Hidup Ini Hanya Kertas | Assalammualaikum, selamat pagi





HIDUP INI HANYA KERTAS?

Hidup yang bagai kertas.

Kehidupan kita berkesinambungan  dengan kertas-kertas,

seiring waktu yang berlalu, dirobek, kemudian dibuang.
.
Dunia itu semuanya terdiri dari kertas-kertas.
.
Berapa banyak orang bersedih kerana "kertas-kertas" yg dimilikinya.
.
Dan berapa banyak orang begitu bahagia dengan "kertas-kertas" yang dimilikinya. Wang, sijil-sijil yang begulung-gulung.

Tetapi, ada satu lembaran kertas yg tidak akan dilihat oleh pemiliknya, iaitu:
SIJIL KEMATIAN DAN KERTAS CATATAN AMALANNYA
.
Maka persiapkanlah untuk menerima kertas itu, kerana itu adalah "KERTAS" terpenting dan terakhir.

Sahabat Ali bin Abi Thalib radhiallahu 'anhu berkata:

Dua hal yg tidak akan kekal dalam diri seorang mukmin: masa mudanya dan kekuatannya.

Dan dua hal yg berguna untuk setiap mukmin: akhlak yang mulia dan jiwa yang lapang.

Ada tiga fasa hidup yg nampak unik:

1. Masa remaja: anda punya waktu dan kekuatan tetapi tidak berduit.

2. Masa bekerja: anda punya harta, kekuasaan dan kekuatan, tetapi tak cukup waktu.

3. Masa tua: anda punya harta dan punya waktu, tetapi tak ada kekuatan, tidak lagi berkuasa.
.
Inilah kehidupan, ketika kita mendapat sebuah nikmat. Maka akan hilang nikmat lainnya kecuali bagi kita yg mahu bersyukur.

Barangkali kita merasa bahawa kehidupan orang lain, selalu lebih baik dari kehidupan kita!

Sementara orang lain pun meyakini, bahwa kehidupan kita lebih baik dari mereka.

Hal itu disebabkan kita melupakan hal yg sangat penting dalam hidup kita, iaitu bersikap Qana'ah (mensyukuri apa yang kita miliki), mahupun kita didalam kesulitan.
.
Seandainya ada kedai yang menjual kebahagiaan, kita akan melihat orang-orang akan berebut mendatanginya, kemudian membelinya meskipun sanggup dengan harga yang begitu mahal.

Mereka lupa bahawa kebahagiaan itu ialah dengan menyempurnakan rasa syukur dan sabar menerima takdir kehidupan ini dikala kesusahan mahupun didalam waktu senang lenang diiringi do'a dalam setiap langkah2 usaha kita.

Beribadah kepadaNya dengan ketundukan dan kepatuhan.

Sedarilah bahwa masih ada satu "kertas" lagi yg akan kita terima iaitu kertas catatan amal ibadah kita dan catatan dosa-dosa kita.

Semoga perkongsian ini, menjadi penanda aras buat kita semua, agar sentiasa bersedia dengan ilmu yang benar dan sahih dalam menghadapi cabaran KERTAS yang mampu menguasai harga diri seseorang di sana nanti.

Barakallahu fikum.