KEMPEN MAKAN THAI, LAWAT THAILAND 2019  | Sebut Thailand, pasti teringat Tomyam, teringat Tomyam teringat Thailand..hehe.  Sesungguhnya Thailand tu sentiasa dekat di hati mana taknya..tak perlu naik tiket penerbangan, tak perlu naik bot bagai kita boleh sampai sana dengan memandu je.

Kempen Makan Thai, Lawat Thailand 2019
“Kami menerima 4 juta pelawat dari Malaysia pada 2018, iaitu merupakan jumlah tertinggi dalam rekod TAT-KL. Kami berterima kasih terhadap semua sokongan yang diberikan oleh rakyat Malaysia. Pada 2019 ini, kami akan terus bekerja keras untuk mempromosikan Thailand melalui apa juga cara dan berharap mampu menjangkau kumpulan audien yang lebih luas, sebagai contoh pelancong-pelancong muda atau generasi milinium, pencinta makanan, pelancong-pelancong mewah, pencinta kesihatan, pencinta sukan, pasangan bulan madu, dan sebagainya.” Ahman Mad-adam. Pengarah TAT, Kuala Lumpur
Selain menjadi destinasi pelancongan, Thailand memang terkenal sebagai syurga makanan dengan Tomyam, Somtam dan macam-macam lagi jadi baru-baru ini Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand, Malaysia (TAT) pun melancarkan kempen “Makan Thai, Lawat Thailand 2019”  berkolaborasi bersama restoran-restoran di negara ini.


Kempen Makan Thai, Lawat Thailand 2019


Selari dengan kempen “Membuka Lembaran Baharu” dalam Amazing Thailand, yang menumpukan kepada lima sektor utama pelancongan bagi membantu pelancong-pelancong antarabangsa merasai pengalaman mengenai negara itu daripada perspektif baharu. Sektor tersebut termasuk; Gastronomi, Seni dan Kraf, Budaya Thai, Alam Semulajadi dan Gaya Hidup Thai. yang bermula dari 20 Mac hingga 30 April ini, adalah kolaborasi antara TAT dan kesemua lapan cawangan Mr Tuk Tuk di Malaysia. Restoran tersebut akan memperkenalkan beberapa sajian makanan dan minuman baharu sempena kempen. Makanan jalanan Thailand sangat popular dalam kalangan rakyat Malaysia dan Mr Tuk Tuk mengalu-alukan pengunjungnya dengan makanan HALAL Thai yang sedap dan berkualiti. Setiap sajian telah terbukti  keenakkannya dan rasa yang autentik, dan sememangnya terdapat banyak restoran halal seumpama itu di Thailand. <

Kempen Makan Thai, Lawat Thailand 2019
Dengan hanya berbelanja sebanyak RM50 dalam satu resit di mana-mana lapan cawangan Mr Tuk Tuk, membolehkan mereka yang bertuah memenangi hadiah menarik antaranya lawatan PERCUMA ke Bangkok untuk dua orang termasuk penginapan hotel selama tiga hari dua malam, lima beg bagasi, 10 beg tangan dan empat baucer makan di Mr Tuk Tuk.

Pengarah TAT, Kuala Lumpur, Encik Ahman Mad-Adam, berkata: 
“Makanan Thai bukan sekadar satu sajian, sebaliknya ia adalah satu keterujaan yang seumur hidup. Ia umpama kisah cinta yang telah berakar umbi dalam budaya negara itu dan paling penting, di dalam keluarga. Kami percaya ia sama juga di Malaysia, yang mana masyarakatnya sangat suka makan dan makanan menyatukan rakyat. Ramai pelancong Malaysia yang melawat Thailand dengan tujuan untuk merasai makanan Thai.
 “Tahun ini kami mempunyai Garis Panduan MICHELIN edisi terbaharu 2019, yang menjangkau hingga ke Phuket dan Phang-nga. Ini membuktikan bahawa Thailand mempunyai kepelbagaian makanan yang begitu luas untuk setiap orang daripada restoran bertaraf MICHELIN, makanan jalanan, makanan Halal hingga ke restoran mewah

