Memang minat dengan Sandra Bullock ni walau dia dah nampak agak berusia tapi bila cerita thriller macam ni memang dia terbaik.  Filem Bird Box baru ditayangkan dan seperti biasa bila boleh tonton di Netflix, duduk kat rumah jer la sambil makan pop corn ehh makan rempeyek, kerepek pisang dan air nescafe tarik hehe.



Bird Box

Peringatan : 


Bila menonton di Netflix ni kena ada orang dewasa terutama filem Bird Box ni sebab ada adegan yang tidak dipotong yang kurang manis untuk anak kecil tonton.


Sinopsis:

Malorie memberitahu dua kanak-kanak yang dipanggil Boy dan Girl yang mereka akan melalui perjalanan yang merbahaya melalui sungai dengan menaiki bot.  Mereka tidak dibenarkan membuka ikatan yang menutup mata atau mereka akan mati.





Kisah bermula lima tahun lalu dimana Malorie yang mengandung dilawati kakak sulungnya Jessica.  Sebelum membuat pemeriksaan rutin, mereka bercerita tentang berita pelik mengenai kisah membunuh diri beramai-ramai di Eropah tapi bagi Malorie mengatakan berita itu tidak masuk akal.  Ketia meninggal bilik doktor, Malorie terserempak seorang wanita menghentk kepalanya ke panel kaca dan baru sedar berita itu kini terjadi didepan mata.  Keadaan menjadi kelam kabut dan Malorie segera masuk ke kereta Jessica.  Ketika telefon bimbitnya berbunyi, Malorie cuba mengambilnya dan Jessica seakan ternampak sesuatu yang menyebabkannya menangis hingga menyebabkan keretanya kemalangan.  


Dalam kelam kabut Jessica keluar dari kereta menuju ke arah jalan seperti dalam khayalan dan dilanggar sebuah trak.  Keadaan sekitar semakin menjadi huru hara dan Malorie berlari dan akhirnya di selamatkan seorang wanita yang kemudiannya memasuki kereta yang terbakar. Akhirnya Malorie memasuki rumah bersama beberapa orang yang terselamat antaranya Tom, Douglas, Cheryl, Lucy, Felix, Charlie dan Olympia yang juga mengandung.  Tinggal bersama orang asing memang memeningkan kepala dengan pelbagai karenah dan kelakuan dan keadaan bertambah agak sesak bila makanan hampir kehabisan dan mereka terpaksa keluar menaiki kereta yang digelapkan cermin dan cuma menggunakan GPS untuk ke pasaraya. Memang senak perut tengok bila mereka sendiri terpaksa menutup mata dan berjalan memasuki pasaraya.  Paling sedih bila Charlie mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan rakan-rakan didalam pasaraya dan Felix serta Lucy mementingkan diri sendiri dengan melarikan diri dengan menggunakan kereta.

Kemudian muncul Gary yang dibenarkan masuk oleh Olympia atas dasar simpati walau dimarah Douglas.  Keadaan dalam rumah agak kelam kabut bila Malorie serta Olympia bersalin serentak membuat keadaan agak tegang dan Gary rupanya pesakit mental yang kemudiannya membuka tingkap hingga membuat Olympia membunuh diri termasuk Lucy dan Doublas.  Tom yang berjaya menyelamatkan Malorie kemudian melarikan diri dan tinggal bersama serta menjaga Girl dan Boy.  Selepas lima tahun, Tom mendapat pesanan yang mengatakan mereka akan selamat disebuah penempatan komuniti yang mana mereka harus melalui sungai untuk ke sana.  Tom akhirnya mati dalam menyelamatkan Malorie serta Girl dan Boy.

Malorie serta Girl dan Boy menharungi ujian getir di dalam sungai dengan menutup mata menuruni cerun dan arus deras hingga hampir meragut nyawa tapi akhirnya sampai ke komuniti.

Pelakon :

Malorie - Sandra Bullock | Tom - Trevante Rhodes | Douglas - John Malkovich | Jessica - Sarah Pulson
Cheryl - Jackie Weaver | Lucy - Rosa Salazar | Felix - Machine Gun Kelly | Charlie - Lil Rey Howery
Gary - Tom Hollander | Girl - Vivien Lyra Blair | Boy - Julian Edwards

Komen :

Memang best movie ni tapi kesudahannya tu memang tak ada sebab tak pasti dari mana datang kejadian supernatural ni dan bayangkan selama lima tahun kejadian seakan awan hitam yang membuat orang membunuh diri dan sesama sendiri tu tak ada kesudahan.

Part yang akan sedih bila anak Malorie (Boy) memanggil dia dengan nama begitu juga anak Olympia dan mungkin Malorie ada sebab sendiri kot tapi bila sampai di komuniti, dia memberitahu nama Boy ialah Tom dan nama Girl ialah Olympia dan menyatakan mereka adalah anak-anaknya. Memang agak syahdu.

Rating : 4 / 5