Akhirnya tarikh yang dinanti pun tiba hari ini buat anak-anak tahun 6 menjalani Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah bermula 24 September hingga 27 September 2018 dan seterusnya melangkah ke sekolah menengah tahun depan. Pejam celik, pejam celik dah besar dah anak UF yang bongsu ni dan nanti pasti akan menuruti langkah abang dan kakak dia ke menara gading. Maka tinggallah UF dan DH berdua macam dulu..*sobss



Selepas UPSR ni, Acha akan menduduki UPSRA pulak dalam bulan Oktober, fuhh jenuh rasanya.  

UF dulu masa sekolah rendah ada peperiksaan Penilaian Darjah 5 kemudian SRP dan SPM, kemudian sambung belajar part time di kolej swasta sebab ITM (sekarang UiTM) tu jauh di Shah Alam.

Apa yang menarik tentang sekolah Acha ni, pihak PIBG dia sangat aktif sebab anak sulungnya sekelas dengan Acha dan antaranya kelas 6 Gagah dihias supaya anak-anak suka dan tenang bila belajar,  diadakan kelas prep dua kali seminggu dengan dikawal seorang atau dua penjaga sebab kata pengerusi PIBG anak-anak akan dapat berkongsi dan saling membantu bagi membuat kerja sekolah.  Memang betul sebab selepas tu tak ada guru yang merungut yang anak-anak ni tak siap kerja sekolah.  Usaha En Faizul, pengerusi PIBG dan kerjasama Puan Chan, guru kelas 6 Gagaj ni memang terbaik dan memang tabik hormat kat dia begitu juga ibubapa yang lain yang sama-sama bertungkus lumus dalam pelbagai aktiviti antaranya solat Hajat, seminar, kelas pecutan dan banyak lagi  di sekolah dan di luar sekolah untuk anak-anak kelas 6 Gagah ni. 


Ada ibu bapa yang bercuti dan menemani anak-anak menjalani UPSR dan sempat membuat solat Hajat dan bacaan Yassin supaya anak-anak tenang.

Baca kat SINI - (Peranan Ibu Bapa Seiring Guru Untuk Kecemerlangan Anak-Anak)

Lebih menarik, pihak sekolah menyediakan sarapan pagi dengan roti dan air Yassin dan diwaktu rehat mereka diberikan dijamu dengan bihun goreng (hari ni) malahan Masjid Ubaidah menaja pensil untuk peperiksaan. UF pasti ni pasti hasil usaha En Faizul supaya anak-anak lebih bersemangat. 

Jangan tak tahu, lepas UPSR, En Faizul dah siap hubungi UF untuk arrange trip buat budak-budak tahun 6 ni..kemana? tunggu UF update nanti.  Untung sungguh depa, terasa nak masuk sekolah balik lah..heheee

Malahan anak-anak kelas 6 Gagah di taja oleh Dato Ali, tuanpunya Restoran Ali Maju untuk lawatan ke Menara KL (alamak rupanya entri trip sekolah ni lupa nak publish) Memang seronok budak-budak tu dapat memberanikan diri berada di observation deck.  Nanti UF cerita dan kongsi, InsyaAllah

Bercerita pasal peperiksaan ni, UF, dah berkali merasa gabra dan kecut perut bila anak menduduki UPSR dan tak pernah mendesak supaya anak-anak mendapat straight As.  Pada DH pulak, dia tetap cool seperti dahulu sebab kami bukan nak anak masuk ke sekolah berasrama macam Sekolah Sains atau MRSM sebab kami nak anak-anak membesar di depan mata dan selepas SPM barulah mereka disarankan untuk sambung belajar di peringkat yang lebih tinggi.



Tahun ni pulak selain Acha dan anak saudara UF dan DH pun antara calon dan ada dua cucu saudara DH yang  menduduki peperiksaan yang sama hehe..

Buat pembaca dan sahabat UF yang anaknya menduduki UPSR, semoga mereka tenang dan fokus sewaktu menjawab soalan, InsyaAllah mereka akan menjadi anak yang cemerlang dan berjaya didalam hidup. Jangan terlalu memaksa mereka sebab masih panjang masa lagi dan apa yang penting peranan kita untuk menyokong dan mengawal mereka supaya mereka tidak tersasar.