Melangkah masuk ke pintu utama Central Lobby (Piano Lounge), TPC KL buat UF terpesona dengan deretan bunga kekwa ungu yang memenuhi ruang masuk..cantik! Tampak mewah berpadanan dengan pilihan tempat yang ekslusif bagi melancarkan produk jenama ZV Beauty Collection kepunyaan pemiliknya Vian Hassan dan kekandanya Zihan. Jadi tak perlu tanya dah apa makna ZV tu kan, terang lagi nyata!

Bukan nak bercerita pasal bunga tapi nak bercerita pasal jenama ZV Beauty Collection, produk kecantikan terbaru yang dilancarkan beberapa hari yang lepas yang dihadiri beberapa selebriti tanahair antaranya Catriona Ross, Ayu Mayuni yang UF perasan la yang lelain tu ramai MUA termasuk blogger laa.

ZV Beauty Collection, Koleksi Solekan Terbaik Yang Berbaloi Dimiliki

Diperkenalkan sejak awal tahun 2018, produk ZV Beauty Collection ini berhasrat menawarkan produk ini kepada semua wanita dari pelbagai latarbelakang disamping mengekalkan dan memiliki kulit sihat kerana mereka percaya kulit sihat akan menampilkan kecantikan buat semua wanita.

Okay, dengar kata produk ni akan masuk ke pasaran lebih besar tak lama lagi, tapi tu nanti dulu, jom kita kenal apa 4 produk ZV Beauty yang telah ada dipasaran yang boleh didapati secara online atau melalui Instagram.  Menurut pengasasnya, Vian Hassan, produk ni memang tahan lama apabila dipakai walau kita aktif dan mudah berpeluh mahupun aktif bergelek macam Ayu Mayuni, solekan akan tetap maintain. Malah ada berapa sahabat pun dah pakai dan katanya memang smooth dan ringan jer kat muka.

ZV Beauty Collection, Koleksi Solekan Terbaik Yang Berbaloi Dimiliki

Buat mana ini, ZV Beauty Collection telah mengeluarkan 4 jenis produk antaranya



a. Precision Face Base Primer
Berfungsi seakan pelindung diantara kulit muka dan solekan.  Diformulasi dengan minyak Argan dan minyak Marula, mengandungi Vitamin E, melindungi solekan selama 24 jam, solekan akan kekal berseri untuk jangkamasa yang lama, membantu kulit muka untuk bebas bernafas dibawah solekan dan seterusnya melembapkan kulit muka dari radikal bebas dan sesuai untuk rawatan jerawat dan tona kulit tidak sekata. Precision Face Base Primer menampakkan kulit "flawless" si pemakai.


ZV Beauty Collection, Koleksi Solekan Terbaik Yang Berbaloi Dimiliki


Berat : 20ml
Harga : RM67.90



b. Precision Treatment Foundation
Diformulasi dengan minyak Argan dan minyak Marula yang mengandungi Vitamin C yang bertindak sebagai pencerah dan Vitamin E yang memberi pelindungan penuh dan dengan pelindungan UV (SPF 35) selama 24 jam.  Sangat sesui untuk rawatan jerawat dan tona tidak sekali disamping melembap dan melindungan kulit dari kekeringan.



ZV Beauty Collection, Koleksi Solekan Terbaik Yang Berbaloi Dimiliki
 
Berat : 20ml
Harga : RM65.90



c. Precision Loose Powder
Bedak yang masih diformulasi dengan minyak Argan dan minyak Marul mengandungi Vitamin C dan Vitamin E yang menjadikan kulit muka lebih sekata dan asli selain memudarkan garis halus dan mengekilkan liang pori pada kulit muka.



ZV Beauty Collection, Koleksi Solekan Terbaik Yang Berbaloi Dimiliki


Berat : 20ml
Harga : RM66.90


d. Eye Shadow
Didatangkan dengan 4 warna menarik serta lembut dan yang menariknya setiap warna dinamakan sempena nama anak-anak iaitu Medina, Hattie, Dan dan Owen

ZV Beauty Collection, Koleksi Solekan Terbaik Yang Berbaloi Dimiliki

Berat : 20ml
Harga : RM70.90


Sebelum produk ZV Beauty akan masuk ke pasaran besar, apa kata kita reramai dapatkan sekarang dan kalau nak tahu lebih lanjut jengah social media ZV Beauty Collection ni atau hubungi +6011 2870 3549  Instagram : https://www.instagram.com/zvbeautycollection/

#zvbeautycollection #zvbeautydolls