Herba Dan Rempah McCormick Berwajah Baru Dengan Memberi Inspirasi Sambil Memasak | McCormick, pengeluar herba dan rempah yang terkenal di dunia telah menyuntik nafas segar ke dalam rangkaian produknya dengan pembungkusan terkini dengan lebih menarik dan bergaya buat rakyat Malaysia di seluruh negara.

Dengan logo yang dikemas kin dan warna-warna menarik, pengguna kini dapat mencari produk McCormick kegemaran dengan mudah.  Imej kontemporari dan tertumpu kepada penggunaan kod warna baharu hijau, merah dan oren untuk setiap kategori produk, membolehkan pengguna memilih apa yang diperlukan dengan mudah.

Herba Dan Rempah McCormick Berwajah Baru Dengan Memberi Inspirasi Sambil Memasak yang mana label baharu disertakan dengan pelbagai cadangan dan idea penggunaan setiap produk, sama ada untuk ditabur di atas bahan tertentu, diggandingkan dengan satu produk McCormik atau ditambah ke dalam sajian kegemaran.


“Sebagai pakar dalam pengeluaran herba dan rempah, McCormick memahami pengguna kami dan mengetahui apa yang mereka ingini. Wajah baharu direka supaya lebih jelas dan lebih menarik pandangan, dengan nama produk lebih besar dan maklumat yang jelas untuk kesenangan pengguna kami. Paling penting, pembungkusan lebih menarik ini terus mencerminkan janji jenama kami untuk menambah kesegaran dan kelazatan rasa kepada setiap sajian masakan.” Mohan Alagappar, Pengurus Besar GBA Corporation Sdn Bhd, pengedar ekslusif McCormick

Banyak produk MCormick telah berwajah baharu termasuk rangkaian produk popular seprti Black Pepper Cracked, Oregano Leaves, Paprika Ground, Mixed Herb, Chili Flakes dan lain-lain yang boleh didapati di saluran runcit utama dan juga pasar raya di seluruh negara

Untuk maklumat lanjut tentang herba dan rempah McCormick atau idea-idea resep, layari www.mccormick.com

McCormick diedarkan secara eksklusif di Malaysia oleh GBA Corporation Sdn Bhd.  GBA menguruskan banyak jenama terkenal hasil kerjasama dengan rakan niaga dari seluruh dunia yang merupakan pemimpin jenama dalam kategori tertentu.