Abid Dunya, katany, "Tidak akan lurus iman seseorang hamba sehingtus pula lidahna dan tga lurus pula hatinya dn tidak akan lurus hatinya sehingga lurus pula lidahnyang.  Dan seseorang hamba tidak akan masuk syurga selagi tetangga belum aman daripada kejahatannya."

ALLAH menjadikan manusia dengan sebaik-baik ciptaan, dikurnikan lidah untuk bercakap yang baik-baik tetapi banyak disalah guna sehinggakan percakapan mengundang dosa.  Oleh itu peliharalah lidah supaya tidak digunakan dengan bercakap perkara-perkara yang boleh menyebabkan kehinaan pada diri sendiri

Sumber : 100 Pesanan Terakhir Rasulullah
Bab : 87

Nota : semoga perkongsian ini memberi  manafaat buat kita semua