2019 Tahun Pertama Cikapplepie Bersekolah Menengah - blog.iamfuzy™

31 January 2019

2019 Tahun Pertama Cikapplepie Bersekolah Menengah

Cikapplepie menjadi ahli terakhir dan penutup dalam ahli LeyRa Family yang bersekolah di SMKWM2.  Seperti Ayong Azmer (AA1), Angah Ammar (AA2), KY Amanda, KC Iman dan Kak Meya tak ada seorang pun anak-anak yang berlainan sekolah, bak kata DH, tak nak ada perbezaan dalam semua hal walau dari segi pembelajaran setiap anak tu agak berbeza dan bila melanjutkan pelajaran selepas SPM pun berbeza jurusan dan institusi penggajian kecuali AA1 dan AA2 sebab kedua-dua hero ambil Business Management dan Alhamdulillah, sedang membina kerjaya mereka.

barisan guru-guru dan Guru Besar SMKWM2

Seperti anak-anak yang lain kami memang pergi ke hari orientasi anak-anak dan juga mesyuarat PIBG, sebab nak ambil tahu pasal apa cerita dan apa perkembangan sekolah.

2019 Tahun Pertama Cikapplepie Bersekolah Menengah


Kalau dulu Umi tak berapa ambil tahu sebab DH yang buat semua tapi semenjak jadi suri rumah sepenuh masa + blogger + tukang masak + tukang kemas ni terpanggil untuk ambil tahu.  Kalau dulu DH mesti ajak Umi pergi membeli belah pakaian sekolah dan pakaian untuk kelab, Umi cuma ikut jer tanpa ambil tahu saiz ke warna tapi sekarang seronok pulak nak ambil tahu.  

Setiap orang kan berubah, tapi pastikan berubah untuk kebaikan!

Nak tahu jadual cikapplepie setiap hari selama seminggu? Kalau nak kupaskan memang menangis macam kupas kulit bawang..heeh


  • Isnin, Selasa, Khamis - habis waktu kelas jam 2.30 petang, cikapplepie akan balik rumah bersama kawan-kawan, makan, tukar baju dan harus berada di sekolah jam 3.30 petang 


  • Rabu - memang tak balik rumah sebabnya ada unit beruniform, cikapplepie sertai Kadet Polis walau awal tu dia nak sertai KRS tapi KC Iman tak syorkan, sebab apa tak balik? sebab tak perlu tukar pakaian.


  • Jumaat - memang kelas habis awal jam 12.30 dan kemudian jam 3.30 pergi balik ke sekolah untuk latihan

Setiap pagi cikapplepie akan dihantar DH dengan menaiki motosikal dan DH terus ke pejabat tapi kalau DH kena outstation atau kena kerja awal, tugasan tu diambil oleh AA1 atau AA2..mujur anak-anak dah besar kan. Waktu balik pulan dijemput DH sebab cikapplepie habis latihan bagai jam 6 petang.  Umi yang tunggu kat rumah pun rasa penat dan makin hari makin berjelaga kulit muka cikapplepie sebab berjemur...alahai anak Umi!

Semalam cikapplepie dah bagi hint " Umi, cikgu mintak Acha masuk sidang redaksi dan jadi jurufoto"  ahhh..ishh cikgu ni pun, mentang-mentang la KY Amanda dan KC Iman tu dulu editor sekolah, terus dia nak pancing cikapplepie pulak.  Umi bukan tak suka tapi dengan jadual sekolah yang padat, kerja sekolah, aktiviti sukan dan kelab, memang tak terkejar pulak rasanya.


tak nak tunjuk muka sebab dah berjelaga hehe

Dah la guru yang melatih pasukan Bola Baling tu sarankan cikapplepie masuk bola baling jugak seperti seperti KY Amanda dan KC Iman...adhhh.. ada seronok bila anak-anak dikenali atas kerajinan serta tanggungjawab sewaktu mereka bersekolah dan tidak seronok bila guru-guru tersebut mengesyorkan malah membuka ruang buat si adik menjejaki langkah seperti kakak-kanak dia...yea lah..memudahkan kerja guru-guru kan.

Nampak gaya seorang pun anak Umi tak ikut jejak Umi jadi ahli Pandu Puteri..ehh sekarang dah dipanggil lain rasanya. Masa sekolah pulak, Umi ahli rumah sukan Bungaraya, warna Merah tapi part kegiatan sukan apa yang Umi sertai..tidak la aktif tapi lepas habis sekolah, Umi pemain bola jaring yang hebat! haha yang boleh ambil semua posisi termasuk C..amacam dengan korang? Share la sikit!

4 comments:

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!