Antara sajian terbaru dalam menu Mr Tuk Tuk yang patut dicuba adalah Thai Prawn Salad with Lemon grass, Fried Tofu with Basil Leaves, Thai Fresh Oyster with Lime Sauce, Thai Pumpkin Custard dan air Thai Ice Lemongrass tea with crispy waterchestnut pearls (tak sempat ambil gambar walau dekat 4 gelas dah masuk dalam perut..hehe)

"saya berasa bangga dipilih sebagai rakan kolaborasi bagi mempromosikan pelancongan Thailand.  Kesemua lapan cawangan kami akan menyertai kempen ini iaitu di Setia City Mall, Gamuda Walk, The Gardens, The Starling Mall, Sunway Pyramid, Sunway Velocity, Empire City dan Nu Sentral.  Untuk kempen ini kami memperkenalkan lima sajian makanan dan jenama minuman baharu" Ken Leong
Menariknya kami dapat merasa sajian yang diperkenalkan oleh Mr Tuk Tuk yang cukup sedap yang wajar dicuba ya..

Kempen Makan Thai, Lawat Thailand 2019
Lupa nama nasi ni yang cukup sedap sebab UF memang peminat kacang gajus kan tapi tak de tu pun memang sedap sangat nasi ni

Kempen Makan Thai, Lawat Thailand 2019
Fried Glass Noodle with prawn ni memang kegilaan UF, jadi semestinya tak sah kalau tak makan malah kalau dapat ni je pun dah cukup untuk mengenyangkan perut

Fried Tofu with Basil Leaves yang cukup sedap dan kalau makan yang ni je pun dah cukup menyelerakan

Kempen Makan Thai, Lawat Thailand 2019
 Daun kangkung yang dibuat goreng tepung serta dicicah dengan sos yang tersangat sedap. Memula ingatkan sayuran apa sebab daun ni memang sangat panjang dari kangkung yang biasa kita tengok dan sos tu memang lain dari yang lain lah.

Kempen Makan Thai, Lawat Thailand 2019
 Thai Seafood Otak-otak yang wajib dicuba ok yang payah nak cerita kesedapannya yang unik sangat.

Kempen Makan Thai, Lawat Thailand 2019
Jenuh juga nak cuba dapatkan nama sajian ni..Sakoo Sai Kai, dumpling diraja katanya yang ni memang sedap dengan kerangupan bawang putih yang digoreng dan nampak macam kacang goreng tapi pastikan makan dengan cili api potong tuu..perghh terangkat sampai UF boleh tabur extra waktu makan dan akibatnya jenuh makan chewing gum untuk kurangkan bau nafas..hehe.  Kalau pergi Thailand jangan silap minta Sakoo Sai Moo sebab yg ni guna daging lembu pendek..hehehe

Kempen Makan Thai, Lawat Thailand 2019
 siapa tak kenal pencuci mulut ni kan..pulut mangga yang cukup berlemak maniss

Kempen Makan Thai, Lawat Thailand 2019
Tepung pelita ni kalau tak kenal ishh tak tau nak kata apa dan yang lagi satu tu kalau tak silap karamel telur..hehehe tak pasti tapi rasa macam pasti..hahaa


Mengenai Tourism Authority of Thailand 
organisasi yang mempromosikan pelancongan Thailand, sebagai pemudah cara bagi pelancong, menyenggara lokasi-lokasi dan kemudahan pelancongan, serta membangunkan dan memelihara sumber-sumber pelancongan.TAT mempunyai pejabat di Kuala Lumpur yang terletak di tengah ibu kota (Jalan Ampang) untuk membekalkan pelancong dengan maklumat dan memberi maklum balas terhadap segala bentuk pertanyaan mengenai pelancongan di Thailand.

Mengenai Mr Tuk-Tuk
Mengambil nama sempena salah satu jenis pengangkutan popular di Thailand, Mr Tuk Tuk bermula di Malaysia pada tahun 2015.  Ia anak syarikat kepada Koh Samui Restaurant yang berpengalaman lebih 24 tahun dalam perniagaan restoran.  Bermula daripada cawangan kecil dengan 50 kapasiti di Setia City Mall, Mr Tuk tuk berkembang kepad lapan cawangan dengan satu lagi pembukaan baharu di IOI City Mall pada Mei nanti dengan cawangan terbesar di Starling Mall dengan 180 kapasiti