Ayam goreng berempah ni memang kesukaan anak-anak dan pastinya ayam goreng berempah yang dibeli bersama nasi lemak Nek Mah menjadi pilihan anak-anak tapi sejak UF dah pandai buat sendiri, dah jarang kami beli.  Memang sedap dan pernah tanya kat Nek Mah, dijawabnya..."alaa..datang jer beli sini"..terus tak tanya dah tapi UF usaha belajar dari pengamatan sendiri bukan dari ayam goreng Nek Mah tapi beberapa ayam goreng berempah yang pernah kami cuba.

Resepi : Ayam Goreng Berempah


Ok, nak kongsi resepi ayam goreng istimewa yang UF buat hingga kini


Bahan-bahan:
½ ekor ayam dipotong 12
6 - 8 batang serai
4 ulas bawang putih *
2 sudu jintan manis *
2 sudu jintan putih *
1 sudu ketumbar *
2 inci halia
serbuk kunyit
10 batang cili kering (jika mahukan pedas)

Hiasan
Daun kari


Cara membuatnya:

  • Bahan yang disangai ditumbuk kasar dan serai yang dipotong sepanjang 1 inci pun ditumbuk bersama. Kemudian bahan yang ditumbuk digaul bersama ayam, masukkan garam dan serbuk kunyit.  Perapkan dalam 15 min dan boleh digoreng.  Kalau tak nak perap pun boleh tapi UF suka perap supaya rempah tu menyerap kedalam isi.

  • Kalau suka pedas, cili kering yang telah ditumbuk boleh la digaul sekali dengan ayam semasa diperap tu
  • Panaskan minyak yang banyak didalam kuali, pastikan api jangan terlalu kuat atau perlahan. Bila dah panas, masukkan ayam dan goreng seperti biasa. Selesai menggoreng ayam, tutup api dan goreng  daun kari dan taburkan keatas ayam goreng.

Nota : 
  • ada yang menggoreng dengan api yang kuat supaya kulit luar tu nampak kekuningan tapi kalau tak berapa pandai adjust, jangan takut kang hangit terus 
  •  Sangai adalah kaedah menggoreng tanpa minyak didalam kuali
  •  Ada guna resepi yang memasukkan bawang merah, ditumbuk dan digaul semasa memerap ayam.

Selamat mencuba!