Majlis Konvokesyen Angah Ammar Memberi Kelegaan | Alhamdulillah, akhirnya  Angah Ammar telah selesai menamatkan pengajian dalam Diploma in Business Management dan konvo pun dah diadakan pada 21 Oktober 2018 yang lalu.  Ni kali kedua UF dan DH menghadiri konvo yang berlangsung kat PICC.  Dalam pada tu dok tanya jugak bila dia nak sambung Degree dan peringkat seterusnya...sengih jer la jawapan dia. 

Majlis Konvokesyen Angah Ammar Memberi Kelegaan
 Konvokesyen KPTM ni adalah kali ke 35 rupanya..tak ingat pulak konvo Ayong tu kali ke berapa..mana taknya masa tu agak kelam-kabut almaklumla anak pertama lagi pulak tu memang sesak ramai sungguh.  Jadi pengalaman kedua ni agak lain sikit atau sebab pengurusan lebih cekap sebab pihak KPTM sediakan tempat letak kereta..ke dulu kami tak ambil tahu..heheehe

Majlis Konvokesyen Angah Ammar Memberi Kelegaan


Memang ramai yang hadir, mujur hanya dua orang yang boleh masuk ke dewan berlangsungnya konvokesyen tapi kat luar memang ramai ahli keluarga yang lain dengan para peniaga belon dan bunga serta jurufoto yang mencari rezeki.

Seriously seronok dan tumpang gembira bila ada seorang pelajar dari kursus pertanian dinobatkan pelajar terbaik dengan  pengiktirafan Platinum.  Mana taknya setiap semester dia berjaya memperolehi pointer 3.99.  Rasa sebak bila kedua orang tua dia dipanggil naik ke pentas dan diperkenalkan kepada hadirin yang bapanya kini menjadi pemandu GRAB selepas bersara dan ibunya pulak seorang kerani..memang menitis air mata bukan Umi saja tau tapi DH jugak.




Majlis Konvokesyen Angah Ammar Memberi Kelegaan
 Dalam dok siap siaga tu terlepas jugak waktu dia terima skroll tu..kekonon Umi ambil video dan DH siap dengan kamera tapi cuma tu yang sempat dicapture..hehe

Majlis Konvokesyen Angah Ammar Memberi Kelegaan
Detik-detik waktu sampai DH betulkan jubah Angah buat Umi sebak dengan kasih sayang DH terhadap anak-anak dia. Syukur sangat sebab DH sangat ambil berat dan tak pernah lepas tangan untuk memastikan anak-anaknya terus cemerlang dalam hidup.

Menariknya konvo kali ni dua orang anak sepupu Umi  pun turut menjadi graduan. Seperti waktu Ayong konvo kami ambil pakej bergambar dan untuk Angah pun kami buat yang sama..Baru sama dan adilkan. Harga? RM220 fuhh mahal sungguh tapi untuk anak kan😉

Sebagai seorang ibu dan DH sebagai ayah memang yang terbaik untuk anak-anak dan sentiasa berdoa supaya mereka berjaya dan cemerlang serta menjadi Muslim yang terbaik di dunia dan di akhirat. Kalau hero-hero ni sambung belajar pun bagus tapi kita ni dok tanya jer even Ayong pun tak tahu bila nak sambung Degree walhal dah mudah sebab dia dah punya kerjaya di MARA tapi tu..anak lelaki! haha Bukan semua tapi majoriti budak lelaki ni malas nak sambung belajar kan tapi mana tau esok-esok terbuka nak sambung...sebagai ibubapa kami sokong jer.