Sudah Nak Tidur? Jom Cuba Tips Mudah Supaya Mudah Tidur - blog.iamfuzy™

19 February 2019

Sudah Nak Tidur? Jom Cuba Tips Mudah Supaya Mudah Tidur

Sudah Nak Tidur? Jom Cuba Tips Mudah Supaya Mudah Tidur | Kalau kita kurang tidur atau tak cukup tidur memang akan menggangu terutama fizikal and kesihatan mental kita malah kurang tidur akan menyebabkan sakit kepala, kesukaran untuk fokus dalam pekerjaaan, kurang bertenaga dan mata panda..hehe



Umum tahu yang setiap orang perlukan lapan jam waktu tidur untuk sihat walau ada yang tidur  enam jam atau kurang tetap kelihatan sihat, tapi itu bergantung kepada individu.

Cuma nak berkongsi tips mudah supaya mudah tidur yang mungkin ramai dah tahu tapi saja nak kongsi untuk kegunaan sendiri selepas dan Umi pun dah mencuba hampir kesemua tips yang Umi jumpa ni.  Selamat mencuba!


Susu Coklat
Minuman terbaik untuk dinikmati setiap hari adalah susu coklat.  Susu panas yang dicampur dengan sirap coklat akan mengisi perut dan menenangkan saraf


Teh Pudina
Teh pudina panas dengan sedikit perahan jus lemon akan membantu anda tidur seperti bayi.  Minum minuman ini satu jam sebelum tidur.


Teh Chamomile
Teh jenis Chamomile tanpa gula adalah minuman yang tepat untuk dinikmati satu jam sebelum tidur.  Teh ini membantu untuk menenangkan saraf dan mengurangkan tekanan


Koko
Seperti kita tahu, koko adalah minuman kegemaran sepanjang masa bagi kebanyakan orang.  Minum coklat panasa jika anda mengalam insomnia


Susu Panas
Minum secawan susu panas dan tambah satu sudu penuh madu untuk satu gelas susu panas dipercayai dapat membantu tidur dan merehatkan tubuh sebelum melelapkan mata.  Selain itu, ia dikatakan membantu seseorang untuk rasa segar kembar keesokkan harinya.


Susu Kacang Badam
Dengan wujudnya vitaman E dalam susu, ia baik untuk mendapatkan tidur yang cukup.  Susu badam ni Umi buat sendiri dengan mengisar buah badam dan ditapis, masukkan sedikit madu dan minu.  Memang sedap.


Teh Halia
Teh halia panas baik untuk pencernaan.  Halia juga membantu menjaga perut yang baik selain memberikan rehat malam yang sempurna.


10 comments:

  1. Alamak.. Smuanya sy x pernah cuba..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kak perkongsian.
    Minuman bercolat membantu .Minum susu hangat pun ok.

    ReplyDelete
  3. Selalunya mmg minum susu segelas sebelum nak tidur. Heheh...tapi kalau dah ngantuk sangat..letak kepala atas bantal terus ZzzzzZZ

    ReplyDelete
  4. Pernah baca juga sebelum ni.. Memang betul kalau jenis susah tidur cuba minum susu panas terus rasa selesa dan mengantuk nak lena. Nice sharing kak fuzy

    ReplyDelete
  5. Kalau terlalu penat pun LZ susah tidur..
    Selama ni paksa tidur sebab tak tahu ada tips begini..
    Thank you for sharing kak.. Sangat berguna kepada saya.

    ReplyDelete
  6. hahaha sekarang i dah senang tido..minum la kopi kaw mcm mn punmmg akan tido..nampak sgt penat kemas rumah dgn bergumpal dgn anak-anak

    ReplyDelete
  7. Susu coklat tu sedap kak tp kadang bila gastrik tak dapat nak minum. Ada lagi satu petua org share. Picit kat bawah jari kelingking. Cuba lah.

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!