Kekonon girls day out gitu tapi sebenarnya ada jer bodyguard ehh DH ikut sama sebab memang dia yang dah plan nak menonton bila KC Iman balik beraya dan kesempatan hari off KY dan Cik Meya pulak tu.Dah lama Umi dan DH tak menonton, akhir sekali waktu anniversary tahun lepas tonton Tombiruo bukan berdua tapi bertiga dengan KC Iman.  Para hero yang 2 orang tu? kerja la.

Serius tau bukan main-main filem Hantu Kak Limah catat sejarah no 1 perfileman Malaysia dan  menguntungkan dengan kutipan sebanyak RM20.5 juta dalam 11 hari! dan terasa bangga jugak sebab Umi juga penyumbang tu..haha. Tapi kata DH tak banyak yang Mamat Khalid dapat rasanya sebab filem ni mengunakan produksi Astro Shaw..wallahualam. 


Kenapa filem Hantu Kak Limah?
Sememangnya DH dan Umi sendiri memang suka karya Mamat Khalid ni yang suka benor guna loghat Perak dan dalam semua filem dia pasti dia menengahkan situasi di Perak dan bercorak cerita rakyat yang santai buat seisi keluarga.  Antara karya Mamat Khalid yang memang kami layan adalah Rombongan Che Kiah ke Sukan Komanwel, Zombie Kampung Pisang, Rock, Man Laksa, Hantu Kak Limah Balik Rumah dan banyak lagi. 


Para pelakon
Awie (Husin), Rab Khalid (Yeh Sekupang), Sharwani NS (Wani),TJ Isa (Khuda), Delimawati (Kak Limah), Zul Ariffin (Solihin), Uqasha Senrose (Eton - Puteri Bunian), Mus May (Bapa Bunian), Ropie (Nayan), Pekin Ibrahim (Musalman), Sabri Yunus (Ketua Kampung)

Kisahnya Kak Limah berkahwin dengan Khuda dan kemudian ditemui meninggal dunia tapi suaminya tak tahu sebab pergi memburu.  Jenuh la juga usaha Yeh Sekupang, Husain dan Wani nak bagitahu Khuda yang Kak Limah dah meninggal dunia dan jenuh berusaha untuk pastikan yang dia sememannya  dah mati.  Akhirnya Kak Limah dikebumikan, tapi hantunya masih menghantui penduduk kampung.

Husain pulak bercinta dengan Eton, puteri bunian tapi bapa bunian menghalang mereka untuk disatukan kerana manusia dan bunian memang tak boleh bersatu dan kalau ingkar boleh mengundang padah yang buruk.  Umi syok melayan lagu Srikandi Cinta semasa Husain berjumpa bapa bunian sampai Umi sendiri dok menyanyi sama...aduhh nostalgia sungguh!

Yeh, Husain, Wani serta Khuda cuba mendapatkan pertolongan Solihin, guru silat yang kononnya boleh berlawan dengan hantu tapi gagal sampai bercempera lari dari rumah Solihin. 

Keunculan Erra Fazira, Dato Vida dan Jue Aziz di kawasan perkuburan cuba menganggu fokus Yeh, Husain dan Wani ala-ala cerita P. Ramlee dalam filem Pendekar Bujang Lapuk. Walau sekejap je tapi tetap mencuit hati.

HKL muncul untuk mendapatkan Khuda dan jenuh jugak Solihin berlawan dan kena dengan HKL, mujur Husain teringat untuk menyeru bapa bunian yang datang membantu dan terbongkarlah rahsia siapa HKL sebenarnya.  Rupanya dia tu bukan Kak Limah tapi puteri bunian, isteri Khuda yang pertama. Kan bunian dan manusia tak boleh berkahwin, tu la akibatnya.

Nota : 
  • Ada sesetengah dialog tu agak 18SX tapi tidak la terlalu berat.
  • DH ada komen yang watak Khuda ni agak over sikit tapi part Yeh Sekupang ni memang lawak dengan tutur kata loghat Utara piau (pure) katanya. Bagi Umi watak Nayan tu idok ler berapa lawak tapi dia tetap menjadi penyumbang pada filem ni. 
  • Waktu beli tiket tu risau jugak sebab hampir 70% penuh dan mujur dapat jugak 6 seat dibahagian tengah tu pun kami tak dapat duduk sebaris.
  • Pada Umi, filem ni memang berjaya menambat hati tapi untuk filem Mamat Khalid akan datang dah hilang umpph kot sebab Rab Khalid pun dah meninggal dunia.  Apa pun filem ni memang antara karya terbaik Mamat Khalid. 
  • Rating : 95% dan wajib tonton.